Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012. Selamat Datang 2013.

amboi... rata2 hari ni pakat buat entry terakhir 2012 yea (termasuklah diri ni hahahaaaaa).

2012. thn yg penuh warna warni & kenangan pahit manis utk dikenang...

alhamdulillah, hana mula bersekolah di pra sekolah utk kelas 5 thn. sekolah yg sama masa ibu menuntut di sekolah rendah dulu. walaupun hana dh ada basic masa dihantar ke taska kt kl dulu, tp afne blh nmpk byk perkembangan positif hana sejak masuk sekolah. syukur, hana dh pandai membaca sukukata mudah seawal usia 5 thn. ibu & ayah pasti akan kenang saat2 manis waktu majlis konvokesyen hana. 2013, hana akan belajar di pra sekolah utk kelas 6 thn. moga hana akan jd anak yg sukses & membanggakan ibu ayah :)

keguguran. awal2 tu mmg ssh nk terima. walaupun dia cuma dipinjamkan hanya bbrp bulan tp pedihnya perasaan hanya Allah yg tahu. tp kita kena percaya pd qada' & qadar. yakinlah Allah tidak akan menguji sekiranya kita tak kuat utk menghadapinya. alhamdulillah... bbrp hari sblm mak & abah balik haji, afne disahkan mengandung. kandungan yg ke-4 ni dh menjangkau 13 minggu & kami suami isteri sentiasa berdoa moga semuanya slmt & baik2 saja.

syukur, afne bergelar SAHM secara rasminya mulai bulan julai 2012. 1 keputusan yg afne kira bertahun2 afne fikirkan & afne tak pernah menyesal dgn pengorbanan ni. biarlah apa org nk kata, afne yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Besar, bila kita redha dgn kehilangan sesuatu InsyaAllah, Allah gantikan dgn sesuatu yg lbh baik dr sebelumnya. yg nyatanya skrg afne lbh bahagia dekat dgn suami & anak2.  selain menguruskan anak2, keperluan suami & kerja2 rmh, afne mengaku bukannya mudah menjadi WAHM. mcm2 perlu dipelajari a-z sbb semuanya berbeza dr pengalaman bekerja di office. klu dulu cuma tahu buat kerja pening memikir psl recon recon recon, ikut arahan bos, cukup bln dpt gaji & cukup masa dpt bonus. skrg kena tahu cari duit, uruskan kebajikan+gaji pekerja2, uruskan claim sana sini, bergelumang dgn dokumen/quotation/PO/LO/DO/invoice/receipts, yada.. yada.. yadaaa... yup, penat mmg penat tp seronok. advantage keje sendiri, bebas dr politik office. sendiri jd bos, sendiri jd kuli (walaupun ada 30 org nk kena handle skrg ni), sendiri penat huhu... nnti2 lah, klu ada masa afne cerita psl ni. moga Allah murahkan rezeki kami & permudahkan urusan kami, amin.

mak & abah menunaikan haji. selama ni afne tumpang gembira mak abah kwn2 dpt tunaikan haji tp bila mak abah sendiri yg dpt pergi, perasaan bercampur baur. mak abah br pegi bbrp jam rasa mcm dh lama tak jumpa. kami suami isteri dipertanggungjawabkan menjaga rmh & adik2. rasa besarnya tanggungjawab yg mak abah bg. alhamdulillah, semuanya slmt & urusan mak & abah di madinah & mekah dipermudahkan.

cukup2 lah kot imbau kenangan thn ni. wishlist 2012 pun tak semua dpt dipenuhi sbbnya ada yg afne tambah2 sesuka suki hehe... takpe, itu kita bawa masuk ke 2013 plak. afne mengharapkan kedatangan 2013 dgn 1001 harapan yg lbh baik dr tahun2 yg sblmnya. moga kehidupan kita semua dirahmati & sentiasa dlm lindungaNya.

slmt tinggal 2012 & slmt dtg 2013 :)

p/s : k, afne hutang byk entry ni, nnti sempat afne update laju2 ;)


2 comments :

Hudalatip said...

Selamat Tahun Baru Afne!! Kira tahun 2013 nanti kita akan lahirkan baby baru la ek..

Afne said...

slmt thn baru kak huda! insyaallah, moga kita sama2 dipermudahkan & slmt mengandung serta melahirkan baby yg sihat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...