Friday, September 30, 2016

Kelahiran Hafsyah Hanifah Binti Muhamad Eddy

Salam semua.

Afne nk kongsikan kelahiran anak kami yg ke 4, Hafsyah Hanifah Binti Muhamad Eddy. Walaupun dh bbrp kali melalui proses melahirkan tp setiap anak itu bawa cerita yg berbeza.

Petang sehari sblm hari raya Aidil Adha, kami sekeluarga blk kg sbb dh plan dgn mak & adik2 nk msk ketupat & lauk pauk mlm raya. Waktu tgh sbk2 kt dapur tu mmg dh rasa lenguh2 pinggang tp Afne igt biasalah mungkin penat byk buat kerja kan. Lbh kurg jam 11.45 mlm sblm masuk tidur tu ada keluar tanda lendir+darah (show) tp sekali lg fikir mungkin terlampau penat (sbb pernah kena masa mengandung 7 bln then gynae advice byk kan berehat & kurgkan buat kerja2 berat).

Tengah tidur tiba2 terkejut sbb mcm terdengar bunyi benda jatuh/meletup & seluar rasa basah. Tgk jam pukul 2.30 pg trs kejutkan Eddy bgtau air ketuban dh pecah trs dia yg kelam kabut ajak ke hospital. Masa tu afne dh mula rasa contraction 15-20 mnt sekali tp tak kuat. Eddy trs hantar ke Hospital Pantai mmg tak sempat hospital bag bila dia tgk afne dh mula kerap contraction. Lenggang kangkung tuju labour room dgn handbag je 😜

Dlm LR mcm biasalah, nurse bidan check mcm2 sementara tunggu gynae dtg utk entertain kita. Contraction semakin kuat & kali ni afne guna bantuan gas utk bg rasa lega sedikit, tak mengurangkan sakit tp agak membantu sbb gas buatkan rasa khayal mengantuk. Eddy temankan sepanjang masa dlm LR kecuali waktu mereka check utk seluk. Cuaca kt luar dh gerimis renyai2. Mulut tak henti berdoa & baca ayat2 suci. Sampai masanya gynae suruh teran, terannnnnn... dgn 2 kali teran akhirnya Hafsyah slmt dilahirkan btl2 waktu azan Subuh mula berkumandang. Syukur.... syukur... terima kasih Ya Allah. Bila Hafsyah diletakkan atas dada utk sentuhan kulit ke kulit afne nmpk dia kecik sgt. Perasaan??? Tak tergambar dgn kata2... Maha Suci Alah, Maha Besar Allah. Dengan izinNya, Afne berpeluang merasa lg detik2 indah ni. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan proses melahirkan. Sekali lg mcm melahirkan haziq & hani tanpa koyakkan & jahitan. Eddy blk dulu utk uruskan uri & berehat.




Lbh kurg jam 8.00 pg Afne dibawa masuk ke dlm wad. Mata mengantuk sgt sejak dlm LR sbb keletihan tapi Afne tak dapat lelapkan mata dgn lena... tertunggu2 baby Hafsyah. Since afne pilih fully breastfeed (diorg akan tanya perlu tak susu formula sementara si ibu berehat) so Hafsyah akan disorong masuk bila menangis nk menyusu. Dh nk masuk tghari baru lah Hafsyah diletakkan sepenuh masa dlm wad. Lbh kurg jam 3.00 ptg, gynae & doktor pakar kanak2 check semua puas hati br kami dibenarkan blk.







Kebetulan cuti sekolah seminggu (cuti raya Aidil Adha) jd Afne ambik keputusan berpantang dulu di kampung. Alhamdulillah, penerimaan anak2 dgn kehadiran org baru sgt baik.





Alhamdulillah, dpt berurut 3 kali di kampumg sblm kami blk ke rmh. Bermula lah episod berpantang ibu beranak 4 tanpa bantuan mak. Syukur Allah permudahkan semuanya. Umur Hafsyah genap 7 hari, ayah tahnikkan dgn madu.


Jom lyn gmbr2 Hafsyah yg byk dlm simpanan hp ni 😁











No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...