Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Thursday, December 5, 2019

Frozen 2

Musim cuti sekolah gini lah byk movie yg sesuai utk tontonan kanak-kanak. Dari awal cuti adjust masa nk spend tgk movie Frozen 2 tp asyik tak menjadi. Last-last kami sempatkan juga masa ke KL atas urusan rmh sewa.


Amboi la haiiiiii... kaki yg kecik tu pandai btl posing. Takde sapa pn ajar 😂


Kakak biasalah semua tmpt dia nk posing mosing 😬


Komen? Best best besttttttt.... lagu sedap, jln cerita pn lbh adventure dr Frozen 1. Moral cerita ni of course lah kasih syg keluarga. Hafsyah cuma kecewa skt sbb takde lagu Let It Go 😅.

Abg dh request nk tgk Ejen Ali pulak. In shaa Allah, ada rezeki kita pergi tgk sama2 yea bang ☺️


Wednesday, December 4, 2019

Studio Suite, The Boulevard Hotel Kuala Lumpur

Salam semua.

Saja nk share experience kami menginap di Studio Suite, The Boulevard Hotel Kuala Lumpur. Kebiasaannya kami tempah bilik Deluxe sahaja.






Mula-mula kami masuk dh wowwwww bsrnya bilik ni! Sepadan lah dgn harganya. Sgt selesa siap tambahan 1 katil (dihantar slps Afne snap gmbr-gmbr ni). 

Toilet dia cantik, bsr dan tak pyh gaduh-gaduh rebut cermin kikikiiii...




Pemandangan luar bilik. KL mmg never ending story dgn traffic jam & pembangunan sana sini 😅



Selit gambar hani masa nk check in 😅




Tuesday, November 19, 2019

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Cerita hujung minggu hari Sabtu yg lps. Ibu dh siap-siap nk ke office tup-tup ayah ajak semua ikut dia tournament kt IOI Palm Villa Golf & Coountry Resort. Mcm biasa pandai-pandai lah bawa diri dgn anak4 cr mkn ke cuci poket ke 🤭


Hafsyah sblm tertidur dlm kereta. Amboi skrg ni kuat bergaya mengalahkan kakak hani 😅

Selepas drop kan ayah kami trs ke Aeon Mall Kulaijaya. Port biasa klu ikut ayah main golf area kulaijaya.




Tgh mencari tmpt ddk ternampak family pakcik (adik mak) tgh lunch. Apa lg borak sakan lah Cik Sal yg awet muda walaupun dh nk masuk 3 org cucu.


Gambar kenang-kenangan kami bersama.


Shopping mall ni tak byk sgt pilihan kedai mkn tp anak-anak suka sbb byk tarikan permainan slh satunya train ni.


Ibu pn pernah naik dulu tp kali ni bg cahnce kat anak4 saja. Saja posing cover perut 🤣


Takde shopping apa pun saja layankan anak4 mkn, pusing-pusing, main-main playground, mkn lg & ke kedai buku.


Abg suka sgt klu dpt mkn De Laksa ni. Cuma kt BP takde branch nya. Bau kuah laksa ni dr jauh nk memanggil-manggil.




Sunday, November 17, 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Pra Amanah SKL1 2019

Atas inisiatif cikgu yg mahukan kelainan utk anak-anak pra. Ini majlis terakhir yg melibatkan ibu bapa. Jamuan akhir thn nnti hanya utk pelajar dan cikgu sahaja.

Tarikh : 15/11/2019
Hari : Jumaat
Tempat : Restoran CS Din, BP
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg

Masuk je restoran ni dh kecoh dgn suara anak-anak. Sungguh la cikgu-cikgu sgt sbr melayan karenah diorg setiap hari sekolah. Klu ibu mau dh keluar suara tarzan 🤣

Majlis dimulakan dgn ucapan alu-aluan & trs acara memotong kek... 


Cikgu tempah kek khas gmbr mereka sekelas




Pelbagai menu yg dihidangkan tp tak sempat snap semua. Ada air oren, nasi goreng seafood, spaghetti bolognese, spaghetti cabonara, nugget, sosej, meatball, ayam grill, ayam goreng & buah honeydew. 


Anak-anak dgn sbr menunggu semua menu dihidangkan. 







Ibu-ibu tlg ambilkan anak mknn. Klu diorg ambil sendiri mau berkecah dibuatnya 😅


Ok, dh blh mkn. Bismillah... 





Angkut sekali kakak, abg & Hafsyah. 


Sesi cabutan bertuah. Saja buat utk suka-suka sbg kenang-kenangan. Blh guna kan semua benda2 tu 😁


Ibu dgn nombor 5 fav ibu 😬


Hadiah birthday anak-anak dpt tabung. Trm ksh cikgu 😘


Sesi bergambar pelajar Pra Amanah.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Syabas buat Cikgu Fuzah & Cikgu Siti  yg mengurus hingga ke akhir majlis, ibu bapa yg sporting & anak-anak comel yg bg kerjasama dgn baik. Moga menjadi kenangan manis utk kita semua. 




Hani sempat bergambar dgn kwn baiknya Syarifah Raudhah. Hari terakhir dpt jumpa sblm odah bercuti pnjg & berpindah sek keb yg lain thn hadapan. 


Happy nya hani 😍



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...