Wednesday, July 8, 2009

Check-Up, MC & HFMD

at the moment saya bersiaran dr rmh.. tgk tajuk entry pn rasanya korg tau knp saya tersadai kt rmh di hari keje ni kan. ok la.. let me start ngan check-up kt HUKM punya update dulu. sampai sana around 8.30am (agak lmbt kan?) tgk mmg ramai ibu2 mengandung kt situ. afne dpt no 6006 (means bilik rawatan 6 & no giliran 6). trs timbang, check tekanan darah, urine test.. proses2 ni dikira agak cpt berbanding klinik dbkl cuma tunggu giliran utk scan agak lmbt maklum le semua ibu2 yg dpt no bilik rawatan 1-6 kena tunggu giliran utk scan (cuma ada 3 ruang utk scan dlm bilik tu). believe it or not ini la kali pertama kitorg scan adik baby.. dr aritu plan nk ke Vision College utk 3D asik tertunda jek. alhamdulillah.. kitorg sgt berpuas hati sbb nmpk clear dr kepala hingga kaki & yg sgt2 membuatkan kitorg gembira ialah bila mana doktor sahkan gender adik baby. agak2 korg kan boy ke girl lg?? afne & eddy pernah bincang psl gender sbb sblm ni tak tau lgsg tp eddy kata tak kisah klu dpt boy/girl sbb anak tetap rezeki & anugerah dr Allah. hana yg terlebih teruja tgk imej baby kt skrin tu mcm le dia lg paham dr kitorg hehe.. settled bab scan trs tunggu giliran utk jumpa doktor. tau kn yg afne kena refer HUKM psl kes bacaan HB yg rendah (8.5-). so afne dpt 2 tarikh temujanji yg berlainan.

berat : 62kg (biar btl! takkan dlm masa seminggu naik 2 kg. last week kt klinik 60kg guna timbang analytical tp kt hukm guna yg digital. which one yg accurate yea? atau mmg afne dh jana lemak lg 2kg hehe)
tekanan darah : 110/70
urine test : OK
scan : gender nk rahsia dulu blh? hehe.. yg penting condition baby sht. series weehhh.. mcm nk nangis td seolah2 1st time preggy je haha

next appointment
  1. 14/07/2009 - MGTT & HB. on 15/07/2009 call HUKM utk result HB.
  2. 05/08/2009 - monthly check-up
so dpt le MC for today. Dr Norliza Husain tu mmg sgt peramah k.

secondly, citer psl anak dara saya yg mulut becok tu.. smlm dpt 2 calls dr cikgu taska bgtau hana mcm ada few bintik2 ruam kt tgn & ulser. sampai je rmh trs check kaki & tgn.. tgk2 ni bkn ruam lg tp blister (lepuh air) & ada few spot ulser kt bhgian dlm bibir. tunggu eddy blk jap trs bwk gi klinik & doktor sahkan HFMD. igt lg tak end of march aritu taska tutup for a week sbb ada kes HFMD & kitorg terpaksa anto hana ke kg.. masa tu hana tak dijangkiti & cuma demam selsema je. tau je la kan bila kes HFMD ni kita tak blh anto anak ke taska sbb dikhuatiri menjangkiti bdk2 lain so maknanya nak tak nak afne kena cuti utk jaga hana. doktor yg check hana pn dgn baik hatinya kasi ibu MC utk khamis & jumaat. maybe afne start keje ari isnin dpn tp depends kt hana punya condition jugak. masak le saya nnti kena catch up keje menimbun huhu.. tak sure dr mana hana dpt HFMD sbb cikgu kata setakat arini bdk2 lain takde plak yg diorg notice ada simptom2nya. atau mungkin jugak masa outing ahad tu.. rasanya hana takde contact ngan bdk2 lain. atau mungkin jugak tmpt mkn @ troli yg kitorg gunakan tu.

td sempat mkn roti kelapa RM0.50 tu je.. mmg tak menepati keperluan breakfast saya haha. otw blk rmh td singgah kedai mamak ABC. eddy order kan air kelapa fresh, shaved ice cappuchino ngan rojak mee. mmg kenyang sgt2 le. sengaja mkn siap2 supaya kt rmh tak kelam kabut melayan hana yg asik nk berdukung.

ni utk tatapan korang.. bdk yg tgh tak sht tu. lgsg takde selera nk mnm & mkn.. kesian sgt ibu ayah tgk. kadang dia teringin nk mkn tp bila suap pape kt mulut trs nangis2 tutup mulut sbb pedih. tp doktor dh pesan tak perlu pantang apa2 & elok jugak bg mkn aiskrim sbb sejuk so kebas skit luka time mkn. sblm gi keje td eddy dh pesan.. bawak keluar semua toys biar hana leka main. tp hana tetap gak nk melekat je ngan ibu.. takpe la tgh tak bape nk sht ni kasi can hana manja2 ngan ibu k. oohh yea, jgn kisah ngan kotak toys yg dh rabak tu.. ntah bila ibu nk belikn storage box.


hana tgh layan VCD Barney

ibu & ayah doakan hana cpt sht yea syg.. kena mnm byk air supaya tak hydrate. anak ibu kan budak kuat!

sedikit info berkenaan HFMD yg afne dpt dr internet.. sharing is caring

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
 
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari. 

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya. HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala Ciri-ciri klinikal termasuk:
* Demam
* Sakit Tekak
* Ulser pada tekak, mulut dan lidah
* Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
* Sakit kepala
* Hilang selera makan 

Komplikasi 
* Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung 

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan. 

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna. 

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
* Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
* Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
* Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
* Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
* Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
* Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

taken from infosihat.gov.com

p/s : "abg, pasni leh ler kita list down few nama utk adik baby"



4 comments :

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wah excited afne baby boy yer .. of boy geng dgn kita ler .. kita doakan afne & hana sihat & sembuh cpt k ;-)

Liana Manjaku said...

hehehehe...Tau mesti dapat Baby boy. Tp, boy @ girl kimm doakan semoga afne sihat dengan baby.

Kasihan Hana. Kirim salam kat Hana yer...Semoga Hana cepat sembuh. Cakap kat Hana, makan banyak2 nanti boleh jumpa kawan!

Unknown said...

Semoga hana cepat sihat yek.. nanti nak jadieq sister kena kuat..leh jaga adik..ok :D

lia said...

hana, cpt2 sihat ya.... hana kan kuat.... ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...