few weeks ago, airmata bergenang sebaik je baca entry
kak efa. trs terkenang seseorg yg pernah hadir dlm hidup ni.. Muhammad Nazri Bin Nordin.
hari ni genaplah usianya 22 thn.. jika arwah masih ada. mungkin ramai yg tak tau saya pernah mempunyai adik lelaki. satu2nya anak lelaki tunggal dlm keluarga. dh 3 thn lbh arwah meninggalkan kami tp kenangan bersama arwah tetap segar dlm ingatan. tiap kali kami sekeluarga berbual2 kemudiannya ter-sebut sesuatu mengenai arwah.. masing2 cuba sembunyikan perasaan sedih. ntah.. afne sendiri tkt klu2 suasana tiba2 bertukar suram. baru2 ni masa dlm pantang bln puasa yg lps, emak ada beli kuih apam gula hangus kt bazar ramadhan. tgk kuih tu byk makanya afne mkn berketul-ketul sbb adik2 lbh berselera dgn menu berbuka yg lain. dgn suara perlahan mak tegur "sedap ke? arwah dulu pn suka sgt mkn kuih ni". terkedu jap nk menjawab "a'ah mak, sedap ni. epi suka mkn kuih ni. mak tak nak ke? klu tak nak.. epi hbskan" saja usik mak biar dia lupa psl td.
14/06/2006 - rabupd tarikh ni arwah pergi buat selama-lamanya. umurnya blm pn mencecah 19 thn. mlm tu afne terima panggilan telefon dr ida menangis dgn suara tersekat-sekat. afne dh rasa semacam. tp apa yg jelas afne dgr "kak epi.. nazri accident. nazri dh takde.." masa tu terdiam tak mampu nk ckp apa2. call ida semula nk confirmkn.. btk ke?! serasa tak percaya sbb baru berbalas sms dgn arwah bbrp hari lps. kemudian call eddy & mintak dia hntrkn blk ke kg. sepanjang perjalanan cuma mampu menangis terkenangkan arwah. sampai je rmh trs peluk mak & adik2 (elis & ila). kami tak mampu berkata apa2 cuma menangis & menangis.. abah baru blk dr hospital. jenazah msh di hospital & dibawa blk keesokan pagi. sepanjang masa afne di sisi mak sbb afne tahu perlukan seseorg utk tenangkan mak. makcik2 dh pesan, afne kena tabah.. kena kuat utk abah, mak & adik2.. seboleh mungkin afne tak mahu tunjuk kesedihan dpn diorg.
hampir waktu subuh.. afne terdengar mak menangis dgn suara yg kuat dlm bilik. cpt2 tgk mak, tenangkan mak. takpe la mak, redhakan pemergian arwah.. Allah lbh sayang dia. mak dh lembik tak mahu mkn & mnm.
pg tu jenazah arwah tiba dr hospital. kami sekeluarga tak dpt menatap wajah arwah buat kali terakhir. pihak hospital tak benarkan kami bukak balutan kain kapan sbb kecederaan kepala arwah sgt serious. apa yg afne diberitahu sebahagian kepala arwah hancur.. tak sanggup nk teruskan menaip psl ni. selesai urusan solat jenazah & sewaktu van bergerak tinggalkan rmh, mak hampir2 pengsan. mmg tak sanggup tgk mak masa tu. tp sbg anak afne cuba kuatkan semangat demi mak.
esoknya kami sekeluarga menziarah kubur arwah. itu lah kali pertama afne nmpk abah menangis sewaktu memegang batu nisan di kubur arwah. mak sendiri seakan tak mahu berganjak slps kami hbs tahlil. kt rmh mak lgsg tak mahu jamah mknn/mnm.. bila dipujuk-pujuk cuma mnm sikit je. afne tau mak msh terkenangkan arwah. abah mmg tabah. abah lgsg tak menunjukkan kesedihan depan kami tp dlm hatinya siapa yg tahu??
seminggu bercuti.. slps naik keje, setiap hari selama bbrp bln afne akan telefon mak. tanya kabar.. tanya dh mkn/mnm.. sekurg2nya dia tak terlalu sunyi kt rmh. tp afne tau mcmn sekali pun yg afne buat tentu takkan dpt tenangkan mak. bila dh bbrp bln berlalu baru la beranikan diri tanya adik apa yg sbnrnya berlaku. sepatutnya arwah tak bekerja mlm tu tp disebabkan sorg bos nk dtg dr melaka & kekurangan pekerja so arwah terpaksa bekerja shif mlm. yg mak terasa ralat sbb mak yg jwb telefon & sampaikan pd arwah. mak tak sangka slps solat maghrib arwah nk pergi keje, sewaktu arwah tutup pintu dgn menghadap mak & abah itu lah kali terakhir mak dpt tgk wajah arwah. sedangkan sblm ni arwah pergi keje tutup pintu tak pernah buat mcm tu. siang tu arwah sempat lg mintak mak masakkan utk dia mkn tp cuma sempat jamah skt je.
afne mmg terasa sgt kehilangan arwah. afne yg jaga bila arwah berkhatan, afne yg suap mkn mnm dia, afne ajar dia uruskan duit gaji pertama dia. arwah mmg sgt talented dlm bidang lukisan. bbrp kali dia menang bila join contest yg dianjurkan majalah kartun. koleksi majalah arwah mmg sgt byk. dulu mak selalu bising2 bila alat2 tulis & sketch book arwah bersepah kt mana2. lps pemergian arwah mak bahagi2kan majalah tu kt sepupu2 yg lain. bkn lah nk bandingkan kami adik-beradik tp arwah lah yg plg sng diberi nasihat. rajin membantu tanpa byk soal. astaghfirullah.. astaghfirullah.. airmata dh tak tertahan bila igt kenangan2 lama.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa arwah. Tempatkan lah roh arwah di kalangan org2 yg soleh & beriman"Al-Fatihah...