Friday, March 23, 2012

Buah Markisa


ini buah markisa yea kwn2. mak & abah yg tanam pokok markisa kt tepi rmh. sekali dia berbuah berpuluh2 biji blh dpt. tp family kt rmh tak brp nk mkn so biasanya mak bg kt jiran2 atau sesapa yg kebetulan dtg nk upah jahit baju.

btw, isi buah markisa berbiji2 kecil serupa pulpa & bijinya sgt rangup bila digigit. baunya seakan2 buah mangga. rasanya masam2 manis. sedaaapppppppppppppp... kecur air liur tgk gmbr kt bwh ni adehhh


pokok markisa hidup merayap/memanjat. korg gi lah google sendiri klu nk tgk mcmn rupanya.

mak kata buah markisa ni sedap buat air (jus) tp afne tak pernah cuba lg. sedikit info tentang asal usul & khasiat buah markisa yg diambil dr sini;

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual dipasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia danHawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julaihingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirapkekroti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

korg suka mkn buah markisa?


8 comments :

watyz said...

ku pk kan apple... hehhee

*azni* said...

setakat ni lum penah mkn lg..hehe..

Zila said...

Buah ni rasanya ada versi besar jgk kan? pernah supplier bg yg versi besar warna kuning. & saya suka minum jus markisar ni kat Noodle station

Afne said...

aty, sekali pandang mcm epal kan?

Afne said...

azni, sedap... klu nmpk jual kt mana2 cuba la beli & rasa :)

Afne said...

zila, markisa ada 2 jns... ungu kemerahan (mcm gmbr afne tunjuk tu) & warna kuning. kuning lbh sesuai utk buat jus. btw, warna kuning afne tak pernah try lg.

mama_umar_maryam said...

ah so sblh umah aku ni mmg tanam markisa ni weh, mase mule2 die bagi aku xtau nk buat/makan camne,hehehe

~ana~ said...

nak sikit....:)...letak kat pavlova sgt sedap buah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...