Saturday, October 31, 2009

Oggy And The Cockroaches

baru sdh layan hana tgk citer ni..


anak2 korg tgk tak cartoon ni? anak saya sukaaaaaaaaaaaaaa. sebenonya ibu hana suka sgt tgk cartoon ni masa zaman anak dara lg. time tu tv3 dh tayang dh. skrg ni keluar plak kt disnep channel. apa lg.. ibu dgn anak sama2 gelak la. suka tgk cartoon lawak ni. kisah antara oggy yg mana hidupnya tak pernah aman drpd gangguan cockroaches ni. ada saja strategi diorg nk kenakan 1 sama lain.

selera mkn hana dh mcm biasa. pg ni sarapan sekeping roti gardenia cicah teh o + sekeping biskut tiger + 2 kpg biskut gula. sejak bgn pg td dh 3 botol susu dia mnm (6-7oz each). wawawaaaaaaahhhhhhhh (hana suka sebut bila excited).. terharu tgk anak mkn/mnm bila dh lbh seminggu dia takde selera. lps mkn antibiotik & ubat flu/thn muntah/batuk td hana siap mintak "nk ubat ni (ubat demam)" ibu jwb "ehh tak blh.. hana dh baik demam. mkn bila perlu je". skrg ni tgh masakkan bubur utk hana. masa afne draft entry ni hana tgh sbk kasi ubat olok2 kt baby bear. ingat! segala ubat/bahan kimia (ie ubat nyamuk, pewangi) kena simpan elok2 k, bahaya bdk2 buat main.


eddy dh start keje so ber3 la kami kt rmh. cadangnya klu sempat ptg ni nk bawak haziq gi klinik pakar kanak2 to check batuk berkahak tu. kesian sgt tgk baby sekecik tu batuk2. nk cari sekali bekas2 dadih (nk beli storage bags tp disposal la plak kan) cos hbs dh bekas/botol yg ada utk simpan ebm. tp td jln2 kt enjoybreastfeed.com & mybbstore.com mcm ada offer menarik. nnti kena fikir dulu nk mana. sapa nk tlg kemas 'harta2' haziq ni sila angkat tgn? sejak anak kurg sht aritu sumbat je mana dan.. rasanya kena susun+baringkn botol2 tu kan.



p/s : Allah Maha Adil. setiap manusia itu memiliki kelebihan & kekurangan masing2. tak perlu bangga dgn kelebihan yg kita pinjam sementara & sbg insan biasa aku cuba memperbaiki kelemahan yg aku ada.


Friday, October 30, 2009

CHAMPS C With Lysine

lunch break jumaat tak sah klu tak meronggeng. seronok ronggeng2 cuci mata. mula2 tu plan nk survey vit/multivitamin kt farmasi. smlm masa checkup haziq, afne tanya2 sekali apa vit yg sesuai utk anak yg kerap demam/flu/batuk. dicadangkan samada multivitamin atau vit c plus lysine. tanya kwn2 & godek2 baca sana sini skit dlm internet ramai yg syorkan scott emoulsion, ada jugak afne terbaca psl jus kurma genius & mcm2 lg la. sampai je farmasi vitacare cam dh rambang mata kan cos mcm2 brand & jenis la. lps 'interview' ahli farmasi tu, afne amik ni utk hana..


hana blm start mkn lg. lps eddy amik hana trs blk rmh, afne msh dok borak2 ngan babysitter haziq. sampai je rmh tgk hana dh terlentok kt pangku ayahnya. tak sempat lg nk mesra2 hana dh tido. pnt sgt kot main je ngan kak nadia. alhamdulillah, menurut kata babysitter selera mkn hana dh ok. mungkin jugak seronok ada kwn mkn+bermain. esok last day mkn ubat2 yg hukm bg so lps tu br try bg & hopefully hana suka. afne tgk mcm sedap siap fruiti flavour lg tau.

sorg kwn syorkan hana amik suntikan pneumococcal. takpe la karang jumpa doktor tanya lbh lanjut psl ni. ke ada antara anak2 korg yg pernah amik suntikan ni? jom share & komen apa yg korg tahu.

skrg ni haziq & hana msh lena tido sejak ptg lps amik diorg. seronok tgk dua beradik tu tido sebelah menyebelah.

p/s : to zura, tqvm sbb remind aku psl vit yea.


Double H

curik masa waktu koje nk update blog. saja nk citer psl double H kesayangan muahmuah saya.

alhamdulillah, hana dh makin sihat cuma msh batuk2. kt rmh pn dh menunjukkn tanda2 nk bermain & menyepah brg mcm biasa. termasuk hari ni, dh 3 hari tumpangkan hana kt rmh babysitter haziq. skrg ni cam dlm dilema mana nk hntr hana. esok lusa kompom le ibu yg jaga. isnin.. selasa..?? hari2 seterusnya? mlm td berkali2 eddy tanya jd blk kg tak esok? (ptg ni la). mula2 afne buat2 mcm tak dgr.. pastu jwb "ermm.. ntah erk" lps tu jwb lg "ntah le bang, dh tak blh nk fikir". semua tu cuma alasan takmo berjauhan dgn hana lg. nnti ibu rindu.. nnti ibu nangis igt hana.. nnti sapa nk gentel2 tgn ibu waktu nk tido mlm? klu babysitter sanggup jaga hana, afne rasa lega tp dia pn serba salah nk terima sbb aritu masa mula2 nk hntr haziq pn dia ckp jaga sementara. bkn dia tak nak tp tkt mabuk2 teruk mcm anak pertama bila dia mengandung lg nnti (skrg ni babysitter tu dlm usaha conceive). tanya eddy blk "jd ke nk amik bibik? ayg tkt bla.. bla.. risiko bla.. bla.." eddy kata "klu tak nak blk kg, tak nak amik bibik.. hntr je ke taska tp abg dh bg ayg pilihan". sbnrnya eddy tkt hana kena mcm aritu. demam sampai refer hospital.. check darah, masuk air. dia pn risau+tak sampai hati. tp klu hntr blk kg.. sampai bila? apa pendapat korg??

ni gmbr hana bbrp mlm lps. masa ni demam hana on & off lg tp klu time ok tu blh plak dia main2 mcm biasa. gembiranya hati ibu tgk hana ceria mcm ni.


smlm 1st day drive kereta sejak preggy haziq 37 weeks. rasa kekok jugak mula2 tp alhamdulillah dh kuasai balik skill2 pemanduan berhemah hehe. kerja sekerat hari, blk rmh mkn+solat zohor kemudian bawak haziq checkup. pegi berdua je sbb eddy ada kursus. berat haziq dh 6kg (last month 4.56kg). hana selalu panggil adik dia "ajik tembam bambam". baru 2 bln lbh (72 hari) dh pn tukar diaper saiz m. sepatutnya haziq kena suntik tp disebabkn kena flu+batuk so extend ke selasa depan (tu pn klu dh baik). checkup kali ni cpt je sbb dtg ptg. sampai jam 2.15pm, 3.15pm dh settled. ni gambo haziq bdk baik.


nmpk gaya kena tambah 1 lg carseat utk haziq tp keluasan dlm kereta kurg mengizinkan huhu. ada la jugak plan nk belikan booster seat utk hana tp karang terlepek plak dia tido. maklum le hana tu kan body kecik slim je mcm ibu dia.


p/s : msh dlm dilema..

Tuesday, October 27, 2009

Ibu Rindu Hana Yang Ceria

1st of all, tqvm kpd kwn2 yg bg moral support dlm entry yg lps. sokongan anda semua sekurang-kurangnya memberikn semangat yg saya perlukan di waktu2 mcm ni. tp ada jugak pengomen rahsia menggunakan nick 'anonymous' memberikn komen..


"x baik tau.. ckp mak bapak org lain bodoh.. mungkin mak bapak budak tu x leh cuti.. terpaksa gak hantar anak diorg.. itu la risiko yg perlu kita kena tanggung klu ke nursery...kalau nk kurang risiko..antar ke rumah pengasuh..."

terima kasih ye en./cik anonymous atas opinion awak. mungkin silap saya ter-kata mak bapak org lain bodoh.. btw, mmg bodoh klu still hantar jugak anak ke taska sedangkan dlm terms & condition dh state dgn terang lg bersuluh "TIDAK BOLEH HANTAR ANAK KE TASKA JIKA MEMPUNYAI SAKIT BERJANGKIT (flu/batuk etc). sila baca entry yg lps tu btl2. knp saya seboleh mungkin mematuhi rules tu then amik emergency leave/mc utk jaga anak yg sakit demam/flu/batuk kerana kurang pandainya mak bapak mereka ni? kerana kurang pandai ni la anak2 yg lain terjangkit sama. sorry, saya agak emo skrg ni. saya tahu & sedar risiko hantar anak ke taska & ramai ibubapa yg komplen psl ni. saya sendiri dh bbrp kali komplen kpd owner taska. skrg ni pihak taska dlm usaha menyewa library bersebelahan yg kosong. insyaallah akan diwujudkan quarantine room utk anak2. fyi, haziq mmg saya hntr ke rmh x-babysitter hana buat sementara waktu. awal2 hntr hana ke taska dulu disebabkan babysitter tu nk preggy semula & kami nk biasakn hana dgn suasana persekolahan. STOP.


smlm hana punya temp turun & naik lg. waktu siang tu mcm hari2 sblmnya.. afne tuam badan & bg mkn ubat mcm biasa. tengahari bawa ke klinik sbb aritu doktor dh pesan demam/batuk/flu baik atau tidak, dtg je klinik cos doktor nk pantau. masa kt klinik ok la dh turun temp tp still range demam. ptg tu amik haziq dr rmh babysitter, hana main2 lincah dgn kak nadia (anak babysitter). check suhu dh turun ke 36.+ so igt dh ok tp lbh kurg jam 9 pm naik balik suhu badan ke 39.+ (tak igt sgt dh terlalu byk kali amik bacaan). eddy masukkan ubat melalui dubur tu separuh je (as advised by doctor). kemudian bg mkn ubat, tuam2 badan hampir 2-3 jam then temp turun 37.+ (lbh kurg jam 12am).

badan letih masing2 tido.. tiba2 afne tersedar (jam 2.15 am) bila dgr suara hana menggigil. check temp dh cecah 40.2! Ya Allah, mmg panik sgt masa tu. eddy trs bawak kitorang ber4 ke klinik. doktor masukkn ubat melalui dubur hana & bg surat rujukan ke hukm. sampai sana jam 2.45 am, lps daftar then hana dipanggil utk check tekanan & ntah apa2 mesin. afne cuma berdaya pujuk2 hana jgn menangis. airmata sama mengalir bila hana meraung2 waktu diorg masukkan jarum utk amik darah & cucuk utk drip air. afne tau mcmn sakit bila kena cucuk jarum2 tu sbb pernah rasa sblm ni. tp apa yg afne fikir masa tu, redha aje la demi hana.


waktu tunggu giliran jumpa doktor, layan hana tgk gambo2 dia dlm hp supaya lupa rasa sakit & rasa takut hana tgk beg air yg bergantung kt tiang yg kitorg sorong ke sana ke mari. waktu eddy bawak jumpa doktor (afne tak ikut sbb tgh bf haziq) badan hana dh tak sepanas td. hana tak kena masuk wad (tp klu warded ok gak sbb diorg leh monitor). settled bayaran & amik ubat br zoom blk rmh. hana byk tido tp tido2 ayam mungkin letih & tak bertenaga.



6.30am br sampai rmh. sampai rmh trs siap2 hntr haziq ke rmh babysitter. bg hana mkn ubat then kitorg tido sampai le jam 10am td. rasanya msh mamai2 lg tp kena tgk2 hana & monitor temp dia. hana still takmo mkn & mnm susu pn kurg. smlm cuma 2 botol itu pn tak dihabiskan. kitorg cuma mampu paksa jugak dia mnm air msk guna pancit walaupun menjerit melalak.

smlm eddy bg pilihan.. hntr blk kg atau amik bibik. ntah, skrg ni otak cam tepu nk memikir.


"Ya Allah, tabahkan hati kami menempuh dugaan ini. Peliharalah anak2 kami dlm lindunganMu Ya Allah"


"hana.. ibu rindu hana yg ceria. ibu rindu hana yg aktif sepahkn brg2. rajin2 la mkn ubat nnti cpt sembuh k".

harap kwn2 dpt doakan hana semoga cpt sembuh. tq in advance. dlm keadaan yg agak tak terurus skrg ni tetap kena curi2 masa mengepam utk haziq. klu tak kesian nk bg stok frozen ebm je. mengepam masa memangku hana pn afne buat. hana asik nk peluk ibu je. rmh dh tak berkemas dgn baju2 separuh berlipat separuh tidak. eddy soh biarkan sepah pn takpe huhu

p/s : org yg tak pernah lalui mungkin takkan faham.. sedangkan aku sbg ibu dh tak mampu nk bendung airmata.

Monday, October 26, 2009

Kesian+Penat+Geram!

haaa.. amik ko. ni sesi luahan perasaan. bercampo aduk dh ni rasa nk meletup je

KESIAN dgn hana & haziq. ni lanjutan Hal 2 dr entry sblm ni. khamis lps kan hana kena flu+batuk skit2. jumaat tu dh start nk demam. hari sabtu, temp turun naik. siang ok, mlm pns blk. ahad pn mcm tu. mkn ubat, tuam satu badan, sapu air asam jawa. kejap tu ok la. nk maghrib badan hana pns semula. plg kesian mlm td jam 2 pg hana melalak terkejut2 mcm menggigil.. check temp dh 39.2! bukak baju dia, tuam tuala basah, bg mkn ubat lg pastu tepek ice cooler pack kt dahi hana. turun skit temp ke 38 (still demam lg). pg ni lps mandikn hana dgn air sejuk, tukar baju+diaper, hana dh tido semula. tp kejap2 cari nk peluk lengan ibu je. takmo berenggang lgsg. terkejut dr tido je menangis.

PENAT jaga anak2 yg kurg sht. haziq pn terkena flu mungkin jangkit dr hana la. mlm td plg mencabar la. jam 4 pg br dpt lena btl2. sblm tu afne ngan eddy bergilir sorg jaga hana sorg jaga haziq. kebetulan haziq yg flu tu merengek je. last2 eddy bawak tido kt hall br le haziq blh lena. agaknya haziq pn sama terperanjat tiap kali hana melalak. nsb baik la eddy ada sama klu tak ntah mcmn agaknya..

GERAM sbb baru hntr hana ke taska 4 hari dh jangkit flu+batuk sampai bawak ke demam. ssh la kitorg mcmni! takkan asik nk cuti je. bila komplen kt taska, owner kata klu bdk demam mmg tak blh bawak ke taska sbb tkt nnti mak bapak lain bising. lg pn dh state dlm T&C klu ada sakit berjangkit tak blh hntr taska. hbs tu anak aku tu dpt sakit jangkit dr sapa? ke ada mak bapak bodoh yg tak tau peraturan? eddy dh bising2 sbb anak asik sakit. kesian tgk hana tak larat je memanjang. ulang alik ke klinik tu dh 1 hal, nk plak kena amik cuti jaga lg. rasa mcm nk tukar taska tp end up mungkin goes the same way. hbs tu takkan nk berhenti keje?? arrgghhh.. haru btl rasa kepala otak skrg ni. airmata dh mengalir ni uwaaaaaaaaa


Saturday, October 24, 2009

Macam-Macam Hal

baca tajuk pn korg mesti dpt agak kan.. ada bbrp perkara yg berlaku dlm masa 2-3 hari ni.

Hal 1
blk keje khamis lps agak menakutkn. accident berlaku dpn mata & kitorg hampir2 terlibat. Ya Allah, syukur takde apa. benda ni berlaku kt bus stop area komuter dpn RTM. tak sure la bas atau kereta waja di blkg bas yg berhenti mengejut. motor yg baru je potong kitorg trs langgar blkg waja sampai bunyi berdentum. nsb baik eddy sempat mengelak trs menyelit ke kiri. kitorg tak berhenti utk tgk lbh lanjut tp nmpk muka mamat yg jatuh motor tu dh terpisat2 tahan sakit. kecut btl tgk benda2 mcm ni. tiba2 hati trs teringat anak2 kt taska & rmh babysitter. mcmn klu apa2 berlaku kt kitorg?

Hal 2
lps amik haziq, sampai je rmh dgr suara hana sengau semacam. dh sdh.. nmpk gaya mcm nk flu tp hidung tak berair. alahai.. br 4 hari ddk taska dh melekat sakit plak. ni yg buat kitorg tensi ni. mlm tu dlm kul 10 lbh hana mnm susu tiba2 tersedak trs muntah byk. kesian sgt tgk hana . lps tu ok je dia main2. eddy siap ckp "ibu tgk mcm2 hari ni, nmpk org accident la, hana muntah la" agaknya nmpk afne panik masa hana muntah. mmg hana tak pernah kena mcm tu. esok pg sblm hntr taska bdn hana agak pns tp temp tak tinggi so bekalkan sekali ubat demam. dr mlm td sampai tengahari td hana ok je main menyepah rmh mcm biasa. igt dh ok la sbb ubat pn mkn mcm biasa. lps asar td hana nk tido siap mintak afne peluk & pakai selimut, mungkin kesejukan dgn batuk2 berkahak lg. check temp dh hit 38.9! tak ckp byk trs bogelkn hana, lap2 satu bdn, letak tuala lembab kt ketiak kiri kanan & bg mkn ubat. settlekn haziq plak tukarkn cd ngan baju. lps maghrib br eddy blk keje. masa draft entry ni eddy dgn hana gi klinik. harap2 hana dh ok.

Hal 3
yg nomot 3 ni ok skit nk citer sbb meronggeng dgn kak ros ngan dila. yg tak bestnya tabur duit dgn duit yg dh menyusut hehe. so beli benda2 penting aje. dpt benda2 ni ptg td..


tambah lg 2 cd (purple & baby blue). setakat ni br ada 8 kpg. coolababy cd tinggal kaler pink ngan putih je lom ada tp rasa cam nk carik babyland printed plak pasni.



baju2 ni kepunyaan hana & haziq. ibu beli skit je. most of them makngah courier utk haziq.




ni sbnrnya yg afne nanti2kn. I LOVE BREASTFEEDING sticker. lama dh nk beli sejak preggy haziq tp asik nnti dulu-nnti dulu je. tak sbr nk lekatkan kt kereta. haa.. klu ter-nmpk penumpang kenari hitam dok tunduk2 tu toksah le korg jengah cos saya tgh bz nenen haziq hehe. sapa2 yg berminat sila ke K.E.D.A.I.R.O.Z.Y. nursing blouse pn ada. afne suka baca blog rozy tp sblm ni jd silent reader je la.

Hal 4
arini br sempat mengepam sekali je jam 3.30 pg td. arini agak penat.. laundry 5 round, memasak, handle hana ngan haziq sorg2. bila tgk buku jadual mengepam yg saya conteng2 tu mcm rugi sgt bila tak dpt pam ikut masa huhu. ni hasil menoreh pg td.. dpt 9oz yahhooooooooo. haruslah vangga sbb ni hasil terbanyak utk 1x sesi pam (setakat hari ni).



esok kena pam (mesti & mesti) dptkn fresh ebm sekurg2nya 20oz utk bekalan haziq on monday, insyaallah. ye puan afne, jgn mls2 lorr. fikirkn yg ko buat ni demi anak, anak & anak.. masa zaman dolu2 preggy hana asik terfikir blh ke aku bf anak aku? tak ssh ke? sbnrnya semua wanita yg melahirkn anak blh menyusukan anak masing2 tak kira apa pn size boobs yg kita miliki. yg penting niat & hati.

p/s : nasihat eddy - kadang2 kita rasa down dgn sesetengah perkara tp anggap itu sbg cabaran utk kita buat lbh baik di masa akan dtg.


Thursday, October 22, 2009

Ini 'Harta' Haziq Yang Punya Hahaha!

tgk kekawan.. ibu double H sdh bikin gilak pg2 buta update blog muahaha. weehh.. bkn bgn pg semata2 nk buat entry maa tp baru sdh 'menoreh'. nk sambung tido semula tp mata tak ngantuk kang klu paksa gak mau lajak sampai matahari keluar. mmg tak ngantuk k.. yelah lps isyak td trs tido sampai nk bgn mengepam hehe. sedar 2 kali sbb haziq nk nenen jek. baik kan anak2 saya selalu dgr kata.. haziq tido belah kanan & hana tido belah kiri.

k, blk kpd tajuk perbincangan di atas yea.


ni bkn mau tayang tp mau kasi bangga diri sendiri stok frozen yg ada setakat hari ni. kira dh luak 2-3 botol sejak start keje. penting wooo buat stok frozen utk waktu2 'kecemasan' tp harapnya susu sentiasa mahsyuk la yea, insyaallah. hari2 eddy jenguk stok frozen ni siap kata "waahh.. blh meniaga ni" haha. ni baru skit. klu tgk stok member2 pengepam tegar mesti terbeliak bijik mata eddy.

tiap2 hari bekalan utk haziq sebanyak 6 botol (24oz lbh skit la). afne prepare siap2 4-4.5oz setiap botol supaya sng babysitter pnskn, trs masukkan teat & bg haziq mnm. 4 botol mlo+1 botol avent yg berderet tak berlabel semua fresh ebm. 1 botol mlo berlabel dr frozen stock. & yg plg best lebihan ebm fresh 8oz dlm botol tinggi tu akan masuk ke frozen stok. yeayeahhhhhhhhhhhhhhhh.

p/s utk diri sendiri : kenang blk mula2 start mengepam aritu rasa sedih tgk takat 2-3oz per session tp lama2 tgk stok mcm ni trs senyum sendiri.




Wednesday, October 21, 2009

"Ajiq Pangku... Hana??"

kwn2, sila baca ayat tu secara terbalik yea. maklum le anak dara saya yg berusia 2 thn 3 mggu 1 hari tu msh berusaha memperbaiki kemahiran berkomunikasi. vocab mmg dh byk tp bab susun ayat bila nk bersuara msh ada yg terbalik. hana msh lg dgn persoalan yg pelbagai tentang "cape?" & "apa". nk2 time tgk tv.. tadah je la telinga dgr soklan2 dia & ringankn mulut utk menjawab.

"ibu.. nape dia angesh (nangis)?" bila nmpk org menangis.
"ayah.. tu ape?" klu blh semua benda dia nk tahu.
"ibu buat susu adik?" bila nmpk afne mengepam.
"ayah.. nape org gaduh?" bila nmpk rancangan kt tv pelakon tu mrh2 ke gaduh2 ke.
"bu.. ni cape?" samaada nk tanya siapa org tu atau nk tanya brg yg dia tunjuk kepunyaan siapa.
"ayah.. nk duit ciling (syiling)" bgs kan kecik2 pandai menabung tp duit syiling ibu selalu menjadi mangsa huhu..
"ibu.. nk eciu-eciu (s.u.s.u)" nk mintak susu pn siap eja dgn pelat2 dia tu.
"kejap ehh.. adik. hana nk mandi/susu/baju/mkn" bila ibu tgh entertain dia kebetulan haziq merengek.
"dah.. dah.. hana nk tgk cini" bila kita nk tukar siaran tv. kadang bergaduh gak la nk tgk rancangan memasing haha!
"aiiyyookkk! ayah/ibu wat" bila kitorg terbuat sesuatu.. tumpah air ke, jatuhkn brg ke.




kt atas ni gambo mlm td.. haziq dh 'panggil'2 ibu nk nenen hana sbk nk pangku adiknya. sbk dia ckp "ajik pangku hana.. ajik pangku hana". korg tgk.. ada hati nk angkat adik dia letak kt pangku, tak sedar diri adik dia dh sama bsr ngan dia. maunya tidak, haziq kuat nenen sedangkn hana makin aktif makin kurus tp kurg mkn nasi. suka ratah lauk2 je, kudap2 roti/biskut & byk mnm susu. hana suka menghafal a-z (tp lompat2 la), one-ten (slalu skip seven & eight) & 1-10 (ni pn lompat2 jugak). bila ajar alif, ba, ta, sampai ke lam alif dia trs sambung ba semula hmmm. toksah le tabur janji dgn hana sbb dia akan igt & ungkit. aritu lps kena cucuk janji nk bawak naik kuda (mesin masuk duit lima posen tu).. 2-3 hari dia asik ckp naik kuda - naik kuda.

actually seronok tau dpt anak becok mcm ibu dia sbb ada kwn borak2. bila hana & haziq tido terasa sunyi je rmh. tp bila celik mata mcm nk terbalik rmh dikejekan. mau taknya ibu asik 'memetir' jerit sana sini. biasa la kan hana mana reti ddk senyap semua benda dia nk angkut keluar masuk bilik. ok gak kan bg ibu exercise hilangkn lemak2 yg berlipat tu haha!

haziq plak yg asik buat muka garang tu skrg ni dh sengih simpul bila kita ajak borak2. bila letak dia sorg2 kt baby cot atau bouncer mula la dia panggil2 soh org entertain dia. yg bestnya haziq ni bila dh mengantuk tp merengek semacam kitorg akan tiarapkan & usap2 belakang trs le aura stim tido dia dtg.

walaweii.. citer2 psl diorg trs rasa cam nk balik cium2 gomol2 ayah diorg. hhmm..


Tuesday, October 20, 2009

Sharing Is Caring : PosisiI, Teknik & Pelekapan - Menyusukan Bayi

td lps lunch godek2 cari bahan bacaan. biasala kan.. syllabus selama bbrp semester akan dtg harus ada kena mengena dgn proses pembelajaran skrg hehe. jom kita baca & blaja. moga kita sama2 akan berjaya dgn cemerlang!


POSISI PENYUSUAN YANG BAIK

Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat). Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul. Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

Refleks let-down atau pancutan susu
Refleks let-down adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik saja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas mengenai penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

Sendawakan Bayi
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawa. Letakkan bayi di bahu anda dan gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat kepada anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.



Posisi dakapan - Ini adalah posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi football hold - Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan cesarean memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring - Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan Cesarean ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas.

Note: Sumber Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Pediatrik Malaysia.


TEKNIK MENYUSUKAN BAYI

1) Kedudukan badan
  • Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
  • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2) Cara memegang bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • bayi rapat dengan ibu (perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
3) Cara memegang payudara
  • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

PELEKAPAN

Cara yang betul menyusukan bayi
  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagunya mencecah payudara
  • bibir melekup keluar
  • pipi gelembung
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara boleh bengkak dan puting luka
Rujukan : Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Disember 2006.


Monday, October 19, 2009

Hari Pertama Bekerja Selepas Cuti Berpantang

ni hari pertama saya bekerja.. maknanya hari pertama berjauhan dr double H setelah lbh 2 bln 'melekat' ke mana2. dh ter-biasa dgr hana potpet.. layan hana 'mengemas'.. nenenkn haziq. rindunya ngan hana & haziq!!!

hari pertama kerja jugak bermakna hari pertama haziq kt rmh babysitter & mnm ebm yg afne bekalkan. citer psl ebm, setakat mlm td stok ada lbh kurg 120oz. itu pn tak campo bbrp 'dikorbankn' sbb nk biasakn haziq ngan botol.

  • frozen ebm = 25 botol x 4-5oz = +100oz

ni bekalan utk anak bujang.. total 20oz


  • dicairkan kt bahagian bawah = 2 botol x 4oz = 8oz
  • fresh ebm = 3 botol x 4oz = 12oz
baru jap called baby sitter.. haziq cam biasa la lena tido. tp setakat jam 1.20pm td tinggal lg 2 botol je utk haziq mnm! harap2 cukup le sampai afne hbs keje nnti. nmpknya ibu kena keje keras pam utk dptkan ebm 24-28oz per day (so leh top-up utk frozen jugak).

hana plak, dh bbrp hari kitorg dok psiko dia

ibu : mggu dpn hana gi school tau. ibu nk work.. ayah nk work.. haziq pegi rmh auntie.
hana : hana (nk) rmh auntie.

ibu : ehh.. hana kena pegi school. belajar abc.. one two three.. satu dua tiga.. mkn sama2 abg ngan kakak.. main sama2.

hana : tak nk sikul (school).
pastu buat muka sedih sampai bergenang airmata mintak simpati.

td called owner taska.. alhamdulillah, hana ok je mkn tido mcm biasa. yelah dh jumpa kwn2 mana nk igt lain. pg td hntr ke taska pn buat muka selamba lps salam trs masuk.

lega la skit bila anak2 ok tp hati asik tingat kan diorg je. jap lg nk buat sesi mengepam. pg td dh sekali. chaiyyookk!! chaiyyookk!!


Sunday, October 18, 2009

:..Cute Baby With CD Contest..:

wawawahhhh.. (bak kata hana klu excited nmpk sesuatu). saya dh kena sound dgn qis to join this contest.. rugi ooo klu tak join. moh kita join sesama.. syarat2nya pn sonang jo. sila le jengah ke http://stylobubble.blogspot.com ye kekawan


Salam uollsss.....
stylobubble nk adakan contest utk sume blogger (blogger shj ye)
tujuan kami adakan contest ni adalah supaya
memupuk kesedaran para2 ibu utk menghijaukn bumi...
selain daripada dpt menjimatkn poket mommies (dari beli DD)...
syarat utk join contest ni:

1. buat entry khas. boleh letak gambar sape2 je..(anak sendiri ke, anak buah ke, cucu ke...
jnji jgn ank kucing etc ye...hehehe)
2. sila copy banner di atas dan letakkn di side bar serta link kn ke blog ini. kt entry anda pn msti ada banner ni ye...
3. masukn stylobubble dlm blog list anda...
4. menjadi follower kami..
5. hanya 1 gambar utk 1 baby ..(klu 2 baby..boleh letak sorg 1 gambar..)
6. msti ada link ke
http://stylobubble.blogspot.com/ tau...
7. sila tglkn link utk entry anda itu ye (kt bhgian komen)
...
tarikh tutup contest: 14 Nov 2009
hadiah menarik menanti anda...nk tau ape dia??kena la sertai contest ni...
pemenang akan dipilih oleh si Twins darwishes...

so dgn sepantas kilatnya saya buat entry khas ni step by step pastu snap gambo hana dgn cd kaler mint (sbb skrg dia tgh pakai hehe) siap soh bukak seluar sbb mau kasi tayang itu cd haha.


ni plak gambo haziq (tepek sekali lg gambo aritu cos haziq tgh tido skrg ni) masa 1st time pakai cd. msh lg berbarut.. waktu ni haziq 51 hari.

disebabkn ada 2 anak so 2 gambo lah ye. hadiah menarik yg menanti tu.. msh menjadi misteri. qis, klu dpt cd lg makcik suko leh tambah koleksi cd anak2ku itu.
pesanan utk twin darwishes : pilih le kakak hana & adik haziq sbg pemenang kuikuikui

Saturday, October 17, 2009

Cerita Campur-Campur

lbh kurg tinggal sehari je dpt berkepit ngan hana & haziq & ayah sblm mula kerja this coming monday. apa perasaan?? mcm takde perasaan nk gi keje.. blh gitu? haha! yg pastinya hari pertama & mungkin hari2 seterusnya kompom le mcm2 perasaan di jiwa raga dok terkenang double H saya tu.. mana taknya dr afne celik mata bgn tido sampai le nk tido mlm asik ngan diorg kan.

aritu plan nk belikn breastflow bottles brand the first years utk haziq gunakan kt rmh babysitter. tak gamak nk beli avent bottles sbb rege dia naik gilak2 sejak naik standard bpa free ni. kebetulan plak aritu chat ngan izan so tanya satu dua benda kt dia. katanya irfan (anak ke 2 izan) ok je pakai mlo storage bottle dgn puting bebe (diana, sori yea bkn brand fiffy mcm afne explain b4). lg pn sng nk panaskn ebm then trs sumbat teat kt ring dia.

gi giant kinrara cari brg2 double H ngan brg2 rmh. takde la jauh pn.. dlm 10-15 mnt perjalanan dr rmh. tu pn eddy yg beria ajak ke sana sbb katanya giant sana bsr. maklum le giant yg terdekat (jln klang lama & south city plaza) cenonet belaka tak byk pilihan. lps mkn sampai senak perut.. cane nk kurus nih?? kt pizza hut, tukar diaper hana (poo poo) & bf haziq baru le menapak masuk giant. punya la bertonggok lama pilih teats utk haziq.. last2 amik brand fiffy size s. pastu telek2 cari botol susu hana, baju2 double H, toiletries diorg, wet tissues.. bla & bla. brg2 basah semua eddy yg carik segala. tgk sustagen ada promo double pack 1+ punya RM48.99 siap dpt multipurpose bag ala2 kotak berpenutup. amik le 1 cos kt rmh ada lg 2 kotak. lps byr dpt 15 pcs stamps.. rupa2nya giant ada buat cookware redemption utk setiap belanja RM20 dpt 1 stamp. sapa2 yg suka shopping kt giant mungkin dh tahu la start aug 2009 - feb 2010 tp blh redeem sampai 11 mar 2010. saja je kan giant buat gini nk tarik lbh ramai org beli brg byk2 hehe..

pg smlm seawal jam 5.30 am hana dh sedar ajak borak2. lps subuh tido semula.. itu pn nk jugak tido dlm baby cot haziq. sama je gaya diorg tido.


smlm tgh msk, haziq merengek sorg2 kt hall. panggil hana soh tgk adik dia. tau2 dia yg lena sebelah adik isshhh.


ptg tu amik skit ebm & try mlo storage bottle tu ngan teats fiffy (basuh & steril dulu) kt haziq. result? alhamdulillah ok & laju je haziq hbskn 2oz sampai tak cukup2 terpaksa top up ngan purely fresh dr cap gantung haha! maknanya mmg kena prepare 4oz per feeding. see.. licin hbs


ni gegambo td.. kakak lena dlm bilik, haziq sbk main playgym. dpt le ibu memasak dgn aman.





Thursday, October 15, 2009

Senyum Sampai Telinga :)

patut ke tak patut letak entry title mcm tu? suka suki hati sendiri je kan. sbnrnya ada bbrp perkara yg membuatkn afne senyum sengih.

saja nk tayang psl hasil ebm pg td. bgn jam 5.00 am pam susu sbb by 7.30 am nk keluar gi klinik.



selama 2 mggu lbh dok ngepam ni plg byk dpt 5oz per session. see.. hampir 7oz. ada la improvement dr takde lgsg kan? kembang kempis hidung menahan kegembiraan hahaha! harap2 pasni dpt byk & byk lg! teringat kenangan masa zaman masyuk bf dpt ebm 10-12oz per session.

kan ke aritu plan nk bawak hana cucuk utk triple actigen (yg setahun setengah punya) sama2 ngan check up haziq 29/10/09 ni. tp disebabkn abg loba2 ada hal yg tak blh dielakkan pd tarikh tu kebetulan eddy tgh cuti ni bawak le amik suntikan tu arini. klu afne sorg2 yg handle diorg berdua ke klinik mau nangis kelek sorg kanan sorg kiri. sampai klinik dlm jam 7.50 am tp pintu klinik bukak tepat jam 8.00 am. afne ngan haziq tunggu je dlm kereta sampai terhangguk2 afne menahan ngantuk haha!. eddy yg masuk klinik bawak hana check up A-Z. hbs je tgk muka hana sedih (br lps menangis). eddy kata punya la melalak kuat gila siap jerit "pedih! pedih!" nsb baik bkn ibu yg bawak ko nak ooii.. klu tak ntah agaknya tak sampai hati dengo dia meraung. terpaksa la upah hana lolipop sebijik. klu tak jgn harap le eddy nk bg hana mkn benda2 mcm ni. muka kerek gila dpt kemam lolipop. soh ckp ngan maktok kt tepon pn takmo. maktok hana ada kt pwtc sampai ptg ni tp tak sempat nk singgah rmh.


skrg ni double H dh pn tertido dpn tv.. yg bestnya diorg tido sendiri sebelah menyebelah. nmpk hana tepuk2 badan haziq masa afne buat laundry td.. tau2 dh senyap lena berdua.


yg ni gegambo smlm haziq br je bgn tido. nsb ko le afne.. dpt anak suka posing. pantang nmpk kamera/handphone mesti dia soh amik gambo dgn adiknya. kadang2 tu hana yg sbk snap gambo yg ntah apa2.


lps zuhur karang nk keluar cari brg2 double H utk memulakn 'persekolahan'.. kesian hana, lama dh janji ngan dia nk gi naik 'kuda'. bkn menatang btl tp mesin mainan msuk duit lima posen tu. esok hana start ke taska. klu start next monday tkt plak dia meragam cos dh lbh 2 bln tak ke sana dgn afne yg br start keje kan ke kelam kabut. utk bbrp bulan ni haziq akan dijaga x-babysitter hana. pastu br dihantar ke taska.


Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

THIS IS STICKY MODE
afne jarang join contest sblm ni (rasanya ni kali yg ke 2 kot?!). tp bila tgk banner duit raya tu mcm melambai2 je soh afne join hehe. kali ni anjuran MamaTisya aka errynn PCM. yg menariknya dpt duit cash (duit raya) gitu.. sapa tak nk kan?! mana la tahu rezeki anak2, afne menang ke nnti.
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009tepat pukul 5.00 ptg
syarat-syarat sgt senang & mudah :
  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yg memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
knp.. tak percaya? gi tgk sendiri kt blog MamaTisya k. last but not least, GOOD LUCK utk diri sendiri haha!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...