Friday, June 17, 2016

Ketam Telur Masin

meh nk share resepi ketam telur masin afne amik dr internet. teringat2 lah pulak ketam masak telur masin masa mkn kt Anjung Senibong Seafood aritu tp kt area sini payahnya nk mencari ketam nipah/bangkang. maka ketam bunga menjadi mangsa ekekekekkkkk... kebetulan dpt saiz bsr2 mmg puas hati mkn!


Ketam Telur Masin

bahan2;
5 ekor ketam bunga - buang cengkerang atas, setiap ekor potong kpd 2 bhgian, cuci & toskan. ketuk2 skt kaki ketam supaya mudah nk mkn nnti.
sedikit tepung jagung
sedikit lada sulah
4 biji telur masin
4 pelepah daun kari (ambil daunnya sahaja)
4 biji bwg putih - dicincang
bbrp biji cili api (nk lbh pedas bubuh le byk2) - dipotong2
125 gram butter (separuh dr 1 blok saiz standard tu)
1/2 tin susu cair

cara2nya;
1. rebus telur masin, ambil isi kuningnya sahaja & sebiji isi putihnya kemudian hancur2kan dgn garfu. ketepikan.
2. campurkan ketam dgn tepung jagung & lada sulah kemudian gorengkan sebentar sahaja x perlu lama2 sgt. ketepikan.
3. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg putih & cili api. bila dh naik wangi masukkan daun kari hingga agak kering.
4. masukkan telur masin, kacau sebati kemudian masukkan susu cair, kacau2 & biarkan hingga berbuih.
5. masukkan ketam td & gaul hingga semua sebati bersalut.

sblm ni igt leceh nk msk ketam telur masin, rupa2nyaaaaaaaaa mudah sgt! rasanya lemak2 masin gituuuuuuuuuuuuuuuu. korg dg cuba?


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...