Thursday, June 11, 2009

Sharing Is Caring : Posisi Tidur Semasa Hamil

usia kandungan afne dh pun masuk 28 mggu a.k.a 3rd trimester yg mana afne dikira berada dlm fasa terakhir kehamilan. mcm tak sangka cpt btl masa berlalu.. pejam celik pejam celik afne dijangka akan bersalin dlm masa 2 bln 3 mggu @ lbh kurg 82 hari je lg!! sejak seminggu dua ni mmg terasa sgt kurg selesa bila tido.. tak kira la tido siang ke mlm ke. korg sendiri leh nmpk pix dr babycentre tu, keadaan baby & saiz rahim yg makin membesar menyebabkn afne lbh kerap berulang alik ke toilet utk menunaikn hajat kecil hehe.. bgn mlm 3-4 kali tu dh biasa. tak kira lg bila tersedar hana merengek nk susu. lg la bila pikir psl anak yg msh celik mata aktif buat2 bz ke sana sini bila ayahnya takde kt rmh. mmg tak blh lena k.. hana tak mungkin akan 'izinkan' ibu dia lelap tanpa sebarang gangguan. ada je la karang dia panggil2 la.. cuba bukak kelopak mata ibu la.. cubit2 pipi ibu la.. kadang rasa nk je ku tgn kan tp budak kecik apa yg diorg tau. unless.. ayah ada melayan dia br le ibu dpt rehat2. adik baby lak sgt aktif lately sampai bergelombang perut dibuatnya. aktiviti menendang/menumbuk/drifting/silat dijalankn tanpa mengira waktu. teringat kenangan preggy kn hana dulu.. sampai tergolek remote astro dr perut ni hahaha! adik baby dh start mengeras at certain time sejak masuk 6 bln aritu. tp kalini afne lom detect tanda2 brixton hicks mcm dulu (time hana seawal preggy 7 bln).

godek2 ratuhati.com then jumpa info posisi tido yg berguna utk ibu2 hamil mcm saya ni.. tp percaya lah, bahawasanya, ketidakselesaan sakit pinggang waktu hamil mmg perkara normal. nk tak nk, mmg kena hadapi sampai la saat2 bersalin. anggap je segala penat/letih segala tu sbg latihan awal & persediaan kita utk menjadi ibu/mak/mama/umi/bonda/mommy. semua ssh & sakit yg kita hadapi sgt2 berbaloi bila mana dpt tatap & peluk baby yg selama ni 'menyorok' dlm perut. aci tak klu afne bgtau kt sini... sakit bersalin hilang secara automatik bila 1st time tgk baby sendiri. mcm tak logik tp itu kebenaran (afne bercakap dr pengalaman terdahulu).



POSISI TIDUR SEMASA HAMIL


Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
  • Saiz perut yang semakin besar
  • Sakit belakang
  • Pedih ulu hati
  • Sukar bernafas
  • Insomnia

Posisi yang terbaik

  • Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi yang harus dielakkan

  • Tidur terlentang
    Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
  • Tidur meniarap
    Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.


4 comments :

mummy aryan syamil said...

ms kite ngndungkan aryan..posisi yg kite selesa belah kiri la..mmg rase comfort sgt2..pastu buh bantal kt celah peha br rs selesa..:)

Afne said...

dpt bantal peluk selit celah peha br le rasa selesa tp.. hana tetap nk peluk lengan ibu dia gak baru le dia pn dpt tido.

cintaKusayangMu said...

kak...bestnye ngndung...rasa cm nk preggy lg...
dlu ms ngnsungkn si kembar suka tul la ngiring ke kanan...

Anonymous said...

wah bagos ni.mole la praktikan utk ank no 2 nanti.bile ntah nk proses..moekeke.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...