Monday, September 6, 2010

KEK LAPIS SARAWAK

baru dpt kek2 lapis ni pg td. order dgn member office.

kek lapis horlicks & kek lapis buah2an choc rice


al-kisahnya bila member email tanya sapa nk beli kek lapis.. trs teringat arwah ida sbb tiap2 thn dia yg sponsor kek lapis sarawak sampai 3-4 jenis & salah satunya kek lapis horlicks mesti ada. raya thn lps arwah ida pernah ckp "mmm.. asyik buat cornflakes madu je tiap2 thn. thn ni buat biskut cornflakes plak la" tp ntah knp dia tak buat pn sampai ke sdh. masa tu mmg afne tak buat kuih pape sbb dlm pantang lps delivered haziq. baru2 ni masa cari kuih raya kt midvel, nmpk je biskut cornflakes trs beli.

smlm 05/09/2010 genap sebulan arwah meninggal dunia. byk btl kenangan dgn arwah. kami beza usia setahun je. masa kecik2 dulu mak mesti belikan corak baju yg sama cuma berlainan warna.. dh mcm kembar. apa yg salah seorg dr kami dpt, lg seorg mesti dpt. kwn nakal, kwn main pondok2, kwn main msk2, kwn godak parit tangkap ikan sampai kena rotan dgn mak, kwn naik basikal ke sekolah, kwn mengaji, kwn ssh sng..

tp mulai raya thn ni, afne dh tak dpt bersalam & peluk cium arwah di pg raya mcm selalu.  yg tinggal cuma kenangan & gambar2 utk mengubat rindu. mcm tu juga arwah nazri. raya thn sblm arwah nazri meninggal, itu lah pertama kali kami sekeluarga berpakaian warna oren sedondon. sayu btl rasa hati ni...


Ya Allah, moga roh arwah adik2ku dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org yg soleh & beriman, amin.


12 comments :

mama_umar_maryam said...

alfatihah utk ke2 arwah..Allah jela yg tau perasaan mak afne kan..

Nana said...

alfatihah utk arwah adik kau...

Afne said...

terima kasih zet. mak aku hari2 masuk bilik arwah. aku tau dia nangis kt dlm tu. sedih igt anak2 dia.. igt cucu dia yg jauh. knp la diorg buat mak aku mcm ni...

Afne said...

terima kasih nana.

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

ya allah kalau kita ditmpt afn tak tau lah camner.. rasa sebak sgt2 baca entry nieh ..kita doakan arwah tenang disana ..al-fatihah

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

al fatihah tuk arwah adik2 kamu afne...moga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya...

Afne said...

diana, mengalir airmata masa draft entry ni. byk sgt kenangan.

Afne said...

terima kasih zan.

~ana~ said...

al fatihah utk ke-2 org adik afne..moga mereka di tempat kan di kalangan org2 yang beriman..amin...

Afne said...

terima kasih ana.

mama thieya said...

semoga arwah dicucuri rahmat.. amin..al-fatihah

Afne said...

tq mama thieya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...