Thursday, June 27, 2013

Kelahiran Hani Hadirah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah, afne sdh slmt melahirkan seorang baby girl seberat 3.09kg pada hari selasa 18/06/13. kelmarin (25/06/13) genap umurnya seminggu, yg mana adalah tarikh edd. bbrp hari sblm afne bersalin, eddy sempat berseloroh... "hana lahir awal 3 mggu, haziq lahir awal 2 mggu, baby ni lahir In Sha Allah awal 1 mggu"

afne nk share pengalaman melahirkan anak ke 3...

7.10 pg - ngam2 lps eddy hntr hana ke sekolah, afne dh turun tanda lendir bercampur darah. masa tu rileks lg cos tak rasa lgsg contraction. mcm yg lps2 jugak, eddy yg kelam kabut nk pegi hospital cpt2 hehe

10.15 pg - gerak ke Hospital Sultanah Nora Ismail dgn 1000 debaran. tunggu giliran utk pemeriksaan & doktor sahkan dilated 2 cm.

11.45 pg - lps eddy selesai dgn proses pendaftaran, afne dimasukkan ke wad 9 (wad menunggu utk ibu2 yg bakal bersalin) & tukar ke uniform hijau. sekejap2 nurse dtg check tekanan darah & ctg, sekejap2 doktor dtg check kedudukan kepala baby. ada 1 masa tu doktor kata tak rasa kepala baby di bhgian bwh & andai kata baby transverse afne kena lahirkan baby secara cesarean. syukur sgt bila scan confirm kepala baby di bwh cuma blm engange. doktor kata tak perlu risau since ini masuk anak ke 3, kepala baby akan engage bila sampai masanya. 

2.15 ptg - afne dh mula rasa contraction 15 mnt sekali. time by time contraction dtg 10 mnt sekali. afne cuba tenangkan perasaan & kuatkan semangat dgn membaca surah yasin & doa nabi yunus berulang kali. nurse psg mesin ctg.

5.00 ptg - contraction dtg 5 mnt sekali selama 20-30 saat. eddy dh sbk tanya nk panggil doktor ke x. kesian juga tgk eddy mcm dh letih temankan dr pg pastu berkejar dgn keje lg.

7.00 mlm - contraction 5 mnt sekali semakin kuat selama 30-40 saat. waktu melawat dh hbs (4.30ptg-7.00mlm sahaja so eddy plan nk blk, mandi & akan dtg ke hospital semula). dlm sakit2 tu pun sempat pakat2 dgn nurse pelatih tgk teduhan kasih hehe... sempat tgk 15 mnt je trs dtg sakit memulas2 & minta doktor check.

7.30 mlm - doktor sahkan dialated 5-6cm. cpt2 call eddy mintak dia patah blk ke hospital sbb afne akan dibawa masuk ke labour room. trs genggam tgn eddy sekuat2 tidak thn sakit sampai menggigil2 sbb tkt terteran pd masa yg salah. otw disorong gunakan wheel chair ke labour room, tiba2 air ketuban pecah & afne dpt rasa sebahagian kepala baby dh keluar. baring je atas katil bersalin, bidan trs check & bgtau dh full term & suruh afne teran. dh x terasa sakitnya tgn kena cucuk dgn jarum.

7.55 mlm - Alhamdulillah, syukur Ya Allah... dgn sekali teran lahirlah anak ke 3 kami. baby diletak atas dada afne utk sentuhan kulit ke kulit selama bbrp mnt. eddy azan & qamatkan. Subhanallah... Allahuakbar... hebatnya kuasa Allah. anak sekecil itu terkebil2 pandang tepat ke mata afne seolah2 dia faham apa yg afne rasakan. terasa hilang semua sakit melahirkan, susah payah mengandung selama 9 bln. sementara baby dibersihkan, dimandikan, disuntik & direkodkan, bidan keluarkan uri & doktor jalankan proses tarik keluar darah beku yg tertinggal di dlm. pasrah aje lah kena godek berkali2. bidan bgtau x perlu jahit sbb x koyak, syukur  alhamdulillah. mcm kelahiran muhamad haziq juga. slps tukar ke uniform pink dgn bantuan nurse, afne diberi mnm air milo suam & diminta breastfeed baby. seronoknya..... dh hampir 2 thn afne tak merasa nikmat menyusukan anak. masa tu afne fikir positif, "kolostrum dh ada utk anak aku". pertama kali disuakan puting ke mulut, baby dh pandai hisap seolah2 dia tahu itu makanan & minumannya :)

8.45 mlm - afne & baby disorong masuk ke wad 10 (wad ibu bersalin). eddy temankn dlm 1/2 jam sblm dia blk berehat di rmh. kesian juga tgk dia dh letih. ini gambar pertama baby...

 2 jam slps dilahirkan

afne cuba lelapkan mata tp x blh lena. ntah knp... mcm2 yg bermain dlm fikiran, terkenang2 pengalaman melahirkan anak2, rindu dgn hana & haziq, ralit belek baby sedangkan baby elok je tido & bgn 2 jam sekali utk menyusu. sejam sekali, nurse dtg check tekanan darah. rasa x sbr tunggu siang sbb x sbr nk blk rmh. mungkin sbb dh kepenatan, afne dpt tido jam 5pg-6pg. rasa mcm dh lama sgt baring-ddk-baring atas katil, lbh kurg jam 7.00pg afne trs masuk toilet utk mandi wiladah. slps sarapan, doktor dtg check condition afne & baby dh buang air kecil/besar maka kami dibenarkan blk slps waktu mkn tghari. eddy dtg jam 11 pg dgn bekal nasi yg mak masakkan. walaupun cuma nasi putih, sup sayur, ikan bilis goreng & bwg goreng dh buat afne cukup berselera mkn. slps selesai bayar bil hospital, lbh kurg jam 2.00 ptg kami gerak blk ke rmh. x sbr nk temukn baby dgn kakak hana & abg haziq.

Alhamdulillah, penerimaan hana & haziq sgt positif. buat masa ni masing2 sbk nk tunjuk sapa yg plg syg baby. moga kalian tetap syg menyayang dlm apa juga keadaan.

 hari ke 2

kami suami isteri sepakat berikn nama baby Hani Hadirah. hani bermaksud kegembiraan, hadirah bermaksud bijak/pandai. percaya atau tidak sejak hari pertama kelahirannya, hani kerap tersenyum. kdg2 bila ddk sorg2 mcm2 perasaan yg dtg... gembira/sedih/hiba/terharu tgk hani hadirah. mcm2 dugaan masa mengandungkanmu nak, tp dgn kehadiran hani menambahkan kebahagian dlm keluarga kami. walaupun sblm ni afne dh ada pengalaman dgn 2 org anak, terasa kehidupan afne berubah. segalanya berubah.

hari ke 6

Alhamdulillah, pd hari ke 6 hani sdh tanggal pusat & disunatkan. mcm bayi2 lain, ada masanya hani ok ada kalanya meragam. dia menangis bila haus/lapar, poo poo & bila dikacau kakak+abg. selebihnya hani sng dijaga & diuruskan.

ok lah, dh cukup pnjg entry ni walaupun byk lg yg afne nk ceritakan kt sini. di kesempatan ni, afne ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan kwn2 mendoakan kami & ucapan tahniah dr kalian.


8 comments :

lia said...

Alhmdlh....

selamat datang, Hani...

Nieza Ishak said...

Tahniahhhhhhhh Afne, alhamdulillah semuanya dah selamat. ;)

~ana~ said...

tahniah afne, alhamdulillah..selamat semua nya....ana sibuk sgt skrg ni..next week dah exam, xtau sempat ke x pegi melawat afne sebelum balik..huhuhu...

Afne said...

tq auntie lia :)

Afne said...

terima kasih nieza. syukur alhamdulillah, dh slmt bersalin.

Afne said...

takpe ana, afne faham ana sbk sgt skrg. In Sha Allah, pnjg umur kita akan jumpa juga 1 hari nnti ;)

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Alhamdulillah ...

Afne said...

tq hani fadhlina :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...