Thursday, April 3, 2014

2D1N @ Lotus Desaru Beach Resort

percutian pendek yg tidak dirancang. biasa lah eddy kan..... sehari sblmnya dia kata nk bawak kitorg pusing2 kl pastu kata jb pastu tetiba je kitorg dh sampai Lotus Desaru Beach Resort.

gambar dr wesite

dtg sana dh lewat dh lbh kurg 3-4 ptg main terjah je reception tanya ada bilik kosong ke x. kt sini semua style apartment 1, 2 & 3 bilik. kitorg amik yg apartment 1 bilik design 2 tingkat. 1st time stay hotel mcm ni lain dr yg lain tp agak bahaya utk anak2 kecil.


tingkat atas ada bilik tido (open), bilik air, almari & meja solek.  best bilik air dia bsr & bath tub bsr ala2 jakuzi. puas le diorg mandi manda dlm bath tub tu.




kt bwh tu ada ruang tamu, sofa, air-conditioner, tv, meja tulis, almari, fridge, kitchenette dgn coffe & tea making facilities, meja mkn, microwave, fridge 1 pintu & toilet . balkoni pn luas (lupa nk snap). spacious enough utk kami sekeluarga :)






mlm tu kitorg dinner kt Restoran Terapung 'Seafood' Bujang Firefly. perrgghhhhh nama dia. nk pegi ke restoran ni kena masuk dlm lalu kebun2 kelapa sawit tetiba nmpk cahaya terang. nama pun restoren terapung jd harus lah mkn atas air sungai pastu bila bot lalu kita yg rasa goyang2 hehe... kt sini ada bilik sewa utk sapa2 yg nk bermalam tepi sungai. ada juga bot utk pusing2 area sungai tgk firefly (kunang2). bayaran x pasti sbb kami x naik pn.

anak2 mmg seronok sbb dpt tgk belangkas, ketam, ikan2 yg dibela dlm sangkar keliling restoran. walaupun tmpt tak lah segah & secantik senibong tp afne nmpk kt wall mmg byk gambar artis yg pernah dtg ke sini. gambar kenangan tepi sungai.... alamakkkkkk haziq korek hidung apesal?! hahahaaaa


mlm tu beli ole2 ikan masin siakap yg dijual kt restoran. 1st time goreng garing x masin sgt pn sedang elok. lama sgt x gi jln2 dgn kak rin, dulu ddk kl rajin dtg melawat family kitorg. gambar dlm gelap memasing mata dh mcm mata kucing hehe...


esok paginya anak2 kemain awal bgn tido ajak mandi manda. lps breakfast apa lg masing2 tukar baju mandi. afne mmg x join lah sbb pegang hani. takat celup2 kaki blh la hehe... korg tgk je lah gmbr2 kt bwh ni yea








slide yg hana & nadiah naik kt bwh ni mmg best sbb slide-pool-slide-pool-slide manjang & sesuai utk org dewasa jugak.



haziq biar ayah yg bwk naik slide sbb ibu mls nk basah2 sgt.







'air kelapa' yg sentiasa penuh org tunggu kt bwh tu termasuklah anak2 saya hehe...


Alhamdulillah, seronok bila tgk anak2 seronok. walaupun water park dia tak sebesar sunway lagoon tp mmg best. k lah, br tayang gmbr tuan punya blog dgn anak dara kecik dia :)


blk apartment hani tido lena mcm dia yg main air hehe....


sbnrnya byk tmpt menarik dlm kawasan Lotus Desaru Beach Resort selain water park. kitorg mmg x sempat nk explore. katanya ada swimming pool, ada tmpt bbq, aktiviti naik basikal berkembar, live band & mcm2 lg. takpe lah, klu ada rezeki next time blh dtg lg kita plan cuti btl2. btw, tq abg bawak kitorg jalan2 walaupun sekejap tp seronok :D


2 comments :

Nurulhuda Abdul Latip said...

Akak dah pergi sini memang best kan mujur masa tu takde baby lagi..Kalau ada baby risau jugak asik nak turun naik tangga..Kebetulan arini pun akak buat post bercuti ke bayu marina resort jb jer..

Afne said...

Best kan kak huda. Cuma bila ada baby ni terhad sikit la nk kuak lentang dlm kolam mcm diorg tu hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...