Tuesday, November 10, 2015

Cuti Sekolah 1 Minggu

salam semua :)

sbnrnya bkn lah exactly cuti sekolah seminggu pn. dr isnin-khamis ditambah jumaat & sabtu. haziq yg btl2 cuti seminggu bila pengurusan tadika announced hari ahad sbg cuti peristiwa masa hari konvo aritu (yg tu nnti afne cerita dlm entry lain ye).

afne plan nk tenang2 kt rmh habiskan tampal wallsticker kaison tp mood pulak mcm blm mari. eddy lyn memancing kt sedeli. anak2 pulak ajak ke rmh terbalik di melaka tu. tgk lah dulu mcmn nnti. eddy dh bbrp kali tanya2 cuti sekolah akhir tahun nk ke mana? sabo le bang... tgh mikir ni hehe

k, korg perasan ke idok background blog udah bertukar? Tgn le ni gatal2 edit html setting trs hilang sana hilang sini. last2 trs buat setting br lg puas hati. kedudukan widget/links semua msh sama cuma background blog saja yg bertukar. pilih hitam-putih-kelabu konon2 ikut tema rmh kihkihkihhhh

alang2 dh buat entry ni afne ucapkan happy diwali/deepavali utk kaum India yg menyambutnya. kebetulan jatuh tarikh hari lahir arwah adik afne, Mohd Nazri. masa dia lahir dulu pn hari deepavali disambut tarikh yg sama. klu arwah msh ada umurnya 28 thn hari ni. Al fatihah utk adik2 afne, arwah Mohd Nazri & Noor Aida. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka & tempatkan mereka di kalangan org yg soleh & solehah, amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...