menu plg sng dimasak & digemari seisi keluarga. sbb apa plg sng? campak2 dlm periuk dh siap hehe... kdg tu tak yah msk lauk lain pn takpe cos msk singgang ni dh ada sayur bendi kan. anak2 pn suka walaupun rasanya pedas tp ala2 mcm sup juga gitu.
mcm2 versi msk singgang/pindang ni ada yg rebus sahaja & ada juga yg ditumis dahulu. afne nk share cara yg afne msk.
Ikan Masak Singgang/Pindang
bahan2;
bbrp ekor ikan kembung/selar/tongkol/daging (suka hati nk guna haiwan apa)
* 3 biji bawang kecil
* 1 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 5-6 biji cili api (ikut suka nk letak brp biji)
* sedikit kunyit hidup/serbuk kunyit (tak nk letak pn x pe)
1 biji bawang besar - dipotong
2 keping asam keping
1 btg serai - dititik
garam secukup rasa
cara2nya;
1. tumbuk bahan bertanda *.
2. tumiskan bahan2 yg ditumbuk, bwg besar & serai hingga naik wangi.
3. masukkan air, ikan, asam keping, garam & sayur bendi. biarkan mereneh hingga ikan msk.
haaaa sng kan? bkn ssh mana pun. ada org kata klu msk singgang kena tumis ni style org johor. ntah.. agaknya kot cos afne belajar dari mak ;)
addition to lauk lunch hari ni ialah bening bayam (bayam msk air) & telor dadar. dr kelmarin hana dh request lauk sayur bayam. pg2 dh siap msk cos nnti anak dara sound klu ibu dia x siap msk by the time dia blk sekolah, ada masa2nya hana blk trs nk mkn nasi.
2 comments :
ajmal suka singgang ikan ni, tp kalau tok ma dia buat la..kalau mama dia buat, dia x suka sgt...huhuhu
ana, tu la lain org lain caranya. rasanya klu org kelantan/terengganu msk ada lengkuas & rebus aje kan?
anak2 afne plg suka klu maktok diorg msk lemak pucuk ubi. mkn kuah nasi banjir dgn ikan goreng. laju je diorg telan.
Post a Comment