Tuesday, September 29, 2009

1st Monthly Check-Up & Pap Smear Test

smlm bawak haziq ke klinik utk pemeriksaan sebulan lps lahir. tp date dh lari sbb haziq 30 hari aritu hampir nk raya. kitorg gi klinik kt kg baru salak south lg dkt. next check up nnti on 29/10/2009 & bawak hana sekali utk suntikan triple actigen.

haziq
berat : 4.55 kg (masa lahir cuma 2.99 kg. ni berkat susu ibu alhamdulillah)
panjang : 58 cm
ukur lilit kepala : 37 cm
suntikan : hep b (dos ke 2)

afne
berat : 55.5 kg
urine test : ok
tekanan darah : 112/67

aritu HUKM mmg suggest utk buat pap smear test & kaedah perancang keluarga slps 6 mggu bersalin. kebetulan smlm lawatan ke klinik pn dh 6 mggu so afne amik kesempatan buat pap smear test kt situ je. haa.. korg2 yg pernah melakukan hubungan seks pernah tak buat pap smear test ni? jgn igt afne tanya sbb apa yea jgn fikir kotor. wanita2 yg pernah berhubungan intim/melakukan seks tak kira la dh berkahwin atau blm mmg digalakkan menjalani ujian ni. penting sbb masa ni la utk mengesan samada ada tanda2 kanser pangkal rahim/kanser servik. mmg cpt (cuma 5-10 mnt je) & tak menyakitkn. cuma rasa sedikit tak selesa bila alat berupa zakar dimasukkan ke faraj kemudian sejenis alat yg dihujungkn spt berus puting botol anak kita tu (tp kecik je) digunakan utk ambil spesimen. siap. maaf le klu bahasa penerangan saya ni agak kasar/lucah tp rasanya ni yg sng bg korg paham (kpd sesapa yg blm pernah lalui pap smear test ni). mmm.. bab perancang keluarga pn mcm2 ada ie pil perancang, kondom, semulajadi, suntikan 3 bln sekali, iud & implanon. pilihan di tgn anda hehe..



Raya Ber4 :)

rasanya msh blm terlewat utk kami ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. mesti ramai yg dh mula bekerja kan? even abg loba2 pn dh start keje on last friday.

spt yg dijangkakn, menjelang syawal mmg kami akan ber4 (eddy+afne+hana+haziq) tp kali ni mmg tak berpeluang merasa puasa sbb 3 ari sblm ramadhan dh slmt melahirkan haziq. mmg dugaan.. sepatutnya waktu bln puasa ni le afne blh btl2 cuba thn nafsu mkn (pantang) tp.. tgk juadah buka puasa yg mcm2 jenis & rasa tu mmg takleh thn woooo.. maka nya makanan2 jenis 'gatal' ie udang/sotong/ikan tongkol & mknn pedas2 (sbb BF haziq) mmg afne elakkan. yg lelain tambahan pulak yg blh menambah susu mmg afne balun cukup2 hehe..

ari raya tetap kitorg sambut mcm thn2 sblmnya. baju raya tetap berjahit. juadah wajib mcm ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng (jawa mari), ayam goreng berempah & rendang (thn ni merasa rendang daging kijang sedap wooo). ok la, takmo ckp byk moh tgk gambo di pg raya.

bermaafan dgn family afne













kt rmh FIL. tp sbb kitorg sampai lewat so adik beradik yg lain dh 'bertempiaran' ke rmh sedara mara yg lain.









anak2 dh penat beraya

Monday, September 28, 2009

Cuti Pantang Bersama Double H

berpantang kalini afne lbh 'berdikari' berbanding dulu. mungkin juga sbb rasa lbh confident & kurg sakit. yelah, dulu dgn kes bengkak faraj/vagina hematoma, jahitan episiotomi & takde exp bagai. mggu pertama je rasanya btl2 'pantang'.. berurut 5x, pakai pilis, param & berbegkung segala. tp lps tu kerap ulang alik ke klinik kesihatan & hospital sbb haziq kena kuning, nk tepek benda2 tu kt badan jd cam mls le plak.

21/08/2009 - klinik kesihatan yong peng
AOB : 12.5 mg/dl

22/08/2009 - hospital batu pahat
AOB : 13.3 mg/dl

24/08/2009 - klinik kesihatan yong peng
AOB : 16.3 mg/dl (refer hospital)

24/08/2009 - hospital batu pahat
AOB : 14.6 mg/dl

26/08/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB : 13.7 mg/dl

28/08/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB : 14.3 mg/dl

01/09/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB : 10.9 mg/dl

03/09/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB: 9.4 mg/dl

08/09/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB : 8.5 mg/dl

11/09/2009 - klinik kesihatan batu pahat
AOB : 7.9 mg/dl

waaahhh.. kira2 ada 10x kitorg berulang alik utk buat ujian darah. kesian haziq tp mamat ni selamba je tido tiap kali kena cucuk tapak kaki & blkg tapak tgnnya sampai lebam2.. plg kuat pn cuma menggeliat merengek kejap je. haziq mmg byk tido sejak lahir sampaikn kitorg kena jentik kuat2 tapak kaki utk bg haziq menyusu. pattern haziq menyusu pn sekejap2 tp kerap.

arini haziq br 41 hari tp dh mcm2 'keje' afne buat masa pantang. takde la buat keje2 berat cuma anyam ketupat, basuh baju, sembat baju raya, mandikan anak2, masak.. bla & bla..

ok la, jom tgk aksi anak2 saya yg sempat disnap. hari2 pertama hana posing dgn haziq




"saaayyyaaangggg ajik.." tu le hana dok ulang2









Sunday, September 27, 2009

Sakit Tapi Nikmat!!!

SELASA 18/08/2009 @ 38 weeks 2 days

upload dulu gambo syok sendiri dlm lif haha!

6.45 pm – Blk keje sampai rmh nk mandi, tgk2 dh ada tanda lendir bercampur darah aka show. Punya la eddy kelam kabut nk trs hntr ke hospital (dlm hati nk tergelak tgk eddy panik mcm le br 1st time jd ayah hehe..). afne sendiri pn berdebar2 tp siap bgtau “sabar2 le bang, ayg bkn nk bersalin skrg”. Dlm kepala dok pikir.. mcmn agaknya perjalanan kelahiran kali ni. Sempat lg mengemas serba skt, cuci pinggan, kemas beg, update blog & mandi.

9.00 pm – Otw ke HUKM baru le terasa contraction kemudian trs bgtau eddy “bang, ayg tkt la”. Eddy pesan soh baca ayat Kursi, 3 Kul & Al-Fatihah byk2. Lps register kt bhgian kemasukan O&G, urine test & 1 jam di bilik pemeriksaan utk pemantauan dgn alat CTG (monitor degupan jantung baby & contraction) kemudian doctor seluk utk bukaan, dh 2 cm.

11.30 pm – Warded di Wad Berlian 2, senyap sunyi je cuma kedengaran baby menangis. Mata terkebil2 mcm tak mengantuk lgsg. Tgh cuba lelapkn mata.. dtg plak student tanya mcm2 itu ini.

RABU 19/08/2009 @ 38 weeks 3 days

1.00 am – Contraction selang 5 mnt then 1.30 am bgtau nurse (tingat exp dgn hana dulu mcm dh hampir nk bersalin). Doktor dtg seluk dh 4 cm trs pecahkn air ketuban & disorong dgn wheel chair ke labour room. Lps diberi ubat najis, melepas hajat, tkr baju & dipasang CTG.. sakit contraction mmg dh tak tertahan rasa nk push time tu jugak dgn kena seluk berkali2, itu pn bidan soh tunggu sbb br 8 cm. Bbrp mnt lps tu, bukaan dh 10 cm & bidan soh push.. tetiba afne cam zero & confuse.. ini ke masanya?!

3.15 am - Dengan menahan sakit contraction, nk push lg, bidan dok godek2 laluan vagina.. dgn 3x teran, Alhamdulillah... lahirlah Muhamad Haziq tepat jam 3.15 am. Dgr je baby menangis, tiba2 hilang trs sakit & beban yg afne rasa masa tu, Cuma airmata kesyukuran yg mengalir. Sementara baby dibersihkan, ditimbang, disuntik & segala rekod dicatatkn kemudian diberikn kpd eddy utk diazankan & qamat.. uri plak ditarik keluar & dibungkus elok2. Masa tu br teringat nk tanya “kak (bidan), takde gunting ke td?” selamba bidan tu jwb “tak, saya tgk awak blh buat”. Semua dlm LR tu dok berckp afne ni mudah bersalin cuma 25 mnt je jangkamasa afne btl2 ready sampai slmt bersalin.. perrggghhh, kita yg menanggung segala sakit tu terasa mcm lama gila je. Dtg plak 2 org doktor, seluk2/rodok2 vagina utk check klu2 msh ada saki baki darah yg tertinggal. Mmg sakit sampai ntah tgn sapa2 yg afne genggam masa tu haha! Maybe doktor tkt sejarah lama vagina hematoma berulang lg. Kemudian, afne dihidangkn dgn 1 set sandwich+1 cwn air milo+1 cwn air msk. Pastu br le dpt gomol2 baby & disusukn. Walaupun letih+mengantuk+mamai tp mulut asik potpet2 sampai diorg kata afne peramah.. peramah?? Ke becok?! haha



abaikn le muka tembam tgh stim dgn rambut menggerbang tu..


antara gambo2 baby dlm LR yg disnap oleh abg loba2 yg x kreatif






Muhamad Haziq Bin Muhamad Eddy

4.45 am – disorong masuk ke wad. Wlupn badan letih gila tp tak dpt lelap sbb ralit tgk baby & eddy yg tertido kepenatan kt bucu katil. Mcm tak percaya dh slmt bersalin & afne dh jd ibu kpd 2 org anak! Igt2 blk kesian sgt kt eddy, tentu sakit benar tgnnya kena genggam dek afne dlm LR td plus dh tentu dia pn sama letih tak tido sejak mlm td. Lbh kurg jam 5.30 am, afne kejut eddy soh rehat kt rmh. moh tgk org lps bersalin yg takde keje cari keje.. even penat sekalipun x blh nk lena.





Dlm jam 8.00 am, afne dh selesa berjalan ke toilet.. mungkin jugak sbb tak kena gunting (sude intact) so pergerakan tu mcm takde sakit apa. Baby plak asik tido je nk bg ibu rehat sampai kena paksa bgn utk menyusu sedangkn afne lgsg tak blh lelapkn mata sejak lps bersalin td. Jam 12.00 pm, eddy dtg semula br le ada kwn nk borak2. TQVM kwn2 ofis yg dtg melawat di hospital. Slps doktor berpuas hati dgn keadaan afne & baby dh buang najis sendiri, kitorg dibenarkn discharge slps asar. Kemudian blk rmh sekejap amik bungkusan uri & trs gerak blk ke kg. Kitorg mmg dh tak sbr nk tunjuk adik baby kt kakak hana.. kitorg pn rindu sgt dgn hana.


ibu & haziq sblm discharge
Menemukn hana & haziq mmg sesuatu yg kitorg nanti2kn sejak berbulan lamanya. Memandangkn hana sgt suka+excited dgn babies, dr situ la eddy mintak adik utk hana. waktu kitorg sampai tu, hana trs merengek panggil ayah mintak dukung.. nmpk je ibu dia pn mintk dukung tp cam terpinga2 nmpk baby. Hana nk cium perut ibu mcm selalu tp pelik sbb dh tak buncit mcm dulu.

Alhamdulillah, hana seorg kakak yg penyanyang. Klu blh setiap masa nk cium pipi adik kiri kanan. Jgn le ada org luar tanya nk amik adik cos confirm dia tak bg. Pantang dgr haziq merengek trs repot kt ibu. Pandai plak tu bobok kn haziq soh tido. Cabaran jugak, ‘keprihatinan’ hana asik gomol adik tu kdg2 buat ibu kurg sbr. Mmg la sekali sekala tu hana msh nk bermanja mcm selalu.. mana taknya, selama ni ibu & ayah hana yg punya tp skrg kena berkongsi dgn haziq.

“hana & haziq, kalian permata hati ibu & penguat semangat ibu. Tak ada bezanya kasih saying ibu antara kamu berdua. Moga Allah sentiasa memelihara kalian dlm kesejahteraan.”

“abg, terima kasih utk anak2 comel kita. Semoga kita sekeluarga berbahagia sampai akhir hayat”

“YA ALLAH, AKU BERSYUKUR ATAS PEMBERIANMU. BERIKAN AKU KEKUATAN MENJAGA ANUGERAHMU DLM APA JUA KEADAAN. AMIN.”


p/s : ramai org tanya sakit tak bersalin?? Bohong gila klu ckp sakit skit je.. tp setiap org ada bhgian msg2. Alhamdulillah.. syukur kerana Allah permudahkn urusan afne melahirkn hana & haziq. Apa yg afne blh komen, bersalin ni SAKIT TP NIKMAT!!


Friday, September 25, 2009

I'm Back!

salam semua,

saya dh pn sampai di rmh dgn selamat jam 12 am td. alhamdulillah, haziq tido je all the way dr tol yong peng slps menyusu.

waaa.. gila ibu beranak dua ni. lps tidokn haziq trs online (amik turn lps eddy tau). rinduuuuuu tgk blog sendiri hahaha! sori, tak sempat lg nk terjah blog kengkawan sbb klu dh khusyuk membaca karang tak cukup sejam dua.

btw, tqvm for those yg mendoakan afne & baby (last entry) & tq byk2 kpd yg sudi melawat kitorg kt hukm aritu.

ok, takmo taip byk2.. byk benda nk kena settle ni tp NAK TIDO dulu cos skrg schedule tido dh jd mcm 2 thn lps (bgn mlm nenenkn baby lorrr). penat? tipu la kata tak penat.. dgn nk lyn my double H (Hana & Haziq) & suami lg, keje2 rmh lg, online lg hehe. well, nk tak nk kena la jugak blaja handle semua ni since dh sampai kl tp slow2 dulu la.

stop for now, daaaaaaaaa........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...