Wednesday, November 21, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan, Konvokesyen Prasekolah & Hari Kanak-Kanak 2012

sepatutnya afne share blog weeks ago, tp sbb byk entry tertunggak maka ikut lah turutannya yea. ok, afne percaya setiap mak pak mesti excited bila sampai hari konvo anak masing2 kan. tak kira lah konvo apa sekali pun.

bertarikh 8hb Nov 2012 bersamaan hari khamis & bertempat di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat, berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan, Konvokesyen Prasekolah & Hari Kanak-Kanak 2012.

sampai je Dewan Gemilang SKTS, tmpt ddk utk ibu bapa dh agak penuh. ddk depan pun depan lah, lg senang nk jerit2 nama hana hehe... anak awak tu dh la plg cemetot kecik kan?! dh ddk dgn mak2 org ni kena la berkenalan & salam menyalam. afne pn br brp bln ddk kg x brp kenal sgt mak pak kt situ. lg pun klu jemput hana blk sekolah mmg afne ddk dlm kereta takde nya keluar menyembang mcm mak2 lain. bknnya sombong, tp dh brp tahun tak bawa motor ni kan mmg tak berani nk bawa motor dgn nk bawa haziq & hana lg kan. tetiba ada sorg mak ni tanya "ini maknya hana humaira ke? byk nama dia dpt anugerah hari ni" trs bulat mata yg mmg sedia bulat ni kan. cpt2 tgk acara majlis yg cikgu sekolah edarkan td. ibu hana trs senyum sepanjang masa mcm miss universe gamaknya hahahaaaaa

selesai ucapan Guru Besar & Yang Dipertua PIBG, semua dihiburkan dgn persembahan deklamasi sajak, dikir barat & nyanyian murid2. sampai lah acara kemuncak iaitu Konvokesyen Prasekolah & Anugerah :)

Konvo Prasekolah 5 Murni. thn dpn kovo lg, InsyaAllah.

status afne dlm fb @ 08/11/12...


"Sebak gila tgk hana di hari konvo prasekolah lengkap bertopi & berjubah. Ibu rasa ibu yg plg kembang kempis hidung tgk hana turun naik pentas amik piala & sijil. Hana dpt anugerah ketua kelas, terbaik subjek bm, terbaik subjek bi, terbaik subjek matematik & terbaik subjek pend. Islam.


Ibu & ayah bangga sgt dgn hana! Buat yg lbh baik utk thn2 seterusnya yea nak :-D"


yg plg kanan (tudung kelabu) tu Cikgu Rozani, guru kelas Prasekolah 5 Murni. cikgu yg plg byk bersabar dgn keletah hana. terima kasih cikgu :)



jom tgk apa yg ada dlm beg oren tu...


Sijil Tamat Prasekolah & Gambar Konvo saiz A4 (lbh kurg).





sijil & piala Anugerah Ketua Kelas Prasekolah Murni.


sijil & piala Anugerah Terbaik Bahasa Melayu Prasekolah Murni.


sijil & piala Anugerah Terbaik Bahasa Inggeris Prasekolah Murni.


sijil & piala Anugerah Terbaik Matematik Prasekolah Murni.


sijil & piala Anugerah Terbaik Pendidikan Islam Prasekolah Murni.


ada 1 lg subjek Sains tp murid lain yg dpt. syukurlah, dpt 4 dari 5 subjek kelas pn dh sgt membanggakan ibu & ayah.

selain dr piala2 & sijil2, dlm beg oren tu ada buku aktiviti, botol air & tipuware yg penuh dgn jajan.

ini plak gambar2 yg cikgu bg masa dpt surat jemputan konvo.


ketua kelas cemetot ddk plg kiri hehe... tp kecil2 cili padi. itu yg org gelarkan hana, katanya asik2 muka dia je yg turun naik pentas bolot hadiah. itu pun ada org bgtau masa mak melawat mangsa banjir kt pekan baru2 ni. tak memasal maktok yg glamer hehe...


esoknya, hari terakhir sekolah sblm bermulanya cuti akhir tahun. kesiannya anak dara sumbat semua brg dlm beg plastik. itu lah... ibu dh pesan suruh bawak beg sekolah tp awak degil kan?!


tak menyempat tunggu cuti sekolah, hari jumaat tu jugak dia hbs kan semua buku2 yg blm hbs diisi. mmg tak dinafikan hana ni jns rajin buka buku mewarna, membaca & belajar. afne takde pun paksa2 dia kena belajar brp jam sehari tp dia sendiri yg kata "hana kena rajin belajar, nnti hana pandai". skrg ni dia sbk nk belajar matematik tambah & tolak. 

haziq pn dh terikut2 cuma meniru apa kakak hana baca walaupun haziq blm kenal suku kata. kdg2 tu bukak buku pn terbalik adoyaiiii... 


6 comments :

watyz said...

wa... bangga nye ade anak seperti hana. u deserve it la hana sbb hana rajin berusaha. baru 5 tahun dh membanggakan mak ayah ngan konvo ni... eh pra sekolah jugak ek.... :)

Atie.Rashid said...

congrats Hana... same la cam Aisyah,.. dh grade.. cewah... padahal grade tadika je pun...aisyah pun dpt anugerah pelajar cemerlang...

Afne said...

aty, hana grade pra 5 thn. thn dpn masuk pra 6 thn. tgk dr hana, afne mmg recommend la mak pak yg nk masukkan anak2 ke kelas pra. mmg nmpk perkembangan positif diorg. nnti abg iman banggakan ibu & ayah plak yea :)

Afne said...

aty, sbnrnya tak kisah la grade peringkat apa pun yg penting anak2 happy, kita tumpang seronok kan?!

mama_umar_maryam said...

tahniah hana!!!aunty pon bangge bace ;)

Afne said...

tq zet :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...