Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Sunday, December 8, 2019

Restoren Mai Salai, Pedas

Salam semua.

Meh nk share kedai mkn sedap. Berbaloi turun tol semata-mata nk merasa lauk pauk msk lomak cili api. 2 gmbr ni sumber google yea 😉


Antara seleksi lauk yg ada...


Ok, exit tol Pedas Linggi, belok kanan, jln trs sampai lah jumpa kedai mkn Mai Salai sebelah kiri korg. Afne pn br 1st time dtg situ masa otw ke KL. Tp minta maaf tak dan snap gmbr trs bismillah. Tak putus pelanggan yg dtg ke kedai ni.


Afne tanya kakak yg kira mkn dia kata nama benda ni rendang pegaga. Mula-mula igt thn lama ke tkt basi. Rupa-rupanya dia msk garing crispy crunchy dan takde rasa rendang lgsg! Mmg sedap berasa rempahnya. Haziq dgn Hani pun suka buat kudapan dlm kereta. Apa rasanya? Ala-ala kerepek peria tu.

The next day otw blk BP, Afne request lg nk mkn di kedai yg sama. Kali ni puas hati semua lauk msk lemak itik, ayam kg, ikan keli, daging kita try. Sayur asam btg keladi tu pun ya ampun sedap! Nyum nyummmmm....


Repeat lg kuih bakar. Smlm beli sebekas je hbs trs sekali hadap. Eddy beli boko ubi pn sedapnyaaaaa rasa manis lemak masin cukup.


Katanya area situ ada bbrp lg kedai mkn lauk salai. Maybe blh try next time, In Shaa Allah.


Friday, December 6, 2019

Masak Dan Makan - November 2019

Salam semua.

Pantasnya masa berlalu dan kita sdh pun berada di bln terakhir thn 2019. Rasa mcm byk lg yg blm diselesaikan. Tp syukur atas rezeki yg Allah beri. Sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmahnya, In Shaa Allah.

Ok jom Afne kongsi gmbr mknn sepanjang bln Nov. Mana tahu dpt juga bg idea mungkin utk Afne sendiri kannnnn



Hjg mggu kebiasaannya kami bawa anak-anak mkn di luar. Kdg-kdg mkn di rmh pn blm tentu dpt mkn sama-sama atas kesibukan kerja dan sekolah.










Masa ni kakak buat aiskrim magnum homemade. Mudah je rupanya asalkan bahan mencukupi. Hanya perlukan susu cair, susu pekat, ovalette, coklat masakan & plastik aiskrim. Nnti Afne ada masa Afne share resepinya.



















Ok, cukup dh rasanya ni. Dh plan apa menu utk bln Disember? Maybe blh search label masak atau label makan utk lbh perkongsian yg berkaitan. TQ sudi singgah sini.


Saturday, November 23, 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelas 2019

Salam semua.

Hjg sesi persekolahan sememangnya sbk dgn majlus anugerah dan jamuan sebegini. Jd ibu dh sediakan sedikit cenderahati utk cikgu yg mengajar anak-anak. Dlm sampul tu berisi diari/planner utk thn 2020.


Yg ni pula mini planner 2020 utk kwn sekelas. Ibu order dr shopee dpt free buku yasin & bookmark thn 2020 😊


Ok, ibu mulakan dgn cerita kelas kakak. Utk kelas 6 Waja ibu sumbangkan sandwich & creampuff. Alhamdulillah, murah rezeki byk mknn dan mnmn yg ibu bapa sumbangkan walaupun makluman saat akhir. 






Selesai jamuan akhir tahhn, cikgu bawa anak-anak ini bermain bowling & karaoke. Semoga jd kenangan manis mereka bersama. 






Kakak dpt cenderahati dr Cikgu Wanaz dan kwnnya bernama Yusuf


Utk jamuan kelas 4 Waja ibu sumbangkan mihun goreng, kek pisang & air kotak. Alhamdulillah byk juga sumbangan dr ibu bapa yg lain. Anak-anak tentunya seronok.




Jamuan akhir thn kelas Hani diadakan 2 hari lbh awal dgn gabunga 3 kelas prasekolah. 



Alhamdulillah, setiap anak prasekolah diberikan beg yg berisi beg sekolah, pensel warna, buku mewarna dan alatulis. Trm ksh cikgu, jimat keperluan sekolah Hani utk thn dpn 😁


Utk jamuan akhir tahun kelas sekolah agama kelas kakak dan abg pun sumbangkan yg simple sahaja menu mihun goreng, kek pisang & air kotak. 

Sbnrnya ibu terasa sedih memandangkan kakak akan meninggalkn sekolah rendah, abg akan berganti guru kelas dan Hani akan memulakan alam persekolahan sebenar di aliran perdana yg memerlukan dia lbh berdikari dr skrg. Begini lah kehidupan... Ada pertemuan dan ada perpisahan. Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Ibu mendoakan semoga semuanya akan baik-baik saja dan tahun dpn lbh baik dr tahun-tahun sblmnya, In shaa Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...