14/03/2011 3:08pm
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.
Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama
----------------------------------------------------------------------
perbezaan botol susu diharamkan policarbonate (PC - kanan) dgn botol susu yg blh digunakan (PP)
PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
sumber : Laman web rasmi KKM
----------------------------------------------------------------------
as for haziq mmg afne gunakan mom's precious storage/feeding bottles (bpa free & made of polypropylene). tp utk hana.. jengjengjeng! dulu2 hana mmg gunakan botol avent tp lps sapih/cerai susu (hana setahun setengah & afne preggy haziq 4 bln), hana totally rejected fm (plain enfagrow). utk tarik perhatian hana mnm susu, afne tukarkan enfagrow ke sustagen perisa coklat & dr botol avent ke botol yg ada corak cartoon mickey/minnie mouse.
lps baca suratkhabar eddy bising2 soh tukarkan botol2 susu hana ke bpa free. td klik2 ke mybbstore tgk ada sales dr 11 mac hingga 14 april 2011 ni.
Philips Avent : PES Feeding Bottle (260ml/9oz) 2 bottles (BPA FREE)
MYR 95.00 66.50
Philips Avent : PP Feeding Bottle (260ml/9oz) - 2 bottles (BPA FREE)
MYR 59.90 47.92
botol2 avent kt atas semuanya bpa free cuma botol dlm gmbr yg atas berwarna kekuningan diperbuat dr PES = polyethersulfone & botol dlm gmbr yg bwh diperbuat dr PP = polypropylene.
ke tommee tippee? twin pack ni murah skit dr avent.
ke tommee tippee? twin pack ni murah skit dr avent.
Tommee Tippee : Closer to Nature PP Bottle 9oz BPA FREE (Twin Pack)
MYR 50.90 34.90
rasanya nk singgah ke mybbstore hari ni tgk apa lg brand2 lain yg mampu milik. harap2 hana tak komplen bila tgk botol susu dia dh takde gmbr cartoon mickey/minnie/pooh. hana pn dh bsr rasanya dia blh faham klu ibu terangkan baik2.
ke korg ada suggestion apa brand botol susu bpa free dgn harga lbh ekonomi?
8 comments :
thanks 4 sharing...
most welcome. sharing is caring :)
afne, kalau ikut ana, vote to TT..sgt2 best guna...hr tu ana try tukar ke botol MAM yg ada gmbr bubble2 tu ok la jugak..ajmal nmpak happy sbb colourful sikit..sbb TT kan xde colourful2..try la tgk botol MAM tuh..
ana, TT ada yg tinted. kaler dia ala2 pink pepel. nnti nk gi tgk. MAM mahal jugak ekk.
aku guna avent jek
mula dulu ade gak selang2 ngan TT
tp iman xgemor sgt puting dia
lg pun TT susah gak nk cr puting kalo kt jusco ke
hurm.. balik kene check botol2 susu bam lom ni..seingat miza ada 1 je botol yang bpa free..yang lain tu tak pasti... harus check cecepat ni
thankss afne 4 share!
syana, aku td dh berkira2 nk amik avent tp mengenangkan puting dia keras skit tu yg tak jd. takpe la kang klu hana tak kenan dgn tt, aku try avent semula. mam pn ok gak tp puting dia jns leper. ntah hana nk ke tak.
hi myamyza. tq sudi singgah sini. most welcome :)
Post a Comment