Monday, January 5, 2015

Gulai Tempoyak Ikan Manyung/Ikan Duri

al-kisahnya, eddy gi memancing sblm kitorg bercuti aritu. katanya naik bot dr kawasan muar & sblm subuh tu dh blk. tgk2 ada ikan manyung/ikan duri, ikan gelama & ikan pari. not bad lah kannnn...... sesekali swing joran pulokkkk


k, berbalik kpd tajuk. adoooiiii... kembang kempis kembang kempis hidung waktu siang ikan ni sbb bau dia blh thn hanyir. potong2, buang perut, buang insang & rendam dgn air asam jawa. biasanya org msk asam pedas atau msk lemak cili api tp afne cuba gulai tempoyak...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


mula2 msk tu mcm x confident je kan tp eddy komen "ok, blh thn". dia mmg gitu... toksah le harap dia bg brp bintang ke kabo sedap ke hape. tp dia mkn bertambah :)

x tau le cara korg msk camne tp ini cara afne...

bahan2;
5-6 ekor ikan manyong/ikan duri saiz sederhana kecil - potong2, bersihkan, cuci, rendam air asam jawa.
* 2 biji bawang besar
* 5-6 biji bawang kecil
* 2 biji bawang putih
* 10 biji lada merah (nk pedas kaw blh tambah cili api)
* 2 inci halia
* 2 inci lengkuas
* 1-2 inci kunyit hidup
2 btg serai - dititik
air asam jawa/2 kpg asam gelugor
air - ikut nk kuah byk mana
4-5 sudu mkn tempoyak
garam secukup rasa

cara2nya;
1. tumbuk bahan bertanda *.
2. masukkan bahan yg ditumbuk bersama bahan2 lain ke dlm periuk kecuali ikan. biarkan mereneh hingga kuah pekat.
2. masukkan ikan & biarkan msk. kacau sekali sekala utk elakkan isi ikan hancur.


3 comments :

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

afne ikan mayung ni sedap buat masak kari, gulai , asam pedas pun terbaik .. tp bab nak siang tu mmg bau sikit ;-)

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

afne ikan mayung ni sedap buat masak kari, gulai , asam pedas pun terbaik .. tp bab nak siang tu mmg bau sikit ;-)

Afne said...

diana, kt rmh x pernah beli ikan manyung ni. tu yg 1st time msk. lembut isi ikan ni yea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...