Tuesday, July 5, 2016

Persiapan Raya 2016

salam semua.

pejam celik, pejam celik... dh pn hari terakhir kita berpuasa. kemeriahan raya terasa bila dgr lagu raya berkumandang di radio.

persiapan raya thn ni serba sederhana sahaja. btw, kelengkapan utk anak2 kami dh sediakan awal sblm puasa. bkn sbb semangat raya dtg awal tp memikirkan keadaan afne yg membawa perut ni rasa bimbang nk usung anak2 dlm keadaan berpuasa lg jd elok lah beli awal skt2.


kelengkapan anak2 dr segi baju mmg mak tlg jahitkan tiap2 thn. tambahkan baju tshirt/blouse & jeans sehelai dua utk tiap sorg. kasut sepasang sorg pn dh memadai. last week br sempatkn beli brg2 utk ibu & ayah. Alhamdulillah, dpt belikn juga serba skt utk mak abah & mertua.


persiapan utk rmh, nan ado deco2 baru. bos asik ckp "jgn pnjt tangga... tunggu lps bersalin karang awak nk bergayut kt kipas tu pn x apa". haru btl bos i ni. tak ada penambahan perabot ke sofa baru ke due to our own reason (moga segala urusan kami dipermudahkan, amin). ada lah skt2 tambah soft deco ajeeee


bbrp hari lps bos psg kan tv baru. i is angin sbb usul sofa raya kena reject atas alasan takmo dh menambah perabot atau brg rmh utk setahun dua ni grrrrr... jd nya tv bawah dipasang kt atas & tv atas bawa ke office, In shaa Allah.

kuih raya pulak kami beli & dh bahagikan masuk plastik siap2 yg mana utk rmh, mana nk bg kt mak abah & mertua serta jiran sblh menyebelah. seronok dpt jiran yg baik, x sombong & jns x berkira. dkt2 nk raya nnti br kita serahkan hehe...

bab duit raya, bos dh tukarkn awal2 aritu so nnti tugaskan hana masukkan sampul je (mcm thn lps juga).

hari ni kami dh blk kg mak msk2 ketupat, rendang kijang, ayam goreng berempah, sayur lodeh, sambal goreng & sambal kcg. meriah rmh atok bila cucu berkumpul :)


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...