Thursday, May 2, 2013

32 Minggu Kehamilan

alhamdulillah, dh masuk 32 minggu. apaaaaa... dh 8 bln??!!! terasa cptnya masa berlalu. klu ikut time hana dulu by 37 weeks afne dh bersalin & time haziq by 38 weeks dh bersalin. kiranya ada lbh kurg 1 bln je lg afne awak nk lalalalaaaa mkn puas2 sblm bersalin & berpantang. 

seram sejuk pulak rasanya bila memikirkan mcmn agaknya proses bersalin kali ni. yelah, walaupun dh 2 kali melalui tp setiap pengalaman tu tak sama. moga Allah permudahkan urusan kami, amin.

Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun. 

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2Rw0eFWA7



p/s : tumpang gembira cos dari sorg ke sorg kwn yg pregnant dh slmt bersalin :)


10 comments :

~ana~ said...

kejap je kan afne....
huhuhu...

lia said...

1bulan lebih kurang nak jumpa baby... weeeee

Mally said...

hai kak..
Salam Berkenalan...
Mmg akan rasa cepat je time mengandung lagi2 selepas bersalin... Hati akan riang tgk anak membesar secepatnya..

Afne said...

ana, btl lahhhh. masa perut kecik lg asik tertanya2 bila nk besar. ni dh kira bln2 terakhir rasa seram le pulak hehe

Afne said...

lia, x sbrnya nk peluk cium bau baby. x sbr nk breastfeed baby. anak2 lain dh bsr bau masyam tp masyam2 pn sedap gak gomol hahahaaa

Afne said...

hi mally. tq sudi singgah sini.

lps ni bertambah bz le saya dgn baby & melayan karenah anak2 yg lain hehe

dya said...

moga semuanya dipermudahkan.. ^^

Afne said...

tq dya :)

mama_umar_maryam said...

aduhaii..rasenye br wish congr8s kt ko..tkcr afne

Afne said...

zet, tu le psl... kjp je masa berlalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...