Thursday, July 23, 2009

Sharing Is Caring : I LOVE BFing

fyi, afne dh pn mencecah 34 weeks of my pregnancy.. meaning sdh 8 bln setengah. sekejap je masa berlalu kan?! mmg le edd should be on 01@02/09/2009 tp klu ikut pengalaman melahirkan hana, doktor kata berkemungkinan besar kali ni afne akan deliver awal by 2-3weeks (around 37-38 weeks). so, anggaran saya akan membawa perut bulat comel ni lbh kurg 3-4 mggu je lg.

semakin hampir nk bersalin semakin kuat niat di hati nk bf baby.. terutamnya bila baca blogs BFing mommies (blh refer kt blog list saya) & juga kwn2 PCM forumers yg tegar mengepam, mengumpul, menyusun ebm dlm fridge masing2. wooohhhhhhhhooooooo.. tgk bersusun berbotol-botol & berbungkus-bungkus mmg TERSANGAT JELES k! tetiba diri sendiri jd terangsang & ghairah utk berada sebaris ngan diorg. gadget utama saya, Avent Manual ISIS Out & About yg mcm beg doraemon tu msh elok & akan digunakan bila sampai masanya. Harap2 Allah permudahkan & niat suci murni saya akan terlaksana. sgt2 diharapkan bila dh start bekerja slps pantang nnti takkan ada sesiapa akan mempertikaikan kekerapan kehilangan saya di meja kerja kerana 'menoreh' unless klu bz body sgt blh je klu nk join sekali haha!.

afne letak info ni adalah semata2 utk ingatan kpd diri sendiri.



Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:


  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.


byk lg faedah susu ibu.. yg bestnya jimat $$$ berbanding FM. sapa kata ssh nk bf baby bila kita outing? skrg dh byk shopping malls yg provide nursing room. klu ada nursing cover lg bgs.. sarung, selak baju & sua je tet sampai baby kenyang hehe. rindu le plak aksi2 menyusukan hana dlm pelbagai gaya haha.
haaa.. ni penting bg ibu2 bekerja mcm saya.


Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.


Masa untuk mula memerah susu ibu.

Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentel.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

p/s : harap2 dpt le nnti mengumpul stok ebm byk2 sblm naik keje, insyaallah. mmg le afne ada pengalaman menyusukan & mengumpul ebm tp rupa2nya byk yg afne kena belajar lg & lg!




11 comments :

♥cikmOt♥ said...

afne...moh ler kita saing saper stok ebm paling banyak nanti...

/me: tak sabar nunggu wiken ni...nak riki² dan beli deep freezer...aihhh...

Afne said...

ko kan ticer bf mana aku leh challenge.. moh le jd sifu aku.

bestnya!! sng ko nk nyimpan stok byk2 kan?!

Liana Manjaku said...

tahniah yer.. jeles ler Afne...Ku tak sempat nak buat tu semua. Huhuhu...malasnya nak ingat lagi! huhuhu

Unknown said...

Selamat bersalin n menyusukan anak k...

Gud info... :D

~ana~ said...

afne, chaiyyok...chaiyyok...
ana pun x sabar nak bf kan baby..rindu sgt time2 mengepam dulu..

eLYies said...

bagus afne..mari pakat2 kita jd ibu susuan yang berjaya...dimana berada disitu jugak la pump turut serta..hahahahhaha...

aku doakan ko berjaya ...lagipun dulu hana pun ko bf gak kan..so ko dah ader pengalaman..cam kitaorg ni..aku ngan izan , anak sulung tak fully bf pun......kali ni baru bersemangat..

Afne said...

tq kwn2 yg bg semangat. sesama le kita jd milk factory hehe..

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

chaiyokkkkkkkkkkkkkkk ..kita pun teruja nieh ;-)

lia said...

selamat bf anak ke-2 afne....

u can do it! ;p

idyavie said...

Salam...nice blog...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & register as my follower TQ

cintaKusayangMu said...

k.afne...
teruskn niat sucimu itew utk fully BF...qis memberi sokong sepenuhnye....

truskn perjuanagn kak..jgn putus asa tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...