Monday, December 30, 2019

Program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) SATBP Tahun 1 2020

Salam semua.

1st time Hani pakai full uniform utk hadiri Taklimat Ukhwah SATBP Tahun 1 2020 dari jam 8 pg hingga 12.30 tghari. Blh dikatakan sbg program orientasi darjah 1 sekolah agama. Suai kenal antara guru dan pelajar. 


Gambar-gambar kt bwh ni antara yg dikongsikan oleh ustazah dr group WA.





Selesai pendaftaran dan taklimat, pelajar dibahagikan kpd 2 kelas & ustazah tunjukkan kawasan sekeliling sekolah kemudian masuk ke kelas utk jwb soalan ujian ringkas & belajar huruf jawi.




Ibu dtg awal nk skodeng br naik tangga dh dgr jelas suara hani baca alif ba ta. Hampir separuh kelas dh tak ddk setempat. Maklum lah dh lama sgt cuti sekolah & selalunya tadika atau pra sekolah blk 11.30 pg. Masing-masing nmpk ibu/bapa tunggu di luar kelas dh tak sbr nk keluar 


Alhamdulillah, semua murid diberi sijil kehadiran program MUS. Syukur takde yg meragam sbb masing-masing dh pernah bersekolah so takde masalah bergaul dgn kwn-kwn baru. Dlm kelas ni Hani ada 4-5 org kwn yg sama-sama belajar di pra sekolah 2018-2019 dan akan sama-sama belajar di tahun 1 sekolah kebangsaan nnti.


Saturday, December 28, 2019

Cuti - Cuti Langkawi Day 3 : Gunung Raya

Dari Langkawi Adventure & Xtreme Park, kami singgah ke Gunung Raya. Ala-ala menjejak kenangan 10 thn yg lps percutian pertama kami ke Langkawi (masa tu Haziq blm pun setahun). Blh tgk entry ini.

Tangka rupa-rupanya tmpt ni dh ditutup. Terkilan rasanya tgk keadaan bangunan & tower yg lusuh terbiar. Dulu masa kami ke sini cuaca mmg sejuk (spt Genting Highland) dan berpeluang naik ke lookout tower nmpk pemandangan yg sgt cantik... lautan, pulau-pulau & bhgian negara Thailand. Semuanya msh segar dlm ingatan.






Sampai saja di hotel anak-anak dh sbk mandi pool. Ayah dan ibu layan ngeteh dulu sementara anak-anak mandi manda.


Sempat lg tu lyn main benda ni sblm ke pasar malam.


Suasana pasar malam penuh dgn pengunjung. Tgk mknn mnmn semua sedap-sedap yg mana berkenan kami tapau utk mkn di hotel. Percaya tak ini kali pertama kami bawa anak-anak ke pasar sejak pindah dr KL.


Mlm tu kami keluar mendobi baju bajan. Idea ayah katanya mudah nnti blk rmh tak pyh basuh byk-byk lg pun tgh musim hujan. Ibu pun apa lg sumbat semua baju kotor dlm beg troli selamba tolak ke kedai dobi.



Friday, December 27, 2019

Cuti - Cuti Langkawi Day 3 : Langkawi Adventure & Xtreme Park

Hari ke-3 di Langkawi kami bawa anak-anak ke Morac Adventure Park. Mungkin kerana rules baru ke apa, ketinggian (pnjg kaki) anak-anak tak mencukupi utk melayakkan diorg pandu sendiri go-kart tu. Harga pn tak masuk akal RM75 utk 10 mnt sahaja! Jadi kami pusing-pusing sekitar cenang & singgah mkn laksa ikan sekoq. 


Pemandangan cantik tepi pantai dan kerap dokeutkan dgn bunyi pesawat berlepas dan mendarat. Tp bg Afne rasa laksa tu bkn lah tak sedap tp so-so sahaja (trs teringat laksa yg mak aji kerap buat). Mungkin sbb afne pilih ikan sekor tu so kuahnya cair saja. Rata-rata kedai jual cendol dlm cawan alamakkkkk potong stim btl jd kami order kan ABC special utk anak-anak.

Selesai mkn kami trs ke Langkawi Adventure & Xtreme Park dan dgn baki bbrp jam kami hanya dpt ambil pakej RM99 utk 3 aktiviti jd kami pilih ATV's Adventure, Go-Kart Racing & Flying Fox (FOC 7D Cinema). Jadi lah kan buat pujuk hati anak-anak.









Thursday, December 26, 2019

Cuti - Cuti Langkawi Day 2 : Kilim Karst Geoforest Park

Holiday ke Langkawi kali ni mmg kami nk tenang-tenang je so tmpt yg pernah dikunjungi kami tak masukkan dlm jadual.

Slps breakfast kami trs ke Kilim Karst Geoforest Park utk magrove tour. Kami ambil private boat (tak campur dgn pelancong lain) utk tour selama 3 jam. Dua family naik dgn 4 org dewasa & 5 kanak-kanak.


Selesai anak-anak tukar baju mandi kami pusing-pusing tgk bot yg berlabuh di dpn.



Utk naik bot mangrove tour perlu jalan kaki masuk ke dlm lbh kurg 100-200 meter. Persinggahan pertama diruju ialah Gua Kelawar tp memandangkan terlampau ramai pelancong luar negara yg beratur dr jeti hingga ke mulut gua jd kami batalkan niat utk berhenti dan trskan ke destinasi seterusnya.






























































Selesai mandi & solat Zuhur, geng mak-mak bawa rombongan ke Kompleks HIG memborong coklat, gula-gula, senduk, sudu, garfu, kain pelikat, kain batik & minyak gamat. Tak cukup setempat kami sempatkan ke Coco Valley & The Zon.


Dalam pd tu ayah whatsapp gmbr-gmbr abg memancing. Tak sangka ini kali pertama tp abg dpt pancing 8 ekor ikan kerapu! Well done abg. Blk ke hotel mmg bersungguh dia cerita 'kemenangan' dia 



Ikan-ikan tu geng apak hntr ke kedai utk dijadikan lauk mkn mlm. Slps solat Isyak kami ramai-ramai menjamu selera dgn lauk siakap stim halia, ikan kerapu goreng kicap cili, sotong goreng telur masin & sayur baby kailan. Sgt menyelerakan. 


Fav spot anak-anak. Bila berkumpul sblm atau slps blk dr mana-mana mesti akan singgah main games kt sini dulu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...