Monday, January 12, 2015

KidZania, Kuala Lumpur

akhirnya... sampai juga kami ke KidZania. mmg dh lama teringin nk bawak anak2 ke sana tp ada saja halnya. tp elok juga kan tunggu haziq dh 5 thn blh geng dgn kakak hana sama2 explore apa itu kidzania.


meh nk cerita skt psl tiket masuk. total utk kami ber5 ialah RM226 yakni

dewasa RM38 x 2 org = RM76
kanak2 RM75 x 2 org = RM150
bayi RM0 = foc

utk details korg blh klik sini. tips : beli tiket online utk harga lbh murah. since ini plan last minute maka kita serang kaunter tiket je sdh! pastu membebel sbb kena beratur pnjg & lama hahahahaa. kami ambik trip 10 pg - 3 ptg.

dpt je cheque & tiket/boarding pass, check ke tingkat mana korg kena masuk. mcm blur jugak (walaupun dpt simple explanation kt kaunter tiket). mula2 sekali kena cashkan cheque utk kids di bank cimb. slps tu br lah anak2 korg blh mula 'bekerja'. btw, duit tunai yg korg dpt td adalah sbg modal permulaan utk tmpt2/pekerjaan2 tertentu yg perlu dibayar.

ok, kt dlm tu ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk pekerjaan utk anak2 & x kisah pn nk mula dr yg mana 1. since hari kami dtg tu cuti krismas & ramai sgt org so kami terjah dulu tmpt2 yg x ramai kena beratur.

hana & haziq mulakan dgn bekerja sbg posmen. diorg kena collect/hantar parcels. 6 org dgn 3 items each group. antara aktiviti berkumpulan yg menyeronokkan utk anak & mak pak juga sbb kita bantu guide anak utk collect/hantar those parcels.




dh mcm gaya amik gambo passport ye nakkkkk hahahahaaaa. seronoknya anak2 masa dpt gaji pertama. cuma afne tak sempat snap pic time tu.

since org pn ramai jd kami santai2 je tak nak paksa anak2 cuba semua pekerjaan yg ada kt dlm tu. kebetulan hani tido kt buggy (sesapa ada anak kecik molek sgt lah bawa any carrier supaya korg x penat dukung anak je nnti), eddy tlg jaga bg dia tido puas2 dulu. don't worry kt dlm tu byk kedai mkn utk korg rehat sambil mkn/mnm. tp seriously, harga mknn/mnmn kt situ mmg berganda2 harganya. cth air mineral botol kecik harganya RM3... sosej (saiz besar) harganya RM6-7... popcorn dlm bekas cup saiz besar RM5. nk seludup mknn/mnmn? jgn harap lah sbb diorg mmg check btl2 segala beg yg korg bawak. 

k, sementara eddy jaga hani yg tido so hana try kerja kt kedai brg kemas. kena byr sbb nnti akan dpt gelang tgn yg diorg buat sendiri.






afne x lah amik gambar semua pekerjaan yg anak2 cuba. kitorg pecah 2 group. eddy bawak haziq & hani (lama pulak dia bantai tido) & afne temankan hana. kerja kt salon ni yg hana suka sgt nk cuba walaupun kena beratur amik giliran sampai 1/2 jam. hana jd pekerja salon & warnakan kuku customer. semua real ok, ada losyen, ada pewarna kuku, bedak, eye shadow, blusher, lipstick semua2 lah! dpt gaji lg :)


ni kat construction site. hana tgh dgr penerangan psl binaan bangunan susun batu bata. bnda2 tu tak berat pun sbb span hehe... ok, pasni dh blh tlg ayah keje... jd kontraktor cenonet hahahahaaa



terserempak dgn hani tgh sedap hisap jempol. tu tanda nk menyusu le tu. masa ni haziq tgh jd pomen. yok hani, kita 'ngeteh' jap sementara tunggu kakak dgn abg.




pastu kitorg berpecah lg. ikut mana yg anak2 nk cuba. kita encourage la bg penerangan serba sedikit so diorg seronok. kt tingkat atas ada bhgian utk kanak2 4 thn ke bwh. ada juga yg utk kanak2 8 thn ke atas sahaja.

ni hana masa kt dell...




penat... berhenti mkn mnm jap sambil perhati anak2 dr jauh. mmg x sempat nk merasa semua pekerjaan sbb org ramai. kesian juga hana & haziq x dpt jd ahli bomba sbb setiap masa semua petak penuh walaupun dipecahkan kpd 3 group. mmg nmpk challenging lah naik kereta bomba, padamkan hotel terbakar semua tp klu kami hbskan masa utk menunggu rasa2nya rugi x dpt ke tmpt2 lain. takpe lah, ada rezeki lain masa kami bawa anak2 ke sini lg, In Shaa Allah.

sblm keluar, ada 2 pilihan samada nk simpan duit gaji dlm cimb (blh guna klu dtg kidzania lg tp ntah bila) atau redeem (ala2 membeli) brg yg sama nilai dgn duit gaji tu. tp ibu bapa tak dibenarkan masuk, maka anak kena pandai pilih brg dgn bantuan staf kedai. brg2 dlm tu mmg 'mahal'. tips : make sure duit tunai asal (dr cheque RM50) sekurg2nya jd sekali ganda utk melayakkan anak2 redeem brg. dh campo gaji hana & haziq dpt frame. jd le kan dr tak ada lgsg. sekurg2nya anak2 belajar nilai duit. kecik nilai duit maka kecik lah brgnya... bknnya byk duit blh shopping suka hati hoooiiii


gmbr ber4 sbb hana tlg snapkan. not bad kan? cuma hani sbk pandang blkg hehe


ni gmbr kt luar sblm kami ke ikea.


slps 1 jam dlm ikea. sabo je lah org tu tunggu kitorg dlm kereta sambil jaga anak2 dia yg lain kihkihkihhh. apa afne beli dr ikea? lalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaa


berbalik kpd kidzania... afne mmg rekomen lah korg bawa anak2 ke sini. ok, harga tiket mmg agak mahal tp berbaloi2 bila igt blk masa yg korg spent dgn anak2 sama2 belajar pelbagai jenis pekerjaan org dewasa. ajar anak2 nilai duit. tak kerja maka tak ada duit. sbnrnya mmg itu pun dlm dunia realiti. kena rajin usaha, In Shaa Allah berjaya!


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...