Tuesday, July 2, 2013

Anak-Anak Ibu... Kekuatan, Semangat & Kebahagiaan Ibu

hari2 pertama mereka bersama....

hana, haziq & hani

kakak & abg pantang tgk adik celik mata. masing2 sbk nk cium, nk peluk, nk pegang, nk borak2 dgn adik. since hana ada pengalaman dpt adik haziq so afne x risau sgt cara penerimaan dia. haziq je... mula2 nmpk hani dia mcm pelik semacam siap pegang2 perut afne tanya mana baby kt perut ibu? haziq dlm proses sesuaikan diri dgn gelaran abg, kdg2 bila ada sesiapa panggil adik (hani) tp haziq yg menyahut tp tak lama lps tu dia sendiri akan btl kan suruh panggil (haziq) abg. 

kak hana & hani

abg haziq & hani

bila tgk diorg ddk sekelompok mcm ni, rasa terharu sgt. mcm tak percaya anak dh 3 org. setiap anak dgn kisah & keletah masing2. tggjwb afne sbg ibu makin bertambah. rutin harian dh berubah. sblm ni anak2 dh bsr, mandi sendiri & dgn aktiviti masing2 so afne blh ngadap lappy atau buat kerja lama sikit tp sejak ada hani faham2lah baby perlukn lbh perhatian. btw, seawal hari ke 7 berpantang afne dh mula buat kerja2 office. afne bersyukur sgt sbb setakat ni tgk hana & haziq sgt berdikari. mcm kak hana, dia byk bantu ibu buat kerja2 yg mudah. abg haziq pn takde nk manja2 sgt dgn ibu mungkin dia faham baby hani lbh perlukan ibu.

anak2 ibu lah kekuatan, semangat & kebahagiaan ibu. bila baca blk entry2 lama jd sebak mengalir airmata. byk rupanya yg kami lalui bersama. afne manusia biasa... ada masanya dtg rasa mrh/sedih/hiba/penat tp bila tgk anak2 terutamanya bila diorg tgh tido, dtg rasa insaf & hilang semua perasaan negatif. anak2 ibu, ibu bkn lah ibu terhebat dlm dunia ni tp ibu akan cuba yg terbaik utk anak2 ibu... mungkin 1 hari nnti bila anak2 ibu baca blog ni anak2 ibu faham betapa sayangnya ibu pd korg. kalian lah sebenar-benar harta ibu & ayah di dunia & akhirat.



Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas segalanya. terima kasih Ya Allah, utk anugerah yg dikurniakan kpd kami. terima kasih Ya Allah, atas peluang & nikmat menjadi ibu utk anak2 comel ini. Ya Allah... tabahkan hati kami, lapangkan dada kami, tenangkan jiwa kami, teguhkan iman kami, berikan kami kesabaran yg tinggi dlm menghadapi dugaanMu. Ya Allah, berikan kami petunjuk & hidayah di jalanMu yg benar. Ya Allah, murahkan rezeki kami & permudahkanlah urusan kami. 
amin, amin ya rabbal alamin.


6 comments :

lia said...

iskkk aku lak sebak baca n3 ko ni... btol la, kita bukan ibu terhebat tp kita ibu terbaik utk anak2 kita...

Unknown said...

bestnyerrr..... tahun depan aku plak anak berderet2 mcm nie.... hahah.. x dpt dibayangkan... hehehe

Afne said...

lia, kdg2 terlepas juga mrh kt diorg. tp mrh bersebab. tp lps2 tu aku suka pujuk, mnta maaf & terangkn knp aku mrh & apa salah diorg.

Afne said...

shiem, nnti ko akan rasa nk mandi pn kena cpt2 hahahaaa

maklum le kakak & abg suka ngacau bg adik rimas sampai menangis. tp bila difikir2 seronok tgk anak berderet. menginsafkan kita dgn kekuasaaan Allah.

watyz said...

alhamdulillah..,. dh selamat.. seronok dorang dpt adik yer.. comel sgt... selamat berpantang ye dear!!

Afne said...

tq aty. sabo le je kan tgk org post gambo mknn sedap2 kt fb/blog hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...