Wednesday, December 9, 2009

Keguguran Rambut Selepas Bersalin


huhu.. baca tajuk pun korg dh tau kan? waaaaa.. mmg byk rambut yg gugur lately terutamanya time cuci rambut, sikat rambut, kirai rambut, bukak ikat rambut.. serba serbi la. dh blh nmpk rambut2 gugur atas lantai. celah sikat tu toksah cerita la kompom byk punya.

eddy kata nk tlg guntingkan rambut tp disebabkn minggu yg sudah 'berkejar' blk ke kg so kasi zasss kt kedai je. rambut yg pnjg melepasi dada dh kontot jd paras bahu. rambut tetap gugur tp agak kurg drpd masa rambut pnjg. rasa ringan je kepala ni & lg mudah cuci rambut. seingat afne kali terakhir gunting rambut masa umur hana 4-5 bln dulu.

mesti ada antara korg kata.. "rambut afne gugur ni mesti sbb haziq dh pandai sembur air liur" erkk.. apa kaitan antara rambut gugur dgn baby pandai menyembur air liur?

so td godek2 internet jumpa ni..

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

Sumber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
  • FAQ: Does Breastfeeding Cause Postpartum Hair Loss?, kellymom.com


- dari ratuhati.com -


so, baby yg pandai menyembur air liur bukanlah penyebab si ibu/mak/mama/mommy/umi/bonda keguguran rambut. baby dlm fasa perkembangan baru dlm hidupnya & penyebab utama keguguran rambut ibu adalah kerana perubahan hormon yg kembali normal spt sblm mengandung & kedua2nya berlaku dlm masa lbh kurg sama (3-5 bln slps kelahiran baby).

SHARING IS CARING


10 comments :

iz-AnN عبداللطيف said...

afne-aku pun salah sorang mommy yang mengalami keguguran rambut yang kronik pas bersalin...tapi lepas dalam 2-3 bulan gunakan syampu SUNSILF HAIRFALL SOLUTION botol kaler gold tu, alhamdulillah dah makin berkurang rambut yang gugur itu..amin...

Nieza Ishak said...

afne,

pakai syampu brand himalaya ...
so far rambut dah jarang gugur.

nieza pun sbb ada kawan suggest pastu try .. mmg takde la

Afne said...

aku pun tgh mencari syampu yg sesuai utk hair fall control (tq kasi suggestion hehe). 2-3 mggu ni byk sgt rambut yg gugur huhu

cintaKusayangMu said...

aah k.afne..tul tu.. bby xnyembur rmbut gu8gur gk..qis pn lps je abis pntg zasss kasi kontot ini rmbut..senang nk uruskn rmbut..xde la payah ngn rmbut pnjg ngn ank2 lg...pns lk tu

Farra Dhelina said...

ye sy pun tergolong gak..byk gile rambut gugur masa di awal lepas pantang.. smpai naik botak jgk lah..tapi lama kelamaan ..rmbut dah kurang gugur dah.. dia sendiri ok..hihi ;)

Afne said...

nieza try yg mana yea? tgk website ni syampu himalaya utk hair fall takde tp cream ada la.

qis, rambut ni dh le tak baper nk tebal kan. baca fakta mmg normal tp rimas tgk byk rambut sana sini.

farra, sadis kan tgk rambut gugur byk camtu.

Manjakusayang said...

Afne...

Kimm sampai sekarang masih lagi gugur! Makin banyak rasanya! Nak try shampoo baru dan kerat sikit! Kadang2 risau tengok rambut berterabur kat rumah tu!

elly @ suely said...

salam......... kite tumpang share ur info......... klik my blog...... thanks ya!

Afne said...

kim, sbr lah. skrg ni nmpk dh kurg even msh ada rambut yg gugur.

Afne said...

salam elly. ok no prob. sharing is caring ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...