Monday, January 16, 2012

Trip to Cameron Highlands & Apartment Puncak Arabella, Tanah Rata

rentetan entry vacation to cameron highlands.

vacation 3 hari 2 mlm ke cameron highlands jd percutian terakhir 2011. sememangnya percutian yang tak dirancang. weeks before (start cuti sekolah), apak2nya sbk dgn kerja memasing & bg confirmation last minute (hari khamis 22/12) jd kelam kabut lah mak2nya buat persediaan. afne ditugaskan cari apartment sewa. hari jumaat (23/12) menjajau call no org sana sini, alhamdulillah atas bantuan colleague dpt juga apartment 3 bilik di puncak arabella, tanah rata. walaupun tak dpt cari tmpt utk stay kt brinchang tp jarak dr tanah rata ke brinchang cuma 5-10 mnt. yg jadikan lmbt rasa jauh sbb kesesakan jln je.

pg esoknya, kitorg gerak dr kl konvoi 2 kereta. tp sblm tu sempat singgah giant beli brg keperluan dapur utk memasak kt sana nnti. sepanjang perjalanan tu sekejap hujan sekejap teduh dgn keadaan jalan yg jam sgt2. nsb baik anak2 tak meragam malahan memasing tido.


seronok kak hana nk pergi bercuti :)

handsome boy ibu yg sbk dgn spect hitam dia

kt rnr yg sesak. nk buang air kecik pun kena beratur pnjg

finally, exit tapah yessss.. tp jauh lg deknon nk sampai ke cameron highland tu! takpe, sabar.. sabar.. sila pandu kenderaan anda dgn berhemah. walaupun dh pernah sampai ke sana dulu, tp rasa dh lama sgt dh.. masa haziq br 4 bln klu tak silap. ikut signboard aje lah..



klu ke cameron highland dr exit tapah mmg byk pondok2 org asli kt tepi jln yg menjual hasil keluaran hutan cthnya petai, durian, madu, tudung saji & pokok2 hiasan. kitorg singgah utk beli petai & madu asli. takmo beli durian kang pengsan memasing menahan bau durian dlm but kereta hahahhaaa



korg tgk ni petai hutan yg terkenal dgn kepanjangan papannya. mata petai tu pun besar2. diorg jual 1 bundle ni (100 papan) RM60 (blh tawar lg tu). kitorg beli skt je lah buat ulam. klu sesapa nk buat kenduri petai blh le beli 1 bundle hehe...


jln bengkang bengkok naik bukit mmg mencabar. selepas berjam2 perjalanan akhirnya sampai juga ke tanah rata yeayyyyy!!!




sampai je tanah rata, cari signboard hospital sultanah hajah kalsom sbb apartment puncak arabella tu dkt area sana. tm resort kt situ gak tp tm resort ni kena booking awal sebulan gitu klu last minute ni mmg tak dpt lah.



kitorg sampai lbh kurg jam 6 ptg. kak azimah (ejen apartment sewa) bgtau soh kitorg masuk je cos pintu tak berkunci. korg tgk.. kunci atas meja saja ok! afne tak tau lah pattern diorg meniaga mmg jns percaya kt org ke apa tp kitorg semua mmg berpuashati dgn apartment ni walaupun kitorg sewa dgn harga RM600 utk 1 mlm so utk 2 mlm korg kira lah sendiri. sbnrnya ada byk apartment yg kak azimah uruskan tp since kitorg call last minute mmg apartment ni je yg available. fyi, rege adalah berdasarkan keluasan apartment & musim samada cuti sekolah, cuti umum atau pun hari biasa. sesiapa yg berminat blh call kak azimah 019-9408573.

hall complete dgn sofa, carpet, flat screen tv & astro beyond. waktu mlm kitorg lepak sini ramai2, mmg kecoh dgn gelak ketawa anak2 berserta mak2 apak2 dok berborak.


meja mkn 6 kerusi. lokasi utama tumpuan semua sbb tmpt sejuk asyik lapo je hahahhaaaa


dapur complete serba serbi - fridge, dapur gas, rice cooker, cerek, periuk, toaster, blender, pinggan mangkuk, jag air, gelas, pisau, sudu garfu, sabun cuci pinggan. sblh kiri tu ada bilik ruangan memasak tp lupa nk snap.


eddy & co pilih master bedroom dgn toilet - complete almari, meja solek, sofa, iron & iron board. water heater sgt penting yea di cameron highland.




ini bilik air ke 2. nsb korg la kena tgk gambo jamban hahahhaaaa



bilik no. 2 ada katil queen, katil single, almari & meja solek.


bilik no. 3 ada katil double decker, almari, meja solek & extras bantal+selimut tebal+tilam


buka je tingkap kt hall... seluas mata memandang. walaupun apartment kitorg kt ground floor tp terletak kt kawasan tertinggi kt puncak arabella.



sementara apak2 & anak2 meriuhkan apartment, mak2 memasak kt dapur. fyi, apartment ni hanya disewa kpd muslim sahaja jd sila msk tanpa was2. menu simple sdh... maklum lah dh penat jln jauh & masing2 perut dh berkeroncong. menu yg sempat dimasak ialah sardin, telo dadar, sayur kobis msk tumis, sambal asam, sambal ikan bilis, ikan tenggiri jeruk goreng & ulam petai.




mlm tu lps waktu maghrib masing2 serbu pekan tanah rata mencari sweater, sarung tgn & stokin. mmg sejuk sgt mlm tu mungkin sbb cuaca ptg tu hujan. dh dpt apa yg dibeli trs ajak eddy blk ke kereta. dok tahan mual je nsb baik sempat hamburkn dlm longkang hahahahaaaa. siap pakej pening kepala dgn gastrik lg! (mmg bbrp hari sblm tu doktor prescribe afne ada gastrik). tak larat nk cari klinik, doktor hatiku abg loba2 jd doktor tukang urut merangkap penceramah kesihatan. adusss.. tak memasal kena bebel sbb pg tu afne amik brunch & cuma kudap2 masa dlm perjalanan. perut tgh angin lg balun petai & sambal kan.. amik lah padahnya. mlm tu mmg tak brp lena tido sbb sakit tu kejap dtg kejap pergi berulang2 lg. alhamdulillah, bgn pg esoknya dh bertambah sht :)

ok, cerita & gmbr2 lain dlm entry berikutnya... tunggu!


10 comments :

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

sama dgn aku ..penutup bercuti tahun 2011 di Ch juge ;-)

Afne said...

diana, best sejuk je kan kt sana. rasa cam nk pegi lg!

:|: TinTa Kibod :|: said...

kalo gini memang kenelah dgn harganya tu..hehe..
cantek apartmentnya...

mama_umar_maryam said...

ehh,best apartmnt nih..kitorg yg belah family apai ni mmg suke cuti rmi2 ..mane2 pon cari apaprtmnt je

Zayani Zulkiffli said...

thanks info ni. nak bercuti kt cameron jumaat ni :)

Afne said...

hi zayani. tq sudi singgah sini :)

ummuakmal said...

salam afne,, nice info u post about CH. saya cuba cari contact number apartment yg awak sewa dalam post2 awak tapi tak jumpa lah. boleh bagi no contact akk tu? thank u very much afne.

Afne said...

salam ummuakmal, tq sudi singgah sini.

afne dh komen di blog awak yea ;)

Anonymous said...

mahalnya appmnet ni... 200 pun leh dapat 4 bilik tau...

Afne said...

en./cik/puan anon, mmg ada byk apartment/hotel utk disewa kt cameron highlands. terpulang pd bajet memasing.

mungkin juga awak tak baca entry sblmnya. trip to cameron highland was unplanned vacation & saya dpt apartment ni few days before kami bertolak (less than 3 days if i'm not mistaken). kebetulan jatuh cuti krismas. as i mentioned in other entries, harga apartment ikut musim cuti/cuti sekolah/etc. dan ejen apartment sewa ni ada few homestay lain. mungkin klu saya contact dia lbh awal saya blh dpt yg lbh murah. btw, saya puas hati dgn apartment ni kerana disewa utk muslim sahaja so tak perlu was2 utk menggunakan brg2 memasak di apartment ni, spacious & selesa.

up to you, entry ini cuma utk share info sahaja. peace no war.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...