Tuesday, March 12, 2013

Puding Roti Sos Kastard

jgn mrh haaaa... ni gmbr dr entry 2 thn lps ;p

rasanya dh lama sgt x buat puding roti & sos kastard. gandingan yg x dpt dipisahkn. klu x de kuah sos kastard rasa tak kick time mkn puding roti. hanya fanatik puding roti mcm saya je yg tahu hehee...

kebetulan ada saki baki roti gardenia yg hampir tarikh luput & bahan2 mmg dh ada kt rmh mak ni apa lg... main 'campak2' le kita. bkn ssh pn.. resepi pn sempoi sgt. x igt dh resepi asal dr sapa tp hasil google juga lah bertahun yg dulu cuma afne dh adjust ikut tekak afne :)

PUDING ROTI

bahan2 A
  • fresh milk/susu segar (kadang afne taram stok susu HL marigold double h punya utk mkn dgn cereal )
  • 8-9 kpg roti putih (afne selalu guna gardenia)

bahan2 B
  • 2 sudu mkn gula
  • 2 sudu mkn butter
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu mkn tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila (afne sukat 1 penutup botol esen vanila)
  • kismis (blh juga gantikan dgn choc chips atau choc rice)

cara2nya;
  1. koyak roti kpd 2 bhgian. rendam roti dgn susu segar 20-30 mnt (afne rendam selama 1 jam).
  2. panaskn oven (set 10 mnt).
  3. kacau rata (dgn sudu je pn ok) bahan B. afne mulakan dgn gula & butter, kemudian telur ayam, tepung jagung & esen vanila. kacau rata.
  4. sapu nipis loyang dgn butter. tuang separuh adunan B, susunkan separuh roti, taburkan kismis, susunkan baki roti, tuang baki adunan secara rata atas permukaan roti & taburkan kismis lg.
  5. bakar pd suhu 160º-180º (api atas bwh) selama 30-40 mnt (klu suka lbh garing blh tmbh masa membakar).

SOS KASTARD

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu mkn tepung kastard
  • 2 sudu mkn gula

cara2nya;
  1. masukkan bahan dlm periuk kecil & mskkan (sentiasa kacau) atas api sederhana sehingga dapat kelikatan yg anda suka.

sebelum...
     

selepas...

 

haaaaa.... x susah pn kan? bahan pn sng & jimat. yg penting sedap dimakan. blh dimakan panas2 atau sejuk2 keluar fridge nyam nyammmmmm :)

ni fav afne & hana. dh 2 mggu berturut buat puding roti & sos kastard. igt lg kenangan mengandungkan hana dulu suka sgt beli puding roti makcik yg meniaga kuih kat LRT wangsa maju.

fyi, ada mcm2 versi resepi puding roti. yg afne guna ni resepi plg simple. lately ramai blogger up puding roti guna roti butterscotch & nutella. nnti bebila afne nk try juga lah ;)

p/s : utk loyang saiz mcm kek 1 kg tu afne gunakan 12 kpg roti.


8 comments :

watyz said...

resepi ni masih lagi ku guna kan hingga ke kali terakhir ku membuat nye... hahhaha

Hudalatip said...

Aah akak pun suka buat puding roti tau, hari tu ingat nak buat sekali roti dah berkulat la pulak, haihh..makan puding roti ni kalau takde sos kastard memang tak kick..Kalau buat guna butterscotch memang sedap, cubalah..akak dah try.

Afne said...

aty, ko pn suka puding roti yea? aku suka klu kuah sos kastard tu sejuk2 nyam nyammm

Afne said...

alahai kesiannya kak huda. nnti pi kedai beli roti buat puding roti yea. tu la afne tingin gak nk buat yg butterscotch tu.

watyz said...

ko yg bg aty resepi la maksik!!! hehehhe

Afne said...

ehh yeke? siyes aku x igt sbb ramai yg mntak resepi ni haha

++eden|essey++ said...

afne...gune butterscoth roti mmg tersangat la sedap...tuh je yg ja bantai...sbb dah ade rs manis...xyah kismis bagai...cume optional letak choc chip mmg sedap giler...

Afne said...

ja, tu la afne tgk ramai yg guna roti butterscotch tu. insyaallah, nk try juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...