Tuesday, March 26, 2019

Camping 3H 2M @ TS Fishvage Resort

Salam semua.

Cerita camping 3 hari 2 mlm sempena cuti sekolah. Bertempat di TS Fishvage Resort, sama mcm camping thn lps.

Pengalaman kali kedua utk Kakak Hana dan semestinya pertama kali utk Haziq. Dia lah yg plg excited nk join siap pujuk2 ayah & ibu supaya izinkan dia pergi dgn alasan abg dh bsr dh darjah 4. Persiapan kali ni belikn apa keperluan yang tak cukup & pastikan brg dikemas, disusun  dlm beg mengikut giliran penggunaan.

Peserta thn ni tak seramai thn lps. Mungkin sbb kebetulan mggu cuti sekolah dah ada plan bercuti masing-masing kan. Elok juga bila tak ramai sgt so cikgu dpt pantau dgn lbh baik.



Slps taklimat dan penerangan ringkas oleh cikgu yg menguruskan program, maka sampai lah masa anak-anak naik bas.



Waktu lepaskan Haziq naik bas, ibu mmg dh tawakal je klu byk brg Haziq bakal hilang sbb ibu tahu Haziq blm sehebat kakak hana dlm soal mengurus diri. Awalnya mmg berbelah hati nk izinkan tp ayah sokong Haziq katanya biar lah anak lelaki belajar berdikari.

Antara gmbr-gmbr yg dikongsikan oleh cikgu dlm group whatsapp...



















Slps 3 hari 2 mlm, ibu antara penjaga yg terawal sampai dan jemput anak blk. Soalan pertama yg keluar dari mulut abg...

Haziq : Ibu tak rindu abg ke?
Ibu : Abg pegi sekejap sgt tak sempat ibu nk rindu (kikikiiiiii)

Mau tak rindu... abg yg setiap hari akan cr ibu waktu nk tidur mlm. Ni haaaa bdk bertuah muka dua-dua dh kelabu asap.


Blk ke rmh trs operasi membasuh baju bajan yg kotor dan ada yg berlumpur. Maklum lah ada aktiviti lasak dalam kebun. Moga pengalaman ber-camping jd kenangan manis utk anak-anak ibu.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...