Tuesday, May 11, 2010

FAKTOR PENGARUHI KEJAYAAN PENYUSUAN SUSU BADAN

Penyusuan susu ibu nampaknya mudah, namun ia tetap memerlukan pelbagai persediaan untuk anda terus menjayakannya sehingga bayi berusia dua tahun.

* Dapatkan ilmu tentang penyusuan.
* Belajar teknik dan posisi penyusuan.
* Menyusukan bayi satu jam pertama kelahiran.
* Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan. Ibu juga boleh mendapatkan sokongan daripada rakan penyusuan online seperti di susuibu.com.
* Pilih hospital dan doktor yang cenderung kepada penyusuan susu ibu.
* Bersedia dari segi mental dan fizikal semenjak hamil lagi.
* Berniat untuk menjayakan penyusuan susu ibu sejak hamil lagi.
* Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
* Jauhi dan uruskan stress dengan berkesan.
* 'Buat pekak' kepada mereka yang negatif terhadap penyusuan susu ibu.
* Tahu bila perlu mendapatkan bantuan.
* Simpan nombor telefon kaunselor laktasi atau rakan yang menyokong penyusuan susu ibu.

sumber : ratuhati.com

SHARING IS CARING


4 comments :

Unknown said...

setuju 100%!buat pekak dan kalau boleh lawan balik komen negatif yg diberi tu...

Afne said...

afne lalui mcm2 sepanjang hampir 3 thn menyusukan anak2. tp yg plg kelakar ialah org komplen afne kurus sgt sbb terlebih pam bg susu kt anak hahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ibudhani said...

afne....arini pam dh 3x br dpt 6oz..sob2x....

Afne said...

ibudhani - sbr yea. insyaallah cukup utk baby. alhamdulillah, hari ni dpt 17oz. pasni nk pam lg sblm tido.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...