Wednesday, March 13, 2013

25 Minggu Kehamilan

pejam celik pejam celik kandungan afne dh pn melewati 6 bln. rasanya jarang2 afne cerita psl kehamilan kali ni kan? isshhh berdebar2 bila difikirkan edd (estimate due date) yg semakin hampir ni. bila edd? 25/06/2013, insyaallah :)

rasanya sesapa yg perasan kt fb afne selalu update dtg check up ke klinik. alhamdulillah, so far takde masalah serious. afne kerap ulang alik utk eod bp (blood pressure) disebabkan berat bdn naik tak ikut schedule. nk kata berat bdn naik mencanak2 pn x juga, nk kata bdn nmpk gemuk pn x juga (ecehhh x nk ngaku tu hahahaaaaa). berat bdn naik time pregnant tu biasa lah kan hehe...

afne start buat buku merah agak lewat sbnrnya bila kandungan dh nk masuk 4 bln. masa tu selera mkn br nk ok dr morning sickness. 2nd visit ke klinik afne kena buat mgtt, alhamdulillah result normal. since afne ada anemia/low hb (sama mcm masa pregnant haziq dulu) so appointment setiap 2 mggu. masa timbang tgk berat naik dr 53 kg (1st visit) ke 54.2kg (3rd visit) dlm masa 2 mggu (naik 1.2 kg). selera mkn mmg tgh sedap mkn itu ini. nurse refer pd doktor trs order eod bp selang sehari selama 2 mggu! masa tu rasa mcm2 dh... alahai klu ikut schedule berat normal naik 0.5 kg setiap minggu, so setakat naik 1.2 kg dlm masa 2 mggu tu kira ok lah kan.. lbh sikit je haaaa. bila fikir2 redha aje lah demi utk baby & afne juga kan. nsb baik lah dh jd fulltime housewife so blh la lari2 ke klinik sekejap sesambil dgn urusan seharian dgn nk jaga haziq, ngemas, membasuh, memasak, amik anak blk sekolah, keje2 office, bla.. bla.. bla.. tp yg bgsnya kt sini nurse dtg rmh utk check klu jatuh eod bp pd hari sabtu & ahad. biasanya diorg dtg pg so lps tu dh blh plan klu nk keluar ke mana2.

alhamdulillah, sepanjang proses eod bp tu tekanan darah ok je tak tinggi & tak rendah. cuma kdg2 rasa pening sbb anemia. kebetulan pulak masa appointment 20 minggu, hb turun & berat naik 2.4 kg dlm masa 2 mggu. masa tu tgh sbk2 nk kenduri kendara kawen adik dgn culasnya mkn ubat & mkn mcm2 huhu... doktor order eod bp (selang sehari) selama 1 mggu & repeat mgtt! redha aje lah telan air hikmat tu utk kali ke-2 & result normal. so kena kurgkan carbo intake & mknn berlemak. again, tiap kali eod bp result tekanan darah normal. atas nasihat doktor afne consume iberet folic dr farmasi selain folic asid, b complex, vit c & ferromed. di samping kena lbh kan mknn utk tambah darah. alhamdulillah, hb dh normal :)

since afne dh blh rasa baby gerak dgn aktif, last week dpt injection ATT (kancing gigi). 2 hari juga nk hilang rasa sengal2 kt tgn terutamanya bhgian lengan. afne br tau utk 1st pregnancy je dpt 2 kali injection ATT. utk next pregnancies dpt sekali sahaja. x igt plak masa pregnant haziq dulu hehe...

ok, jom tgk perkembangan baby @ 25w...


Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Adakah anda bercadang untuk kembali bekerja? Buatlah rancangan sekarang. Bahagian kerja dan pengasuhan anak kami akan memberitahu anda semua yang anda perlu tahu. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044288/perkembangan-fetus---hamil-25-minggu#ixzz2NJn4hkM2


next appointment 20/03 ni, harap2 semuanya ok. appointment utk scan @ 28w @ 08/04, insyaallah. tp lps tu kena buat mgtt lg. diorg kata normal prosedur utk ibu hamil berumur 25 thn ke atas kena buat mgtt 2 kali (lps buka buku merah & masa 28w).

persediaan utk baby blm dimulakan. nnti nk korek kotak tgk mana brg yg msh elok & tambah yg mana perlu. mcmn reaction anak2 bila tgk perut ibu memboyot? hana asik mntak baby girl sbb dia kata baby boy nnti nakal mcm haziq hahahahaaa. haziq plak suka dtg ckp2 dgn perut siap gelarkan diri dia abg. tp rasa2nya ayah diorg ni yg lbh excited sbb dh sbk suruh afne prepare nama walaupun kitorg tak tau lg jantina baby! sbnrnya tak kisah pun dpt baby boy ke baby girl ke asalkan baby dlm rahim ni sihat.

kwn2, doakan moga afne & baby slmt & sihat sepanjang mengandung serta dipermudahkan waktu melahirkan :)


4 comments :

♥cikmOt♥ said...

aler, tak tempek pun gambar ibu mengandung...hurmmm

~ana~ said...

skrg ni prosedur mcm makin leceh plak...pregnancy woman umur 26 thn ke atas mmg kena minum air gula kan...skrg dah x tgk family history dah..huhuhu...

Afne said...

izan, ibu ngandung main nyorok2 hehe... elehhhh kan dh tepek byk masa majlis kawen adik aku tu.

Afne said...

ana, tu prosedur wajib skrg. tp klu ada history parent diabetis/darah tinggi lg lah kena buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...