Thursday, January 5, 2012

Hari Pertama & Hari Kedua Hana Bersekolah

salam.

sedar tak sedar, sdh 5 hari kita masuk ke thn br. anak dara saya dh 2 hari bersekolah. alhamdulillah, semuanya baik2 belaka tp ada bbrp cerita lucu belakang tabir hehe..

3 hari sblm mula bersekolah, kitorg ke yong peng cari kasut sekolah tp saiz yg plg kecik msh terlalu bsr utk kaki comel hana. the next day kitorg ke bp mall. masa tu dh pasrah klu takde juga saiz yg sesuai, kitorg akan belikn kasut bertutup warna putih. kebetulan kt pacific tgh buat sales brg2 sekolah. alhamdulillah, dpt juga kasut sekolah utk hana. nsb baik lah saiz 17 fit nicely bila pakai stokin.


rambang mata hana tgk stokin. seboleh mungkin nk stokin barbie tp takde saiz so amik minnie mouse pn jadi lah..


bersungguh2 ibu kapurkan kasut sekolah si anak dara ;) ok, settled bab kasut & stokin.

putih berseri!

cerita psl baju sekolah anak plak yea. uniform sekolah & baju sukan hanya akan diedarkan slps 2-3 mggu bersekolah. sementara tu hana kena pakai t-shirt warna putih & seluar panjang warna hitam/biru gelap. hari jumaat pakai baju kurung.

hari pertama sekolah..


amboi2 anak dara.. kemain lg bergaya bila ibu tala hp hahahaaaa. siap bersepit rambut bagai. sampai je sekolah, kwn2 lain dh mula beratur utk perhimpunan sama2 dgn aliran perdana (darjah 1-6). nyanyi lagu negaraku. hana blm hafal lg tp lama2 nnti mesti anak ibu pandai kan hana kannnnn?!


kan saya dh kata hana bdk yg berani.. ddk plg dpn sekali. ada juga bbrp bdk yg menangis tak nak masuk kelas. alahai kesian tgkkan. hana plak steady je sengih2 so kitorg pn blk mcm mak bapak yg lain. mungkin sbb hana dh biasa dgn environment taska sblm ni so dia blh survive dgn persekitaran & kwn2 baru.

kt rmh otak ligat memikir mcmn la hari pertama hana sekolah yea. ok ke dia? tak sbr rasanya nk jemput hana blk sekolah & mcm2 benda nk tanya hana. hahhhh tgk... anak yg nk sekolah tp ibu dia yg kelam kelibut hahahahaaa. yelah, afne percaya setiap mak2 yg anaknya nk bersekolah mesti faham apa yg afne rasa. .

masa jemput hana blk cikgu bgtau hana nangis sbb tgk bdk lain ada yg nangis sblm waktu mkn. yg kelakarnya hana siap cover line "hana nangis sekejap aje lah" hahahhaaaa mcm2 lah hana cerita.. mkn apa, mnm apa, buang air brp kali ekekekkkk. siap tanya ibu knp lah sekolah ni sekejap sgt? mungkin dh mula seronok dgn perkara yg dia alami/nmpk kt sekolah.

hari kedua...


maintain comel spt biasa hehe.. kali ni eddy sorg yg hntr sampai dpn pintu kelas. ayah kata hana merengek sbb tgk ada kwn lain yg menangis. aduyaaaiiii.. mcm2 karenah bdk2 ni kan. nmpk kwn lain nangis kang lelain ikut nangis tanpa motif.. mungkin panik atau takut. maktok kata tunggu lah seminggu karang mau suara hana plg kuat baca doa mkn heheh...

esok hari ketiga, hana akan berbaju kurung. sementara nk dptkn baju kurung khas dr sekolah, bdk2 perempuan akan pakai baju kurung & bdk2 lelaki akan pakai baju melayu. mesti comel bergaya kan masing2.

k, esok hari akhir afne bercuti. awal thn dh cuti panjang.. seminggu ok! gara2 excited anak nk sekolah. yelah korg, walaupun kitorg ddk berjauhan tp sbg ibu nk juga merasa & tgk sendiri anak mulakan hari2 pertama persekolahannya. ko ni mula lah nk emosi kan noor afne kan... sob sob sob

"hana, ibu doakan hana dipermudahkan dlm segala urusan, dibukakan hati, dilapangkan dada, bijak akal fikiran utk terima & belajar ilmu. moga hana jd anak yg membanggakan ibu & ayah dpt berbakti kpd agama & negara, amin"


6 comments :

~ana~ said...

hana......dah pergi sekolah yea...
heh3x...afne, ana pun sama..ajmal balik sekolah, mcm2 kitaorg borak pasal apa yg dia buat kat sekolah dia...excited bkn main...g kerja, rs mcm x sabar nak balik nak jumpa ajmal, nak tnya mcm2..hah3x...

Nieza Ishak said...

hana sekolah kat kampung ker afne ????

Afne said...

a'ah, ayah dia dh soh stay kg lps patah tgn aritu. so trs sekolahkn kt kg.

Afne said...

seronok kan ana, anak kita alami apa yg kita alami masa sekolah dulu. semua serba baru.

watyz said...

comel kasut skolah hana... :)

Afne said...

aty, tu je kasut yg ada saiz dia. siap ada reben keliling lg hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...