Thursday, September 15, 2011

MUNJUNG

salam 15 syawal 1432H. waahhh.. dh 1/2 bln kita sambut syawal, maknanya ada lg 1/2 bln kita blh beraya. msh panas lg kan cerita2 psl raya hehe..

sapa org johor, nk2 plak org jawa mesti tau apa tu munjung. munjung ni kira adat hantar bungkusan ketupat & lauk pauk ke rmh saudara mara di bln puasa. pg raya pn msh ada yg munjung. tp siyes beb, nk munjung ni mmg sehari suntuk bekerja kt dapur. takde ngelat2 semuanya ada bahagian keje masing2 yea. sabtu mlm ahad (sblm raya) dh mula merebus ketupat segera. lps sahur hari ahad tu kitorg mulakan kerja2 memasak. berhenti utk mandi & solat je. sampai naik pijar jari ni kupas 1 besen bawang. pedih mata jgn cerita la... org kata mudah menangis bila kupas/potong bawang kononnya byk angin dlm bdn, btl ke?



thn ni msk ayam goreng je. klu thn2 sdh buat ayam msk merah ke, msk kicap ke. 14 ekor ayam ok! setia lah saya ddk tepi kuali besar menggoreng ayam. tu yg up status kt fb.. tgn bau bawang, bdn bau ayam kahkahkah


sambal kacang mak yg marvelous sepanjang zaman. 1 periuk bsr ok!


sambal goreng singapore (letak santan) complete tempe+tauhu+kentang+udang+paru+petai... terbaikkk!


sayur lodeh msh panas2 dlm periuk kawah.. mcm2 ada dlm tu.. tempe+kentang+kcg pnjg+carrot+ntah apa lg x igt.


ada lg 1 rendang daging tp tak sempat snap. thn ni rezeki dpt daging lembu fresh, sembelih trs msk. last year merasa rendang daging kijang. settled bab msk memasak.. kerja bungkus membungkus plak.


tak payah kira k.. semua sekali lbh kurg 55-60 bungkus utk dihantar ke rmh sedara mara. start jam 4 ptg mulakan tugas jd makcik posmen.



ptg tu neesa dtg tido 1 mlm. rasanya last jumpa neesa masa makde tunang bulan may aritu. masa tu neesa msh jln bertatih 3-4 tapak. skrg ni jln dh laju & peramah mcm kak hana :)




muka neesa dlm 2 gmbr kt atas ni mirip sgt dgn arwah ida










mlm tu masing2 tido awal sbb kepenatan sehari suntuk berperang kt dapo hehe.. tp bdk2 ni seronok ligat bermain tgk dvd boboiboy. tgh2 mlm hana bgn pegi tido sblh adik neesa. syg btl dia dgn neesa. korg adik beradik mesti syg menyayangi. walaupun bkn maklong yg lahirkan neesa, bkn maklong yg jaga neesa, maklong syg neesa mcm anak sendiri, maklong sentiasa doakan yg terbaik utk neesa, maklong halalkn setiap titis susu yg pernah neesa mnm. neesa jgn lupakan family di kg yea.


10 comments :

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

kalau org jawa sure ada munjung nieh tiap2 kali raya ;-)

watyz said...

wa..best nye. nape x ulur ngan org sini??? :)

syanasaid said...

rindu gile ketupat nasi tu..selalu mkn nasi impit instant jek
xsama rse dia
:(

Afne said...

hehe.. diana org jawa gak ekk? lama dh tak mkn nasi ambeng huhu

Afne said...

aty, klu nk hulur ke melaka mau esoknya br sampai hehe

Afne said...

syana, adik aku lah beria2 nk mkn ketupat daun. yg ketupat daun tu buat tak byk dlm 1++ biji je. utk munjung ada yg bg ketupat daun ada yg bg nasi impit instant.

~ana~ said...

waaa...afne..nak sikit...org jawa masak lodeh mmg terbaik la....

terliur ok...

lia said...

adlh sgt betul psl bawang tu.... aku ni kupas 1 ketul pon, mata da berair.... mmg byk angin...

Afne said...

ana, tgk jugak ada setengah org msk ala kadar. tp klu mak afne yg buat insyaallah cukup bahan br dia puas hati. sambal goreng terbaik! ana dtg la kg afne nnti mintak mak msk kan hehe

Afne said...

lia, aku klu dh lama tak msk tetiba nk kupas sebiji dua bawang pn dh nangis cane tu? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...