Wednesday, November 25, 2009

Murah Rezeki

alhamdulillah.. murah rezeki haziq. hasil tenusu torehan pg ni jam 10.45 am. brp tu erkk?? 9.5oz kan? hangat lg ni hehe.. takde kojo snap gambo kt pantry harharhar. selalunya dpt byk mcm ni bila pam slps bgn tido. then bila next pumping session kt office dlm jam 10.00-11.00 am dpt 6.5-8.5oz (tak menentu).

seronok kan klu sentiasa dpt hasil sebanyak ni (mungkin kt luar sana ramai bfing mom guna manual pam mcm saya dpt lg byk dr ni per session). tak sedar pam punya pam.. trs senyum sengih sorg2 tingat anak bujang kt rmh babysitter.

pikir2 blk apa yg ku mkn mlm td? pg td? lauk mlm td biasa2 je.. kubis msk tumis campo carrot (hana bedal semua carrot dlm lauk tu), ikan kembong goreng & sambal sotong (tu pun amik 2-3 potong sotong sbb lom berani mkn yg pedas2 sgt). pg td sempat buat sandwich sardin campo mayonis. kosong - takde bawang takde cili takde garam tp hana directly ckp "bu.. cedap bu!" sambil mengunyah. konon tapau 3 set utk breakfast kt office. otw pi keje dlm kereta masing2 bedal 1 set sorg hehe. sampai office mkn lg 1/2 set & mnm nestum oat. ok, saya mmg byk mkn k! nak2 klu abg loba2 yg bubuh nasi atas pinggan. harus equal dgn dia punya huhu.. cane nk kempiskan perut nih??? ooppss melalut sudaahhh. berbalik kpd apa yg dimkn mlm/pg td? sbb kubis ker? sbb sardin ker?

murah rezeki.. dpt extra nafkah RM50 pg td (tu pun nk kepoh kt org ker?). takde, bkn tujuan nk menunjuk sekeping RM50 tu.. tp nk bgtau konon hati seronok+happy. citer psl seronok.. arini nk blk kg yeaayyyyyyyy!!! coti pnjg 26/11 - 30/11. maktok hana dh sbk kring-kring (ni bkn ringtone hp saya tau) tak sabo nk tgk cucu2. makanya ini hari terakhir of the month saya berinternet memandangkan kt kg takde coverage celcom broadband. yappadaaa nk ber 3G ngan adik2 pn tunggu diorg dh sampai ofis. takkan nk masukkan streamyx kt rmh abah hehe..

moral of the story.. saya mkn+saya pam+hati senang+jgn stress2 (even semua org pn ada prob memasing kan?!) insyaallah ada rezeki susu utk anak. byk atau skt bkn persoalan. saya buat demi Allah utk anak saya.

p/s : apesal masa draft entry ni rindu sgt ngan ayah double H??


Tuesday, November 24, 2009

Baby with transport contest

contest lg.. join jgn tak join afne ni dh gila contest agaknya?! hahahah. kali ni anjuran umminabilah. jom tgk..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam semua....

daku tiba2 je rase nak wat contest....contest ape???tgk banner kat bawah ni


memandangkan Nabilah anak dare aku suke naik mende2 mcm ni...so aku pun teringin gak nk tengok gelagat ank2 korang dgn transport mereka....

ape syarat2 nk join contest ni:

1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....


2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...


4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...


5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima


6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?


7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...


8. terbuka kepada boy n girl k...


9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...


haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....
pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

jengjengjeng.. afne pilih gambo ni


Nama : Hana Humaira Muhamad Eddy
Umur : 2 tahun 2 bulan
Gambar ni disnap sebelum keluar pergi wedding officemate. blm sempat pakai baju hana cpt2 lari naik 'kereta' kesayangan dia tu (hadiah 1st birthday)
abaikan keseksian peha gebuu anak daraku itu hehe..


so kekawan apa tunggu lg.. moh le kita sama2 memeriahkan contest umminabilah ni. cpt gi snap gambo anak korg beraksi ngan transport.

p/s : ppssttt.. puan penganjur, pic seksi hana tak pakai baju naik 'kereta' tu lps piawaian tak? hehe






baby in romper contest

seronok la plak join men-join contest hehe.. selain dpt memeriahkan contest pihak penganjur, dpt jugak menambah kenalan melalui blog.

k, kali ni afne nk join contest yg dianjurkan oleh kakngah mummy of 3 heroes & tokei kedai 3A'S Collection (listed in my Let's CDing side bar). hana ada byk rompers tp disebabkan umunya udah oberdos (bak kata penganjur) so terang2 le disqualified. belek2 pix dlm hp baru perasan ehhh ada la pic complete anak bujang saya memakai romper yeaaayyy!! dpt gak join even pd tarikh akhir contest hehe


t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
[jangan luperrrr...]


sonang yo kan???!!

Nama : Muhamad Haziq Muhamad Eddy
Tarikh Lahir : 19 Ogos 2009
Umur semasa gambar diambil : 1 bulan 27 hari

ada byk lg pix haziq pakai romper tp ni je kot yg nmpk complete atas ke bwh. nmpk keding peha haziq masa ni berbanding skrg. afne suka rompers sbb lbh sng nk pakaikan, jimat masa bila tukar diaper just bukak & snap button bhgian bwh je serta sng bawak ke mana2 berbanding suit (possibility utk tertinggal one piece either baju or seluar tu takde la kan).


Sunday, November 22, 2009

NC Chomel (Macam Saya!)

gambo ihsan abg loba2 saya

apa afne buat tu? saja bikin gegar foodcourt giant kinrara sabtu lps haha. ada jugak org keliling yg tgh mkn dok pandang.. heyy dulik arr saya bkn buat maksiat k. now i can breastfeed haziq wherever & whenever he want even in public! yg penting afne selesa & haziq steady je nenen sampai kenyang. tercapai dh perkara ke 4 dlm wishlist saya.

yeeaahhh.. NC2 yg afne order dh sampei. NC stands for Nursing Cover la. igt tak entry M I C K E Y M O U S E awal bln aritu? fyi, afne mmg dh lama ngidam NC sejak zmn bf hana tp masa tu tak byk online store yg jual, tak byk pilihan & klu ada pun rege agak mahal. masa cuti pantang Haziq afne dh intai2 KedaiChomelNC sbb nk cari gak NC sampai dpt hehe. bila nmpk je corak mickey mouse ni trs jatuh cintan... so cuutteeeeee k trs order.

M I C K E Y M O U S E - pic cilok KedaiChomelNC


Bear In Blue (comel kan? ni utk kwn) - pic cilok dr KedaiChomelNC

afne sgt puas hati dgn hasil kerja ernie. dgn suara yg ceria siap call lg bgtau item dh ready utk penghantaran. haa korg.. klu nk nc Chomel mcm saya cpt2 le order di KedaiChomelNC @ ChomelNursingCover atau contact tokei kedai ni. mcm2 corak ada.. dot to dot, kotak2, bunga2, cartoon. ready made punya pn ada.. pre order pn ada.. custom made pn blh. harga? pd afne sgt2 murah & affordable mengikut jenis & corak kain. corak2 kain baru dimasukkan dr semasa ke semasa.


ni promote free takde komisyen tau. tak salah kan? at least saya promote breastfeeding secara tak langsung. nc ni selain blh digunakan utk cover bhgian yg terdedah semasa aktiviti bf in public, blh juga digunakan sbg selimut baby & juga kain pengalas.


"saya le anak bujang ibu yg menyorok dlm nc tu" ehh haziq nmpk cerah lak dlm pic ni.


"hi.. saya le kakak kpd anak bujang ibu saya" muka seronok dpt jln2.


p/s : psssssstttttttt.. ernie, pass tak afne pakai nc tu hehe


Thursday, November 19, 2009

Hari IniI.. 19/11/2009

  1. genap 3 bulan usia Haziq. bererti msh separuh lg perjalanan saya utk capai target to exclusive breastfeed him. bermakna lg 3 bulan juga haziq akan merasa his 1st solid food. bertambah cabaran as bfing mom. usaha tangga jaya!
  2. genap sebulan afne naik keje lps cuti bersalin. msh try catch up yg mana tertinggal.
  3. genap sebulan haziq dijaga babysitter. alhamdulillah, setakat ni baik2 je.

p/s : counting the days to celebrate our 3rd annivesary (with 2 kids). doesn't mean perlu celebrate mkn tmpt mahal+hadiah bagai (lain org lain caranya). a simple wish would be enough for me.

p/s 2 : lately asyik meroyan je buat entry hari2 mau.




Yahoo Yabedabedooooo

yeayyyy!!! he let me to choose the place for dotdotdot. insyaallah next year but not in jan-june kot (tgk keadaan). tunggu haziq besar skit katanya. takpe la i'll be waiting...

skrg ni tak decide lg kt mana tp takde la jauh2. so td eddy cari info dotdotdot tu. kasi le can eddy pakai lappy lama2 sbb belikan kaki2 baru kereta & tidokan hana awal mlm ni (hana kekenyangan kot mkn epal+sate+nasi ayam+anggur).

"abg, ayg tak kisah pn klu tak dpt join program abg masa cuti raya haji ni klu jd le kan. klu ayg ikut pun kesian hana ngan haziq cos limited activities. blk kg lg best hehe"

p/s : saya msh dlm mood verangan sorg2 haha. for me masa berkualiti bersama keluarga ialah bila four of us dpt spend masa bersama2 even dlm rmh je pun (kata2 seorg isteri yg suaminya selalu kena kerja on weekdays+weekend).


Wednesday, November 18, 2009

Sabar Menanti

hahaha.. tajuk sungguh2 tak blh nk blah.

sebenarnya dh tak sabo nk tunggu menatang ads nuffnang tu keluor. ni gara2 d33la dpt duit terpijak le ni.. afne pun apa lg tingin le sama2 memijak.. ehh mendapat duit terpijak tu.

kekawan, minta jasa baik budi pekerti korg sila kelik-kelik ads di blog saya.

TQ in advance.





Tayar Ohh.. Tayar

korg tau kan rupa tayar camne? so takyah le tepek gambo bagai sbb td dh lmbt nk gi punch card.

perjalanan ke office pg ni mcm biasa la.. tenang2 je bawak kereta. sampai je area abdullah hukum, kereta gegar semacam.. ehh, takde pun belang kuning kt sini. tayar kurg angin ke? slow2 drive kereta (area situ mmg slow pn sbb jam) sampai stesen minyak petronas (konon2 nk isi angin tayar). tgk2 je.. arrrghhhh tayar kereta pecah! tidaaaaakkkkkkkkk

trs called eddy & bgtau staff petronas tu nk letak kereta kt situ sampai eddy amik karang. skrg ni msh tersadai kereta kt situ. nsb baik office blkg stesen minyak ni je.


"haaiii kereta.. rezeki ko le dpt kaki baru"


Tuesday, November 17, 2009

Training & EBM

korg tgk betapa laju berdesupnya saya meng-update blog cuma broadband ni je yg cam terhangguk2 lembebsss.. haaa ni yg buat aku nk ngasut korg JGN POTONG streamyx hehe. kekonon br blk training trs jd pekerja berdedikasi syg banget sama company hahaha.. trs terngiang-ngiang irama lagu KRISTAL. dh le sblm start training kena nyanyi lagu negaraku & kena buat test mengejut. ntah apa2 yg afne jwb.. tak prepare lgsg huhu

ada citer lawak ni.. kan smlm semangat bonar dh gi survey tmpt training. rupa2nya salah tmpt hahaha! nsb baik bangunan dekat2 je. muka confident yakin (dh confident siap yakin segala) turunkan cermin kereta nk ckp ngan guard kt pintu pagar..

guard : ye cik, nk pegi mana?
afne : saya nk ke tgkt 15 ada training.
guard : ehh.. sini mana ada bgnn tinggi. check training kat mana?
afne :
(muka trs jd seposen) menara pkns.
guard : cik silap tmpt ni. menara pkns tu bangunan dpn sana..
(guard tu siap tunjuk dgn muncungkn mulut & tuding jari ke bgnn yg sah2 tulis menara pkns!).


afne trs cam.. apaaaaaaaaaaaaaa?? dh le tgk jam 8.30am. haru tul. siap tanya pakcik (ke abg ke pakcik ehh?) jln masuk ke menara pkns. walaupun nmpk dekat tp kena pusing roundabout-amik kul 3-belok kanan-kanan lg.. trs cam blur pakcik ni cam salah tunjuk jln jek. nmpk dh depan je menara pkns tp dipisahkan ngan jln one way.. aduuuss. jln lg nmpk sorg kakak tgh byr parking trs dia tunjuk jln yg btl. hahahha.. klu igt blk mmg kelakar. bkn salah eddy yg tunjuk silap tmpt tp smlm afne ni haaa nmpk je pkns igtkan menara pkns. trs parking tgkt 8 then tuju tmpt training kt tgkt 15 (nsb baik ko bgtau aku pg td dila oooiii).

diorg baru je start.. fuuhh slmt. sejak tau kena training mmg agak risau le sbb fikir cane nk ngepam kt sana nnti. penyudahnyaaaaaaaaaa sgt best training ni ok! klu training rupa ini mmg nk join ari2 pn takpe muahaha. best sbb asik mkn haha. jam 10.30am berhenti utk rehat 20 mnt siap menu nasi lemak + kuih talam + karipap + nescafe o + teh o. tp afne lari gi surau tgkt 8 utk ngepam. dh settled br gi mnm & mkn kuih. menu lunch dia pn sodap.. ayam msk kurma + asam pedas pari + sotong goreng (sodap ni) + kailan tumis + buah2 + air anggur. tp pandang sblh mata je lauk2 yg pedas. lps solat zohor sambung blk training. cadangnya nk ngepam lg jam 3. siap janji ngan kak midah sscm, sian dia tak ngepam dr pg. klu afne tau tentu dh ajak dia sekali pg td. hbs sesi pembelajaran siap ada test lg. kali ni confident+yakin le menjawab. lps mnm ptg + kuih koci & kuih bakar bagai br le blk. tu pun kecoh cari org nk follow ke federal highway (dh le hujan lebat seyy). siyes weehhh.. pening dh td pusing2 masa slh tmpt tu hehe

sori ehh gambo masa training tadop. tak digalakkan guna tepon pun.. klu tak tentu dh tepek muka trainer tu kat sini. bkn le artis tp pelakon botak yg pi kedai tp monyet dia petik buah kelapa dlm iklan santan MS tu.. yg siti dok pomot masa bln puasa. ntah le btl kot sbb bdk2 lain meng-ia-kan. jgn main2 korg.. senior trainer kt TMTC (TM Training College) tau. biasala kan gi training mesti rembat mende2 kecik gini hehe


nk citer psl susu sbnrnya. alhamdulillah, dpt jugak ngepam walaupun sekali (jam 10.30 am). dpt 6oz.. ok la kan cuma tak brp concentrate masa ngepam tu sbb takde ruang nk berselindung pastu dgr ada org kt surau lelaki dok sbk main sms (surau lelaki & perempuan cuma dipisahkan dgn tabir je). blk td tgk susu msh sejuuukkkkk cuma techni ice dh start mencair (btl kata hayatie). nsb baik mu advice soh balut ngan napkin (in my case guna towel kecik+pnjg sbb ruang dh agak sendat).


sampai je rmh jam 4.15 pm trs capai pam. fuuhhh lega makcik..


k la stop dulu. nk gi amik double H kt bwh. ibu windu+windu+winduuuu


p/s : kak ros, aku tak layak jd pelukis jalanan ko la..

Monday, November 16, 2009

Potpet Di Hari Cuti...

bgn pg cam biasa la.. celik2 mata trs tgk suami tgk anak2, solat, pam susu then prepare beg hana & haziq. eddy gi keje seawal 7.30 am sekali harung hntr hana ke taska. haziq plak tenang2 je tgk disnep channel.. huhahuha agaknya dia igt cartoon tu ckp2 ngan dia. lps nenen tido blk.

trs angkut baju2 kotor campak dlm mesin basuh. kemas2 rmh yg berselerak dek toys hana merata-rata. akhirnya jumpa jugak remote astro yg hilang dr mlm td kt celah2 sofa. ni hana punya keje k. settle sidai baju.. basuh CD plak. double H fully CDing on weekend k. then sapu lantai.. mop lantai.. biarpun comel je keluasan rmh ni tp mengah gak huhu.. basuh plak tong sampah. sengih jap tgk rmh berkemas rapi konon2nya tp hana mmg jaki takkan bg ibu dia sengih lama2 pun. ptg karang dia blk.. tungggang terbalik lg. dpt anak kuat mkn camni la.. melekit lantai sana sini.

jam 11 lbh eddy called soh siap2.. ada misi nk tunjukkan jln ke menara PKNS hehe. esok kena training kt situ. sblm tu hntr haziq ke rmh babysitter dulu. lorr.. igt kt mana la tmptnya rupa2nya dikira agak sng nk mencari. harap2 esok sampai & blk dgn selamat. yelah.. selama ni cuma tau ulang alik pi keje je. keluar cari brg pn kt tmpt dekat2.

tengahari soru kt pantai dlm pekena daging kawah power+ayam kg goreng rempah+ulam2 cicah budu. mkn time hujan2.. berdua2an dgn somi pergghhh cam dating je. pehtu trs blk rmh ye takde maknanya nk kuor menabur duit. dah nye laki awak kerja awak ddk rmh je la. haa korg.. lyn je la gambo akok kaler hijau ni. sedap.. nak? gi beli sendiri hahaha konon2 beli RM2 ada 4 ketol kasi upah eddy tunjukkan jln tp rupa2nya semua masuk mulut sendiri konon2 penggemar akok tegar le saya ni.


apa nk msk mlm ni erkk??? igt nk buat sardin roll.. hana mesti suka! tp breadcrumbs takde plak hmmmm.. roti cicah sardin pn sodap.


p/s : gila koser buat ent
ry tiap2 hari. apa psl byk perkataan 'konon' dlm entry ni?

p/s 2 : konon2 (konon lg.. dh takde perkataan lain ke?) eddy ajak ke gunung ledang cuti raya haji ni tp pikir2 cam leceh nk bawak baby kecik. kononnya (konon lg!) eddy nk merawat hati yg duka dek plan sblm ni tak menjadi sbb ada org dh book tarikh masa cuti raya haji. takpe la cari tarikh lain ye bang...

p/s 3 : kak ros, aku dh baca blog ko jap td. apanya yg sedap..

p/s 4 : kak ros lg, apa ko igt aku ni pelukis jalanan ke soh buatkn map ke menara PKNS tu?


Sunday, November 15, 2009

Techni Ice

afne tau bfing mommies tentu kenal dgn benda ni (mungkin bkn semua la). yup, ni salah satu alat (should i call it gadget?) yg diperlukan utk ibu2 mengekalkan suhu ebm supaya sentiasa sejuk/panas di dalam cooler bag atau cooler box atau microfiber insulated bag like mine (avent). ice cool packs avent tu saya biarkn dia berehat dulu dlm freezer. kedai2 kt luar tak sure ada jual ke tak tp most of online store yg support bfing ada jual benda2 mcm ni (mcm2 brand & jenis with same function ie MLO ice pack, coleman brite ice etc).




tengahari td abg loba2 lari kejap (naik motor sbnrnya hehe) ke mybbstore.com utk beli benda ni (TQ abg). RM30 for 1 sheet (ada 24 biji dlm sekeping ni). jap lg afne buat projek 'menggelembungkan' so leh guna masa attend training on coming tuesday.


ada 24 biji yg bercantum2 (masa ni nmpk sekeping lg)


ada disertakan instruction cane nk gunakan


tp klu korg nk tau step by step in malay version blh klik ke blog sifu bf My 'xCLuSiVeLy XpResSiNg. tq yea yatie utk penerangan yg jelas berserta gambar hehe.

utk info lanjut leh ke Techni Ice Reusable Ice Packs.

UPDATED - techni ice bila dh tegang & menggelembung. sifu suggest letak 12 ketol (potong 2 bhgian) & balut techni ice dgn kain/napkin utk mengekalkan ketahanan sejuknya plus alas bhgian bwh & atas cooler bag dgn napkin juga. biarkan dulu bertapa dlm freezer at least for 12-24 hours (bhgian bwh freezer kosong - jgn igt gue tak msk on weekend. last stok menatang sotong dh terkorban jd sambal sotong utk lauk arini)



p/s : yatie, sori publish ur link sblm mintak kebenaran. congrats ehh for the naik 'pangkat' as LC (lactation consultant/counselor).


Saturday, November 14, 2009

EBM @ 14/11/09

sabtu & ahad - hari utk bgn lewat lepak2 bersenang-lenang rileks goyang kaki. chop! itu bkn saya. afne tetap bgn awal pg (5.00-6.00am) setiap hari utk menoreh cari rezeki utk anak bujang bambam tu. maklum le saya kn nk jd milk factory aka peladang berjaya mengeluarkn hasil tanpa mengira cuaca hujan mahu pun pns. sila tgk wishlist saya klu tak percaya haha pergghh.. punya la cita2 mencecah langit

lps mengepam pg td trs susun2 stok frozen ebm yg ada. lately stok2 tu agak berterabur dlm freezer. mmg agak kelam kabut masa hana sakit aritu dgn pumping session yg ter-skip few times. biarpun tak byk menimbun mcm sifu2 bf tp syukur alhamdulillah. haa.. mula la tu nk buat sesi tunjuk-menunjuk! ye lorr.. saya sgt vangga dgn diri sendiri. perkara yg saya anggap agak mustahil dulu mampu saya lakukan!

kiri - botol2 9oz (8oz each)
tgh - botol2 MLO + botol kecik (4oz each)
kanan - bekas dadih (4oz each)


see.. cane lg nk susun kasi lbh ruang utk disumbat? ruangan utk menatang/lauk pn dh di-minimise-kan seboleh mungkin. kurgkan mengepam.. NO & NEVER! itu cuma akan menjejaskan produktivi susu saya. ada sesapa baik hati nk tumpangkan fridge korg sila angkat montot haha! beli freezer baru.. gullpp!! mana mau letak. rmh den ni kocik jo tp syukur lah ada tmpt berteduh di rantau org. atau.. sdh sampai kah masanya utk saya gunakan liner/storage bags?? td bekpes dh citer dgn eddy. igt nk ajak ke mybbstore kt kuchai lama tu. nk cari sekali techni ice sheet sbb next tuesday kena attend training kt menara PKNS, PJ. ice packs gel avent tu mmg ada tp mampu ker bertahan dr 8.30am-5.30pm? harap2 blh le cilok2 mengepam kt tmpt training tu. kang kalo ku demam dek bengkak menahan susu dr pg sampai ke ptg sapa nk tanggung sila angkat tgn!

knp tah.. mcm addicted tau klu citer psl bf ni. siapa la yg buat saya lalok dgn perkara semacam ini? siapa lg klu bkn bdk bambam ni.. muka garang tak blh nk blah


"ibu.. garang2 pn muka saya ni, tp peramah tau!"

suka perhati haziq tido. tenang je hati & minda ni


gambo kakak hana mana blh tinggal.. dia la buah hati pengarang jantung. satu2nya penghibur & peneman ibu bila ayah outstation dolu2. skrg ni kitorg dh jd kawan yg blh berkongsi cerita.. nsb ko le hana dpt ibu yg becok hahaha. harap maklum walaupun haziq kerap tido, rmh saya takkan sunyi dr suara anak dara ni

pakai baju tali kecik punya la seksi tp sempat sarung tudung nk solat


"haa.. auntie ros, trm ksh bg saya jajan. syyyhh.. jgn bgtau ayah & ibu tau"


ok la, mau memasak le pulak. hana tu klu dia mintak nasi time tu jugak dia nk.. bkn tau sbr nk tunggu ke apa. daaaaaaaaaaa


Thursday, November 12, 2009

Cuti

ehh.. bkn saya yg cuti. asik nk cuti je keje nya. arini keje daaaaaa

double H yg bercuti - tak ke rmh babysitter & tak juga ke taska. seronok le diorg dibelai manja dgn maktok & atok. yupp.. mak & abah sampai dr kg smlm ptg semata-mata RINDU CUCU! (cehh siap tulisan kaler merah lg tau). dr mlm td mak dh bg hint tanya hana nk ke school ke esok? pg ni nk hntr haziq pn mak tak bg sbb nk jaga jugak. siap kena sound lg "isshh.. dtg tgk cucu tp nk dihantar ke rmh ana (babysitter) pulak" kesian jugak karang nk melayan hana lg.. haziq lg.. tp takpe, anak2 kesayangan saya tu mmg sgt baik & mendengar kata hehe..

smlm kebetulan masing-masing sampai rmh pd waktu yg sama so takde sapa tunggu sapa. mmg abah dh bajet nk sampai lbh kurg masa kitorg blk keje. mula2 tu hana miaw2 kucing cam memalu ngan maktok & atok. pastu mkn mnm segala nk maktok yg suap. hbs atok dibulinya ajak main sampai dkt 12am! mmg over anak dara mata bulat tu.

td called jam 11, haziq dh mnm 2 botol ebm (4oz each) & hana plak atok bawak jln2 pegi kedai. pesan dgn mak soh bg ubat tengahari ni sbb pg td check temp haziq 37.2c (kena cucuk selasa lps).

tp.. mlm ni mak ngan abah nk blk kg dh. adik2 mintak bawak hana sekali.. gulpp!! bkn tak bg tp tlg le faham perasaan ibu hana yg sensitif jiwang karat ni. mau basah bantal tido mlm rindukan anak hahaha! sabo2 la makngah, makde, ucu.. insyaallah cuti raya haji ni kita jumpa.

p/s : tak sbr nk cuti next monday (replacement leave utk deepavali).


Wednesday, November 11, 2009

Cutest Baby In Blue Contest

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST


yeayeahhh.. ibu double H nk masuk contest lg gamaknya. dr aritu nk join tp tak sempat je nk cari gambo hana pakai baju/kasut biru. kali ni anjuran Eliza sempena 5th Annivesary pd 17hb November akan dtg. kpd kwn2 yg berminat utk join contest ni sila jengah ke blog Eliza utk terma & syarat2 penyertaan yea. afne tepek gambo hana pakai kaftan yg ayahnya belikan dr terengganu.. isshhh ibu ter-perasan hana sgt cute+comel+sweet gila posing masa ni haha...


Nama : Hana Humaira Binti Muhamad Eddy
Umur : 2 tahun 1 bulan

hana : psssttt.. auntie puan penganjur, cute tak saya? cute tak? cute tak? hehe...


Tuesday, November 10, 2009

Muhammad Nazri

few weeks ago, airmata bergenang sebaik je baca entry kak efa. trs terkenang seseorg yg pernah hadir dlm hidup ni.. Muhammad Nazri Bin Nordin.

hari ni genaplah usianya 22 thn.. jika arwah masih ada. mungkin ramai yg tak tau saya pernah mempunyai adik lelaki. satu2nya anak lelaki tunggal dlm keluarga. dh 3 thn lbh arwah meninggalkan kami tp kenangan bersama arwah tetap segar dlm ingatan. tiap kali kami sekeluarga berbual2 kemudiannya ter-sebut sesuatu mengenai arwah.. masing2 cuba sembunyikan perasaan sedih. ntah.. afne sendiri tkt klu2 suasana tiba2 bertukar suram. baru2 ni masa dlm pantang bln puasa yg lps, emak ada beli kuih apam gula hangus kt bazar ramadhan. tgk kuih tu byk makanya afne mkn berketul-ketul sbb adik2 lbh berselera dgn menu berbuka yg lain. dgn suara perlahan mak tegur "sedap ke? arwah dulu pn suka sgt mkn kuih ni". terkedu jap nk menjawab "a'ah mak, sedap ni. epi suka mkn kuih ni. mak tak nak ke? klu tak nak.. epi hbskan" saja usik mak biar dia lupa psl td.

14/06/2006 - rabu
pd tarikh ni arwah pergi buat selama-lamanya. umurnya blm pn mencecah 19 thn. mlm tu afne terima panggilan telefon dr ida menangis dgn suara tersekat-sekat. afne dh rasa semacam. tp apa yg jelas afne dgr "kak epi.. nazri accident. nazri dh takde.." masa tu terdiam tak mampu nk ckp apa2. call ida semula nk confirmkn.. btk ke?! serasa tak percaya sbb baru berbalas sms dgn arwah bbrp hari lps. kemudian call eddy & mintak dia hntrkn blk ke kg. sepanjang perjalanan cuma mampu menangis terkenangkan arwah. sampai je rmh trs peluk mak & adik2 (elis & ila). kami tak mampu berkata apa2 cuma menangis & menangis.. abah baru blk dr hospital. jenazah msh di hospital & dibawa blk keesokan pagi. sepanjang masa afne di sisi mak sbb afne tahu perlukan seseorg utk tenangkan mak. makcik2 dh pesan, afne kena tabah.. kena kuat utk abah, mak & adik2.. seboleh mungkin afne tak mahu tunjuk kesedihan dpn diorg.

hampir waktu subuh.. afne terdengar mak menangis dgn suara yg kuat dlm bilik. cpt2 tgk mak, tenangkan mak. takpe la mak, redhakan pemergian arwah.. Allah lbh sayang dia. mak dh lembik tak mahu mkn & mnm.

pg tu jenazah arwah tiba dr hospital. kami sekeluarga tak dpt menatap wajah arwah buat kali terakhir. pihak hospital tak benarkan kami bukak balutan kain kapan sbb kecederaan kepala arwah sgt serious. apa yg afne diberitahu sebahagian kepala arwah hancur.. tak sanggup nk teruskan menaip psl ni. selesai urusan solat jenazah & sewaktu van bergerak tinggalkan rmh, mak hampir2 pengsan. mmg tak sanggup tgk mak masa tu. tp sbg anak afne cuba kuatkan semangat demi mak.

esoknya kami sekeluarga menziarah kubur arwah. itu lah kali pertama afne nmpk abah menangis sewaktu memegang batu nisan di kubur arwah. mak sendiri seakan tak mahu berganjak slps kami hbs tahlil. kt rmh mak lgsg tak mahu jamah mknn/mnm.. bila dipujuk-pujuk cuma mnm sikit je. afne tau mak msh terkenangkan arwah. abah mmg tabah. abah lgsg tak menunjukkan kesedihan depan kami tp dlm hatinya siapa yg tahu??

seminggu bercuti.. slps naik keje, setiap hari selama bbrp bln afne akan telefon mak. tanya kabar.. tanya dh mkn/mnm.. sekurg2nya dia tak terlalu sunyi kt rmh. tp afne tau mcmn sekali pun yg afne buat tentu takkan dpt tenangkan mak. bila dh bbrp bln berlalu baru la beranikan diri tanya adik apa yg sbnrnya berlaku. sepatutnya arwah tak bekerja mlm tu tp disebabkan sorg bos nk dtg dr melaka & kekurangan pekerja so arwah terpaksa bekerja shif mlm. yg mak terasa ralat sbb mak yg jwb telefon & sampaikan pd arwah. mak tak sangka slps solat maghrib arwah nk pergi keje, sewaktu arwah tutup pintu dgn menghadap mak & abah itu lah kali terakhir mak dpt tgk wajah arwah. sedangkan sblm ni arwah pergi keje tutup pintu tak pernah buat mcm tu. siang tu arwah sempat lg mintak mak masakkan utk dia mkn tp cuma sempat jamah skt je.

afne mmg terasa sgt kehilangan arwah. afne yg jaga bila arwah berkhatan, afne yg suap mkn mnm dia, afne ajar dia uruskan duit gaji pertama dia. arwah mmg sgt talented dlm bidang lukisan. bbrp kali dia menang bila join contest yg dianjurkan majalah kartun. koleksi majalah arwah mmg sgt byk. dulu mak selalu bising2 bila alat2 tulis & sketch book arwah bersepah kt mana2. lps pemergian arwah mak bahagi2kan majalah tu kt sepupu2 yg lain. bkn lah nk bandingkan kami adik-beradik tp arwah lah yg plg sng diberi nasihat. rajin membantu tanpa byk soal. astaghfirullah.. astaghfirullah.. airmata dh tak tertahan bila igt kenangan2 lama.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa arwah. Tempatkan lah roh arwah di kalangan org2 yg soleh & beriman"

Al-Fatihah...


Sunday, November 8, 2009

Facebook

baca tajuk pn dh sedia maklum kan.

disebabkn ke-boring-an melampau tahap cipan smlm ptg.. saya tlh meng-advance-kn diri dgn men-register facebook. wakakaka.. ayat skima mau tunjuk dh maju konon. yelah.. tau la korg dh lama berkecimpung dlm dunia fb. saya mmg agak lombab dlm bab2 semacam ini. takpe la, saya mula dr bwh.. fp (fotopages) kpd blog kemudiannya kpd fb plak. kedek2 le makcik blajo muahaha.

tqvm for those yg tlh sudi menjadi rakan & kpd yg sudi add saya. sekejap je kan penangan fb ni. tak sampai 24 jam dh ramai jugak yg saya 'jumpa'. ok lah.. mau meneruskan tgggjwb sbg ibu mithali ngan keje rmh yg melambak ni.


p/s : tahniah kpd yg menghasut saya utk join fb. anda2 tlh berjaya!


Saturday, November 7, 2009

Potpet Di Petang Sabtu...

eddy keje.. double H tgh tido. bosan plak.. siaran tv gelap je. maklum le time hujan cenggini le kelemahan astro ni. on lappy potpet le sesorg dlm blog muahaha..

pg td berjaya msk mihun goreng (tq kak ros). poyo gila erkkk.. sng je msk mihun tp selama ni cam tkt2 nk msk sbb pernah berlaku kejadian mihun lembik haha. gambo tak amik la dh licin cos msk ngam-ngam soi utk breakfast 3 mulut pg td. byk jugak hana mkn.

lunch msk simple2 jek.. ikan selar goreng (utk afne & hana), ikan selar msk sambal (utk eddy) & kangkung goreng belacan. ok le tu kan utk ibu beranak 2 yg kejap2 kelentang kelentung kt dapo.. kejap2 tgk anak2.. bknnya tkt hana buli adik tp kadang dia tak sedar main2 terkena haziq bambam saya tu.



rmh dh kembali bersepah.. hana punya keje tp tak kisah la. biar dia aktif 'mengemas' dr tgk dia diam (masa sakit aritu) baring nk melekat kt ibu je. td afne tegur dia msh sbk keluar masuk bilik sebelah punggah toys dia..

ibu : hana.. kenapa tak kemas ni?
hana : nanti..

pandai dh menjawab skrg.. eddy le ni selalu ajar dia "nanti lps main kemas tau". tau le dia kumpul2 semua toys masuk dlm kotak semula.

dialog pg td lg best..

hana : ibu nk mandikan adik?
ibu : taklah, ibu nk tukar pampers dh penuh. hana tlg buang ni.
hana : buang tong campah? kaceehhh..
ibu : ?? terima kasih hana. (terkedu jap td sbb aku yg sepatutnya ucap terima kasih ish3x)

betapa kan anak sekecil itu mampu membuat sesuatu yg kita rasa kecil tp bsr maknanya. korg paham ke ayat jiwang tu haha.

agak2 korg.. klu bdk kecik ni sengih menyeringai camni sampai hati ke ibu dia nk marah?! buat ibu nk tergelak ada la..



ada la seminggu ni eddy start toilet train. walaupun blm nmpk hasilnya tp hana dh tau bila ditanya..

eddy : klu nk yak/kencing pergi mana?
hana : bilik.. air.

mmg hana dh pandai bgtau bila yak/kencing. dh tau geli ngan najis kot cpt2 soh ibu/ayah basuh bon-bon dia. takpe la, slow2 ye nak.. lama2 nnti berjaya la cita2 ayah nk diaper-free hana. mcm2 dh perkembangan hana.. kadang2 ibu rasa tak terkejar dek kerana pantasnya masa berlalu. klu dulu2 hana mmg die hard fan of mickey/minnie mouse. klu blh 24jam nk tgk channel cartoon tp skrg dh tak kisah dh tgk channel apa pun asalkan menarik perhatian dia. tp mcm2 la kan soal jwb dia tu.. bercakap pn dh gaya org dewasa je gamaknya wlupun ada ayat2 yg tunggang terbalik. oohh yea.. hari ni hana dh bertukar susu dr sustagen 1+ coklat ke dugro 1+ coklat secara rasminya. awal mggu ni kitorg try sulamkan sustagen & dugro.. alhamdulillah hana blh terima. poo poo dia pn ok je.

haziq makin peramah dr hari ke hari. haziq mmg anak yg independent.. takde la kerap merengek mintak dukung ke apa. lg pun paham2 je la kan bila sorg2 handle 2 anak kt rmh. nk buat itu ini. so bila afne/eddy/hana ajak haziq 'borak' bkn main suka la si bambam tu. tersengih-sengih.. senyum simpul.. hahuhahu ntah apa yg dia cakap kan hehe.. dgn tv pn dia leh 'borak' tau! dh tau main bubbles kt bibir.

ni gambo anak2 saya bbrp hari yg lps. lps gian hana naik menatang ni


haziq biasa la maintain diam dlm stroller



Wednesday, November 4, 2009

Special Award For My Lovely Followers



1st of all, terima kasih kpd mama emy efy eqy yg sudi bg award ni. ekceli lama dh patut amik masa kena sound dlm entry INI 'HARTA' HAZIQ YG PUNYA HAHAHA! tp disebabkn bbrp perkara yg berlaku (psl hana) lps tu terlupa lak nk tepek trs kt sini.

secara jujurnya afne tak begitu kenal dgn kak salwa & tak igt dr mana dpt link blog tp mungkin disebabkan 'kegilaan' afne psl bf & suka lompat melompat blog yg related psl susu badan. my point is nk cari ilmu bf & bakar semangat sendiri!

kenangan ebm utk hana -sekitar june 2008-

kpd kak salwa yg bertanya apa jenis pam yg afne gunakan dlm entry tu.. afne gunakan set Manual AVENT ISIS Out & About. dh 2 mggu lbh naik keje lps cuti bersalin, beg ni le afne usung ke sana ke mari hehe lgsg tak endah mana pegi handbag. afne beli pam ni tahun 2007 sejak preggy anak pertama, Hana Humaira. alhamdulillah masih blh digunakan utk adiknya, Muhamad Haziq.

p/s : syok & stim tgk susu sendiri hahaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...