Wednesday, February 10, 2010

Memperkenalkan Makanan Pelengkap Kepada Bayi

Menjadi seorang ibu atau bapa, kita harus bersedia untuk belajar bersama bayi perkara-perkara baru. Pengenalan kepada makanan pelengkap merupakan satu lagi langkah untuk bayi keluar dari zon selamat di dalam rahim. Apa yang bayi anda makan akan memberikan kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan simanja anda di tahun pertama kehidupannya. 

Perkenalkan bayi anda makanan pelengkap setelah bayi betul - betul bersedia. Gunakan peralatan yang betul dengan jenis, tekstur dan kuantiti makanan yang sesuai. Berikut adalah panduan ringkas pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

Apa Yang Anda Perlu Anda

  • Sudu plastik bersaiz kecil
  • Anda juga boleh menggunakan hujung jari anda untuk menyuap bayi. Celupkan jari anda (yang telah dibasuh bersih) ke dalam makanan bayi dan biarkan bayi menjilat dan menghisapnya.
  • Bekas makanan yang sesuai
  • Bib (napkin makan bayi) untuk bayi yang besar sedikit.
Amaran : Jangan menggunakan botol susu yang dibesarkan lubangnya untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi (rujuk topik “Memberi Makan Dengan Botol Susu”).

Makanan Yang Sesuai

Antara makanan yang seuai dijadikan makanan pertama bayi ialah
  • Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
  • Pisang lenyek
  • Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa

Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku anda mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.

Tekstur Yang Sesuai

  • Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus.
  • Anda juga boleh menggunakan penapis halus untuk menapis makanan sambil melenyeknya.
  • Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian.
  • Tambahkan kepekatannya apabila anak anda telah menerima dengan baik tekstur makanan tersebut.

Kuantiti Yang Sesuai

  • Mulakan dengan sesudu hingga dua sudu makanan yang dicairkan sehari sekali.
  • Tambahkan kuantitinya jika bayi anda masih ingin makan.
  • Jangan terlalu banyak kerana makanan pelengkap bukan diet utama bayi. Sumber khasiat bayi yang utama sepatutnya datang daripada susu.

Cara Memberi Bayi Makan

  • Waktu yang terbaik untuk anda mula memberi makanan pejal ialah bila bayi tidak terlalu lapar dan belum lagi kenyang.
  • Pilih hari hujung minggu, waktu pagi setelah bayi bangun tidur untuk mula memberi bayi makan.
  • Bersihkan tangan dan peralatan sebelum menyediakan dan memberi makan bayi.
  • Dudukkan bayi di pangkuan anda atau dikerusi makan yang sesuai dengan umurnya.
  • Galakkan bayi membuka mulutnya sendiri dengan meletakkan jari anda atau sudu yang berisi sedikit makanan di tepi bibirnya supaya bayi menjilat makanan tersebut.
  • Selepas bayi membuka mulut, suapkan makanan dengan meletakkannya di lidahnya.
  • Biar bayi telan sebelum meneruskan suapan seterusnya.
  • Lihat pada tanda-tanda penolakan untuk berhenti memberi bayi makan. Itu tandanya bayi anda sudah kenyang.
  • Jangan memaksa jika bayi tidak mahu membuka mulut dan tidak berminat untuk makan. Cuba lagi lain kali dan teruskan penyusuan eksklusif seperti biasa.
  • Jangan risau jika anda lihat najis bayi anda akan berubah tekstur, warna dan juga bau selepas dia mula makan makanan pejal. Jika najisnya keras, hentikan dahulu pemberian makanan yang menyumbang kepada sembelit tersebut.

petikan dari ratuhati.com

6 comments :

Nieza Ishak said...

haziq dah start nak makan yerk ..

ibu kena rajin2 masak ..hihihi

Afne said...

iye auntie nieza, nk start 19/02 ni. harap afne rajin mcm nieza.

pssstttttttttttt... jgn mrh haaa afne langgar blog nieza cari resepi hehe

Mama Qadida said...

wah...bagusla afne..bole fiza jadikan panduan utk darwisya ni..thanx afne atas info ni...excited kan bile nak bg anak mamam..hehehe

Afne said...

afne tgh kumpul resepi ni hehe
ilmu lama dh terlupa hahaha

puan nina said...

kak afne,bagus nye info kt cni..nina ambil resipi kt cni ea?esok Danial dh boleh start makan =)

Afne said...

nina, sharing is caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...