Friday, June 3, 2016

Sagu Gula Melaka

haaaa... pg td share idea menu lunch, ni nk share idea dessert pulak. sedap ni mkn sejuk2 keluar dr fridge. klu idok takkan le anak2 & eddy mkn berulang kali kannnnn. blh gak repeat utk bulan puada nnti.

meh afne share resepi memandai2... refer gak kt internet tp igtkn dlm kepala je sbb sgt lah mudah nk membuatnya.

Sagu Gula Melaka


bahan2;
sagu - afne guna 1 pek beli kt pasaraya
sedikit garam
gula melaka - 1 ketul mencukupi
1 tin susu cair

cara2;
1. rebus sagu dgn sedikit garam & air. ulang tambah air hingga hilang mata putih sagu. kena rajin kacau sbb byk kanji tkt melekat/hangus di bhgian bwh periuk.
2. sambil tunggu sagu msk elok, masakkan 1 tin susu air dgn 1 tin air serta sedikit garam. biarkan sejuk suhu bilik sblm disimpan di dlm fridge.
3. masakkan gula melaka dgn sedikit air hingga mendidih. tapis, sejukkan suhu bilik & simpan dlm bekas bertutup (tkt semut hurung pulak kan).
4. bila sagu dh msk elok, letak sagu dlm penapis halus & lalukan air msk utk buang kanji berlebihan. masukkan sagu ke dlm bekas (afne letak bekas taufufa sng time mkn amik 1 portion je sekali hadap hehe). sejukkan ke suhu bilik & sejukkan di dlm fridge.
5. waktu nk mkn curahkan air susu cair & bbrp sudu air gula melaka mengikut kesesuaian. tp mcm afne dh siap2 masukkan air gula tu dlm setiap bekas sagu so waktu nk mkn tinggal curah air susu sahaja.

ni gmbr masa hana mkn tanpa menghiraukan 2 props blkg yg syok sendiri tu... hani mmg suka menyakat abg haziq, pastu nnti dia yg menangis bila abg mrh hahahhaaa






No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...