Sunday, February 7, 2010

Makanan Pelengkap : Adakah Bayi Anda Sudah Bersedia?

Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.
Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia
Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :

• Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
• Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
• Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
• Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
• Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
• Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
• Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
• Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
• Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :
• Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
• Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
• Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
• Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
• Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
• Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
• Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
• Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
• Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
• Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

petikan dr ratuhati.com


******************************************************************************

1 mggu lg haziq genap 6 bln... bermakna ada 1 mggu lg utk jayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. InsyaAllah, i can do it! dh terbayang2 apa solid food pertama utk haziq nnti hehe...


2 comments :

Mama Qadida said...

wah...tahniah afne berjaya exclusive bf haziq sehigga enam bulan...apepon darwisya pon dah start solid food pagi tadi..sy cube perkanalkan die nestum rice n soya dr nestle dulu/...then lpas tu baru nak try bg bubur nasi yg dicampor dgn puri(diblender) insyaallah..sama2la kite yerk..mgkin lepas ni bleh share menu baby plk kan

Afne said...

fieza - blm berjaya lg tp insyaallah berjaya hehe

afne klu blh nk msk sendiri haziq punya solid food yg pertama. hana dulu afne mulakan dgn gerber sweet potato.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...