Thursday, October 8, 2015

Roti Telur Bakar Bunga Cheese

afne pn br 1st time cuba tp mmg sedappppp... x tipu. kan viral jap dlm group resepi ringkas aritu


jd menu bento anak2 hari khamis mggu lps. maklum le kan diorg dh cuti jerebu 2 hari jd buatkn breakfast cum bento lain skt dr biasa. ni pun diorg dh mkn telo setengah msk & teh o.

masa tgh dlm oven tu dh bau wangi semerbak anak2 asik jengah oven je. 1st bite, hana kata mcm puding roti hehe... 


must try utk sapa2 yg suka cheese. resepi semestinya sgt mudah & cpt :)

Roti Telur Bakar Bunga Cheese

bahan2;
12 kpg roti - bergantung pd saiz muffin tray. afne guna saiz yg bsr ngam utk sekeping roti utk 1 lubang.
3 btg sosej
6 sudu mkn susu segar
2 biji telur ayam
parutan keju mozarella

cara2nya;
1. rebus/kukus/goreng sosej & potong2.
2. lenyekkan roti supaya padat kemudian tekap guna acuan bulat (cwn pn blh) tp kebetulan ada penerap roti bento bentuk bunga so afne guna yg tu je lah.
3. letakkan roti dlm lubang tray ikut bentuk & taburkan potongan sosej.
4. kacau rata susu segar & telur ayam. tuang atas kepingan sosej & roti td.
5. taburkan parutan keju mozarella ikut suka.
6. bakar dlm oven pd suhu 140c selama 10 mnt. jgn lupa panaskan oven dulu ye sblm membakar.


slmt mencuba :)


2 comments :

mshazadoes said...

resepi yg mudah dan sedap di makan :P

Afne said...

ye btl, afne suka yg resepi sng2 & yg penting sedap hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...