Thursday, November 27, 2014

Merah Inai Di Jari

hana lah ni yg sbk sgt nk pakai inai. dia mmg suka pakai inai sampai hbs stok inai tiub yg maktok beli kt mekah dulu. 2 hari lps dia kemas2 terjumpa baki 1 tiub inai itu pun dh tinggal sikit. tak menyabar suruh makde pakaikan tp baru 15 mnt dh cuci x merah la kuku tu. pastu dia sbk suruh beli lg. pegi kedai tp btl2 tinggal 1 je stok kt kedai. bila pakai dpt 5 kuku je! pakai dkt sejam pn warna oren pudar. kesian tgk muka kakak nmpk kecewa.

mlm kelmarin ikut ucu dgn cik jerin, blk2 dpt inai free cik jerin belikn. dr mlm sampai ke pg esoknya sbk la hai pegang inai tu x sdh2. kang klu pakai mlm tu juga blm sempat hbs sapu inai dia dh terlelap (hana mmg jns tido awal). pg tu lps breakfast & mandi dia senyap je igt tgk tv rupa2nya hbs dh 10 jari dia sapu inai. gigih btl lah kakak ni sampai comot2 hehe...  kagum btl dgn kesungguhan dia nk pakai inai tu, afne ratakan semula yg mana x rata & sambung ke jari kaki. fikir2 blk bgs juga aktiviti mcm ni kan bonding time dgn anak. sejam slps tu.....


ambooooiiii kakak, merah! ehhh kakak... knp jari2 nmpk domok je dlm gambo? mesti lah dia happy sbb warnanya merah terang walaupun comot2. pastu siap kira2 tgk kalendar nnti naik sekolah dh hbs ke inai tu hehe. haaahhhh... ni gambo hana pakai inai tahun lps


gmbr dr entry ini

masa kecik2 dulu rajin juga pakai inai daun dgn arwah ida. tp time cuti sekolah aje lah sbb dulu cikgu x bg murid2 pakai inai (ehh skrg dh blh ke?). petik daun inai blkg rmh je pastu mak tumbuk lumat campo nasi skt utk bg inai tu melekat elok kt jari. pastu nk tido balut tgn dgn plastik. bgn tido dok gonyok basuh jari masing2. bandingkan kuku sapa plg merah. semua tu tinggal kenangan... arwah tetap dlm kenangan & pokok inai tu pn dh mati lps banjir thn 2006 dulu. Al-Fatihah utk arwah Noor Aida Binti Nordin & arwah Mohd Nazri Bin Nordin...

apa2 pun inai daun juga yg 'champion' kan warnanya tahan lama kt kuku sampai hbs kuku tu tumbuh x mcm inai2 segera dlm tiub tu kdg warnanya memudar.


p/s : kak ros, klu nk inai bgtau lah ye nnti aku belikn tp x blh janji dpt poskan cpt ;)


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...