Thursday, December 7, 2017

Deko : Pokok Hiasan Sudut

Salam semua.

Kembali dgn cerita deko bajet-pelan2 kayuh. Maklum lah... dh setahun lbh pantang deko (sejak pregnant Hafsyah), ni br nk warm up blk 😅


Bkn lah gmbr terbaru ni gmbr masa raya tp sampai skrg mmg takde perubahan pun.

Berbalik kpd tajuk entry, Afne mmg dh lama mencari pokok hiasan sudut. Survey kt Romantika tp pilihan limited & tak berkenan. Afne patut berterima kasih dgn Hayatie Hashim sbb dia sudi share info psl pokok ni 😉


Selit juga beli bantal kusyen & laundry bag tu kikikiiii... bantal kusyen yg berderet 6 biji tu bantal lama tp Afne tukarkan sarungnya beli kt Romantika. Pokok hiasan tu tak susah pn nk psg daun cuma cucuk-cucuk je dh siap. Taraaaaaaa...




Cantik tak? Cantik takkkkkk??? Korg tak kenan tak apa lah.. rmh Afne so deko cara Afne. Dulu masa kecik-kecik dok mikir apa lah yg mak minat sgt pokok hiasan kayu daun-daun dlm rmh. Bila diri sendiri umur makin meningkat br lah faham. Feeling of kaki deko.

Afne ada share dlm group Kelab Kaki Deko & mmg ramai yg komen/pm bertanya beli kt mana & brp rm. Ok, pokok hiasan ni beli kt Pasaraya Super Cowboy. Mcm-mcm jns pokok/daunnya tp yg Afne beli yg hok viral tu org panggil monstera. Harga RM25-RM99 ikut saiz. Yg mcm Afne beli ni tinggi paras dada org dewasa, harga RM58.90 je. Murah kan?? Siap ada yg mintak belikan. Tak dapek lah nk menolong ambik order org sbb kita sendiri pn setiap hari bz berkejar dgn house chores, anak2 & kerja office. Ni pn angkut 4 org anak (tak menyabar tunggu bos blk ourstation) beli brg itu ini sampai penuh bonet kereta kahkahkahhhh


Ada yg tanya, anak kecik-kecik lg tak usik ke brg deko terutamanya brg kaca ke alih- alih brg ke buat main bantal kusyen ke? Mau nya tidaaakkkk.. awal-awal beli benda baru mmg jakun lah dok keliling pegang-pegang. Kita kena rajin ingatkan, nasihat & pesan. Alhamdulillah, lama-lama diorg tahu & faham. Dengan cara ni secara tak lgsg disiplinkan anak-anak bila bertandang ke rmh org, In shaa Allah.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...