Thursday, June 13, 2013

38 Minggu Kehamilan

klu dikira2, afne sdh pn cukup bulan utk melahirkan. hari ni kandungan sdh 38 minggu 3 hari. setakat waktu ni blm ada tanda2 utk melahirkan. takpe baby, take ur time. takmo stress2. lg pun kita msh ada lbh kurg 2 mggu lg (edd 25/06/13). smlm gi weekly check up, doktor bg tarikh 01/07/13 utk menyerah diri ke hospital seandainya overdue (+6 hari dr edd). appointment ke klinik pakar hari isnin lps pun alhamdulillah baik2 sahaja. 

skrg ni tunggu aje lah mana2 antara 3 tanda bersalin yg keluar dulu... samada lendir bercampur darah, pecah air ketuban atau kontraksi yg kerap. klu ikut pengalaman2 lps bermula dgn lendir bercampur darah. tp nurse & doktor sentiasa pesan klu gerak baby tak cukup 10 kali mulai 9 pg - 9 mlm mmg kena trs ke hospital. harap2 semuanya selamat & dipermudahkan utk kami, amin.

Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan? Satu petunjuk ialah saiz bayi anda - lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.) 

Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal. 

Lihatlah bahagian bayi kami untuk mempelajari tentang bebanan amat bernilai yang sedang dikendong oleh anda. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

http://www.babycenter.com.my/a1044673/perkembangan-fetus---hamil-38-minggu#ixzz2W4WC1ivN


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...