Thursday, June 16, 2016

Mee Kari

time2 puasa ni la hai tekak teringin mcm2... mee kari pulak tu (ehh bkn ko mmg jns teringin sepanjang masa?! πŸ˜…)

fyi, afne mmg x brp reti msk gulai kari kikikiiii... pengakuan jujur ni hah pernah korg baca entry afne msk kari? nan hadoooo. aritu blk kg belajar msk kari ikan tongkol dgn mak. mmg terbaik lah mak msk sampai anak2-menantu2-cucu2 mkn bertambah nasi 😁

dahhh... x mo cerita pnjg jom check resepi simple yg afne campur aduk belajar dr mak & google internet. ni agak2 portion utk 3-4 org mkn yea.

Mee Kari


bahan2 utk kuah mee kari;
* 1-2 biji bwg bsr (bergantung saiz bwg tu afne guna 2 biji sbb bwg agak kecik)
* 4-5 biji bwg merah
* 2-3 biji bwg putih
* halia anggaran sebesar ibu jari
* 2 sudu mkn cili blend
4 sudu mkn serbuk kari ayam/daging (afne guna brand adabi) - bancuh sedikit air
rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
1 btg serai - dititik
3 tangkai daun kari
1/2 peket fishball - belah 2, basuh & toskan
2 btg fishcake - potong2, basuh & toskan
asam jawa - bancuh dgn air
2 cwn air
1 kotak kecik santan (afne guna brand kara)
garam & gula secukup rasa

bahan2 utama yg lain;
1/2 kg mee kuning - dicelur sebentar dgn air panas & toskan
segenggam taugeh - basuh, dicelur & toskan. klu suka mentah x perlu celur
bbrp btg sayur sawi - basuh, potong2 & dicelur & toskan
2 kpg tauhu bsh - digoreng & potong2
2 biji telur ayam - direbus & belah 2
bbrp biji limau nipis

fuhhhh.. nmpk bahan pnjg berjela kan tp sonang je nk msk sbnrnya 😁

cara2nya;
1. blend bahan bertanda *.
2. panaskan sedikit minyak utk menumis, masukkan daun kari hingga agak kering & tumis bahan yg diblend bersama serai hingga wangi & terbit minyak.
3. masukkan bancuhan serbuk kari & tumis hingga btl2 msk.
4. masukkan ayam hingga separa masak.
5. masukkan air asam jawa, fishball, fishcake & biarkan hingga menggelegak.
6. masukkan santan & sentiasa kacau hingga masak supaya tak pecah minyak.
7. perasakan garam & gula secukup rasa. siap.

waktu nk mkn... bubuh mee dlm mangkuk, curah kuah kari berserta isi, hiaskan bahan2 utama yg lain & perah limau nipis. klu nk lg pedas blh tabur potongan cili. perghhhh menjilat chopstick wa ckp luuuuu! klu ada isi kerang, udang & sotong mesti lg terangkat ye dak?! 

mee kari ni menu iftar hari puasa ke 6. selain tu afne sediakan sosej roll, buah potong (rajin pulak eddy nk potong & susun cantik2 mcm kt hotel katanya), air teh o madu panas & air teh o ais limau.




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...