Showing posts with label Beli Itu Beli Ini. Show all posts
Showing posts with label Beli Itu Beli Ini. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

Bingo

Salam semua.

Meh nk share indoor games yg kita mak pak blh main sama-sama dgn anak. Apa dia? BINGO... tp versi modern. Zmn kita kecik-kecik dulu kena lukis kotak kan?

Alkisahnya abg Haziq la klu ke Mr. DIY mmg tuju ke tmpt toys dulu 😅. Sungguh-sungguh la bg ayat penyedap halwa telinga ni katanya murah cuma RM4.70 dan ibu blh main sbb had umur 3-99 thn 😂



Mcm ni rupa dia.... Mmg beza la dr bingo yg kita main dulu-dulu tu cuma konsepnya sama. Seronok juga rupanya bila dh start main 😬



Ok, tu bkn tgn ibu tp tgn kakak. Klu tgn ibu lg tembun jari jemarinya 🤣


Tuesday, September 17, 2019

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Salam semua.

Cerita hjg mggu 2 mggu lps rasanya. Mmg tak plan pun sbb ayah bgtau pg2 trs kemas beg. Kebetulan kakak pn dh takde kelas tambahan. Ala-ala mini release tension lps UPSR lah kan kuikuikuiiii


Kami stay di LeGrandeur Palm Resot. Mudah sbb apak ada 'flight' ptg tu tee off slps solat jumaat.


Lps check-in kita bawak le rombongan ke mall terdekat. Kita larung guna google maps je. Btw, kami kerap juga dh ke Aeon Mall Kulaijaya. Sng situ bawa anak-anak mkn & cuci poket kikikiiiii 🤭


Esok pg nya sblm check out layankan anak-anak mandi swimming pool. Lepas gian sejak sekian lama nsb la kakak & abg msh igt skill berenang. Rasanya lps ni nk start blk kelas. Sblm ni stop sementara sbb kakak ada kelas tambahan hari Jumaat kan. 


Takde pusing ke mana pun singgah mkn kt JPO je. Alang-alang dh masuk situ teringin juga cr sandal tp boss belanja sneakers & jeans. 



Belanja anak-anak mkn aiskrim 😋




Melayankan Hani yg sbk nk naik train. Seorg RM10 ok, tp naiknya tak sampai 10 mnt pun 😅




Perasan tak muka abg monyok je. Dia nk sneakers mcm kakak tp kedai Converse kt situ takde warna & size yg sesuai so otw blk rmh singgah BPMall belikan sepasang. Sesekali kan reward abg lg pun dia tak pernah mintak apa-apa kecuali toys & jajan je yg dia tau kikikiiii


Thursday, February 14, 2019

Original Makeup Brushes & Perfumes Murah!

Meh Afne nk share kedai best korg blh beli (walk in/online) original perfumes & original makeup brushes. Rejected tp tak menjejaskan kualitinya. Selama ni Afne follow ig & ramai MUA beli dr sini.

Mau tak rambang mata tgk semua ni???!!! 


Proses memilih hehehe... Mmg bgs layanan diorg klu blh semua perfumes suruh test sampai Afne naik segan wehhhh 😂


Hasil 'rembatan' 😅


Masa sales akhir thn tu tak sempat grab tp skrg ni ada promo free body mist VS (of course ori & blh pilih yg mana kita suka). Make up brushes ada je yg branded tp Afne cuma nk basic brush set sahaja. Lg pun msh ada brushes Wet n Wild yg blm guna 😜


Niat awalnya nk belikn birthday present Eddy je tapi tapiiiii 🤣🤣🤣


Jo Malone English Pear & Freesia. Lain dr koleksi perfume yg Afne ada (Jadore Dior & Salvatore Ferragamo). Yg ni bau fresh buah-buahan ❤️❤️❤️

So korg yg nk beli original perfumes & makeup brushes but wayyyyy cheaper dr kaunter blh intai2 ig ni 😉




Sunday, February 3, 2019

Happy Birthday Eddy 😘

Yang ke 38 thn. Dh tua rupanya kita ni kan yang, bln dpn saya pulak tukar angka.


Saya doakan moga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan harian, jd suami dan ayah yg bertanggungjawab serta penyayang, sentiasa dlm rahmat Allah swt, bahagia berjaya di dunia & akhirat, amin.

Suprise birthday present thn ni menjadi. Letak kt driver seat kereta kikikiiiii...


1st time belikan perfume tanpa pengetahuan tuan punya badan & Alhamdulillah ngam dgn taste dia (Eddy agak cerewet bab perfume ni 😬) 


Thursday, January 17, 2019

Karipap Mini Inti Serunding Ikan

Meh nk share karipap mini yg rangup berintikan serunding ikan yg sedap. Tak raya pn blh mkn kan buat kudapan kt office ke, time tgk tv ke 😉


Beli 4 pek (1 pek ada 50 biji) igtkn dh byk. Rupa-rupanya 1 pek sekali hadap dgn anak-anak. Hafsyah suka mkn.

Dan br kelmarin repeat order. Kali ni beli 5 peket.


Kpd sesiapa yg berminat blh pm fb kwn Afne ni, Waty Abu Bakar. In shaa Allah, puas hati. 


Thursday, January 10, 2019

Cermin Mata Baru

Salam semua.

Mungkin ada benarnya petua org-org tua supaya pakai pilis utk jaga mata semasa berpantang. Tp keguguran aritu Afne tak buat pun sekadar berpantang ala kadar. Sejak discharge hospital mmg perasan penglihatan mcm lbh blur dr biasa.  Mungkin faktor usia. Mungkin juga sbb Afne cuma pakai waktu memandu & mengadap komputer sahaja.

Kebetulan ke shopping mall bawa anak-anak mkn sushi nmpk kedai cermin mata trs check power. Alamak.... rabun makin teruk kena tukar power cermin mata sedia ada.


Saja pilih bingkai yg bsr skt & fleksibel blh lipat kanan kiri atas bwh Maklum lah ada anak-anak kecik ni faham-faham saja lah. Lense tu afne mmg pilih clear tp yg penting ada uv protection, silau & anti calar.

Alhamdulillah, sejak kerap pakai cermin mata ni (sebulan juga lah) rasanya dah jarang kena sakit kepala.





Wednesday, January 9, 2019

Persiapan Persekolahan Tahun 2019

Salam semua.

Klu diikutkan Afne kira lewat juga settlekan keperluan sekolah utk thn 2019. Yelah, korg pn maklum kan awal cuti sekolah tu kami 1 family demam berangkai hampir 2 mggu then Afne keguguran. So sblm bercuti ke Genting Highlands tu kami sempatkan beli brg-brg sekolah. Btw, Afne beli yg perlu saja sbb byk yg msh elok dan blh digunakan lg. Kasut sekolah dan stokin semua Afne seragamkan warna hitam.


30/12/2018, urusan di sekolah kebangsaan utk bayaran yuran & taklimat serta mesyuarat muafakat prasekolah. Waktu ni apak tlg jaga Hani dan Hafsyah dlm kereta tp rupa2nya dia angkut ngeteh kt mamak. Bawa kakak Hana dan abg Haziq saja sbb diorg kena angkut beg berisi buku tulis masing-masing.


04/01/2019, urusan bayaran yuran sekolah agama. Haziq dpt pinjaman buku teks (blm terima sbb buku baru so yg kakak hana punya dh tak blh guna. Utk hana pulak kena beli buku teks dgn pihak sekolah (pun blm terima kena tunggu stok sampai).

Org lain awal-awal dh jahit/tampal lencana dan nametag sekolah anak-anak tp hati Afne kata nnti dulu... rupa-rupanya nk dpt lencana dan nametag design baru.


Alhamdulillah... dh masuk minggu ke 2 thn 2019 setakat ni semuanya baik-baik saja. Ibu doakan moga anak-anak ibu dimudahkan urusan, diterangkan hati, dicerdaskan minda, mudah belajar, terima ilmu dan sentiasa dlm rahmat Allah swt, amin.


Wednesday, January 2, 2019

Serunding Bawang 3 Layer

Salam semua.

Nak share dgn korg psl serunding bawang 3 layer ni. Afne beli masa pantang keguguran hari tu. Maklum lah berpantang sendiri dgn anak-anak so Afne pilih cara mudah. Zaman skrg semua di hujung jari. 



Tinggal buka dan tabur je atas nasi/lauk mknn tu then ngappppp...



Tak rugi beli dan ternyata mmg sedap & rangup rasa pedas-pedas halia. Org yg bkn berpantang pun sesuai mkn blh buang angin yg bersarang dlm bdn korg tu kuikuikuiiii

Yang berminat blh pm fb Ayumie Lee atau kak Mislama Mohamad Amin ok?!


Thursday, December 27, 2018

Genting Highlands Premium Outlet

Ikut plan asal kami nk ke USS, Singapore tp hari pertama cuti kami 6 beranak kena selsema-batuk-demam bersilih ganti, bersambung pula Afne keguguran so kami simpan plan tu di lain masa, In shaa Allah. Lg pun masa dh suntuk nk prepare passport dan mggu akhir cuti sekolah dh mula sbk dgn persiapan sekolah 2019. Alhamdulillah, menjadi juga plan last minute ke Genting Highlands. 

Otw ke KL singgah breakfast mkn nasi beringin pagoh. Serious rinduuuu nk mkn nasi beringin kt food court office dulu. 


Muka masing-masing happy nk bercuti ☺️


Hampir 3 jam perjalanan akhirnya sampai juga. Hani ambil feeling angin sejukkkkk... 1st time hani & hafsyah jejak kaki di GH. 


Last minute punya plan so dpt last kopek punya hotel 😂 ok jujur lah yea walaupun interior hotel ni nmpk buruk tp kemudahan luar hotel cthnya kedai mkn, kedai mamak, kedai runcit, seven eleven semua ada. 




Lps check-in berdesup trs ke Genting Highlands Premium Outlet (GPO) 









Cuaca sejuk-sejuk ni mkn apa pun sedap kan. Tp masuk ke Absolute Thai biasanya kami akan order siakap steam limau & sayur kailan.



Ayam goreng pandan ni pn sedap tp lbh berasa rempah bbq & pepper. 


Bihun tom yam ni portion bsr pun sedap cukup masam, manis, pedas tp ada isi ikan. 


Slps mkn lynkan anak-anak naik train. Mahal wehhh RM10 utk seorg naik 3 round je 😂



Dh berdua tu kita ambil kesempatan selfie



Kerana nk beli perfume kt GPO ni sanggup dia thn dr membeli kat batu pahat nun 🤣


Tp kira special sbb Afne dpt lipstick loreal for free & love love loveeee shade rose fondu ni sbb nmpk natural dgn bibir. 


Antara yg lain-lainnya....


Tq syg for everything. Esok-esok belanja saya dgn anak-anak lg yea, JPO dkt kikikiiiii

Mlm tu semua terbongkang kepenatan. Nk bawak anak-anak keluar pun cuaca sejuk so stay dlm bilik hotel je. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...