Showing posts with label Hani Hadirah. Show all posts
Showing posts with label Hani Hadirah. Show all posts

Monday, December 30, 2019

Program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) SATBP Tahun 1 2020

Salam semua.

1st time Hani pakai full uniform utk hadiri Taklimat Ukhwah SATBP Tahun 1 2020 dari jam 8 pg hingga 12.30 tghari. Blh dikatakan sbg program orientasi darjah 1 sekolah agama. Suai kenal antara guru dan pelajar. 


Gambar-gambar kt bwh ni antara yg dikongsikan oleh ustazah dr group WA.





Selesai pendaftaran dan taklimat, pelajar dibahagikan kpd 2 kelas & ustazah tunjukkan kawasan sekeliling sekolah kemudian masuk ke kelas utk jwb soalan ujian ringkas & belajar huruf jawi.




Ibu dtg awal nk skodeng br naik tangga dh dgr jelas suara hani baca alif ba ta. Hampir separuh kelas dh tak ddk setempat. Maklum lah dh lama sgt cuti sekolah & selalunya tadika atau pra sekolah blk 11.30 pg. Masing-masing nmpk ibu/bapa tunggu di luar kelas dh tak sbr nk keluar 


Alhamdulillah, semua murid diberi sijil kehadiran program MUS. Syukur takde yg meragam sbb masing-masing dh pernah bersekolah so takde masalah bergaul dgn kwn-kwn baru. Dlm kelas ni Hani ada 4-5 org kwn yg sama-sama belajar di pra sekolah 2018-2019 dan akan sama-sama belajar di tahun 1 sekolah kebangsaan nnti.


Saturday, November 23, 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelas 2019

Salam semua.

Hjg sesi persekolahan sememangnya sbk dgn majlus anugerah dan jamuan sebegini. Jd ibu dh sediakan sedikit cenderahati utk cikgu yg mengajar anak-anak. Dlm sampul tu berisi diari/planner utk thn 2020.


Yg ni pula mini planner 2020 utk kwn sekelas. Ibu order dr shopee dpt free buku yasin & bookmark thn 2020 😊


Ok, ibu mulakan dgn cerita kelas kakak. Utk kelas 6 Waja ibu sumbangkan sandwich & creampuff. Alhamdulillah, murah rezeki byk mknn dan mnmn yg ibu bapa sumbangkan walaupun makluman saat akhir. 






Selesai jamuan akhir tahhn, cikgu bawa anak-anak ini bermain bowling & karaoke. Semoga jd kenangan manis mereka bersama. 






Kakak dpt cenderahati dr Cikgu Wanaz dan kwnnya bernama Yusuf


Utk jamuan kelas 4 Waja ibu sumbangkan mihun goreng, kek pisang & air kotak. Alhamdulillah byk juga sumbangan dr ibu bapa yg lain. Anak-anak tentunya seronok.




Jamuan akhir thn kelas Hani diadakan 2 hari lbh awal dgn gabunga 3 kelas prasekolah. 



Alhamdulillah, setiap anak prasekolah diberikan beg yg berisi beg sekolah, pensel warna, buku mewarna dan alatulis. Trm ksh cikgu, jimat keperluan sekolah Hani utk thn dpn 😁


Utk jamuan akhir tahun kelas sekolah agama kelas kakak dan abg pun sumbangkan yg simple sahaja menu mihun goreng, kek pisang & air kotak. 

Sbnrnya ibu terasa sedih memandangkan kakak akan meninggalkn sekolah rendah, abg akan berganti guru kelas dan Hani akan memulakan alam persekolahan sebenar di aliran perdana yg memerlukan dia lbh berdikari dr skrg. Begini lah kehidupan... Ada pertemuan dan ada perpisahan. Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Ibu mendoakan semoga semuanya akan baik-baik saja dan tahun dpn lbh baik dr tahun-tahun sblmnya, In shaa Allah.


Sunday, November 17, 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Pra Amanah SKL1 2019

Atas inisiatif cikgu yg mahukan kelainan utk anak-anak pra. Ini majlis terakhir yg melibatkan ibu bapa. Jamuan akhir thn nnti hanya utk pelajar dan cikgu sahaja.

Tarikh : 15/11/2019
Hari : Jumaat
Tempat : Restoran CS Din, BP
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

Masuk je restoran ni dh kecoh dgn suara anak-anak. Sungguh la cikgu-cikgu sgt sbr melayan karenah diorg setiap hari sekolah. Klu ibu mau dh keluar suara tarzan 🤣

Majlis dimulakan dgn ucapan alu-aluan & trs acara memotong kek... 


Cikgu tempah kek khas gmbr mereka sekelas




Pelbagai menu yg dihidangkan tp tak sempat snap semua. Ada air oren, nasi goreng seafood, spaghetti bolognese, spaghetti cabonara, nugget, sosej, meatball, ayam grill, ayam goreng & buah honeydew. 


Anak-anak dgn sbr menunggu semua menu dihidangkan. 







Ibu-ibu tlg ambilkan anak mknn. Klu diorg ambil sendiri mau berkecah dibuatnya 😅


Ok, dh blh mkn. Bismillah... 





Angkut sekali kakak, abg & Hafsyah. 


Sesi cabutan bertuah. Saja buat utk suka-suka sbg kenang-kenangan. Blh guna kan semua benda2 tu 😁


Ibu dgn nombor 5 fav ibu 😬


Hadiah birthday anak-anak dpt tabung. Trm ksh cikgu 😘


Sesi bergambar pelajar Pra Amanah.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Syabas buat Cikgu Fuzah & Cikgu Siti  yg mengurus hingga ke akhir majlis, ibu bapa yg sporting & anak-anak comel yg bg kerjasama dgn baik. Moga menjadi kenangan manis utk kita semua. 




Hani sempat bergambar dgn kwn baiknya Syarifah Raudhah. Hari terakhir dpt jumpa sblm odah bercuti pnjg & berpindah sek keb yg lain thn hadapan. 


Happy nya hani 😍



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...