Thursday, January 2, 2014

Kelengkapan Persekolahan Anak-Anak

salam semua :)

afne rasa blm terlewat utk ucapkan slmt tahun baru 2014. moga tahun ni apa yg kita rencanakan, apa yg kita buat, apa yg kita usahakan, apa yg kita ucapkan lbh baik dr tahun2 sebelumnya. slmt tinggal 2013 yg menyimpan pelbagai kenangan pahit manis utk dikenang. mcm2 yg afne lalui sepanjang thn lps, ketawa menangis, suka duka, melahirkan hani hadirah, sbk sana sini. sesungguhnya afne sgt2 bersyukur Allah msh beri kesempatan utk afne melalui & merasai semuanya dgn kesabaran. terima kasih Ya Allah.

afne tersangat lah bz sejak akhir mggu lps. dgn last minute plan ke legoland (nnti afne cerita dlm entry lain k?!), dgn settlekan keje2 office, dgn program transisi darjah 1, mesyuarat majlis muafakat & taklimat pendidikan prasekolah 2014 (dilantik jd ajk lg kau! hahahahaaa), dgn smlm 1st day anak2 mula sekolah kebangsaan & sekolah agama fuuuuhhhhhhhhhh rasa mcm lipas kudung dh berkejar masa ke sana sini.

berbalik kpd tajuk entry di atas, afne tau korg pn msti sama excited mcm anak2 kita yg bersekolah. sbg ibu bapa mmg tggjwb kita utk sediakan kelengkapan persekolahan anak2 mengikut kemampuan masing2. kitorg mmg beli awal2 memandangkan keadaan keje eddy yg sentiasa sbk. ada masa free sikit trs terjah kedai. mmg tak dan lah nk survey2 ke apa. mula2 tu buat list mcm2 nk dibeli tp slps perbincangan suami isteri kitorg decided beli yg perlu & penting sahaja. yg mana kurg penting blh add on kendian kan. jom tgk kelengkapan persekolahan hana & haziq.

oooppppppssss... piala golf tu x termasuk yea

barang keperluan sekolah hana...


dr baju ke kain ke tudung semua ready made. beli 4 psg dulu. klu nk tambah kemudian cerita.


kasut 2 psg & stokin 3 psg (kang dpt stokin sepasang dr sekolah).


beg idaman kalbu hana. mula2 kitorg x bg dia beli sbb kesiankan dia nk bawak beg beroda kan lbh berat dr back pack biasa. dh dia nk sgt layankan aje lah...


kebanyakan alatulis & pencil box/case sedia ada dpt dr mcm2 hadiah. afne tambahkan sikit pensel, pemadam, sharpener, gam & pembalut buku latihan serta buku teks. sng ekk zaman skrg pembalut buku tinggal masukkan kulit buku kiri kanan. x mcm zaman afne dulu kena solitap bagai.


buku latihan, buku kotak2, buku nota sains, buku kerja, buku teks, copy jadual & stokin. semua ni dpt dr apa yg dibayar dlm yuran sekolah RM129.70. t-shirt sukan & nametag je yg blm dpt.


borang2, rekod kesihatan & kad rawatan pesakit (gigi) utk ibubapa/penjaga isi & pulangkan semula kpd pihak sekolah.


kelengkapan sekolah haziq...


kasut sepasang (sbb masuk kelas bukak kasut) & 3 psg stokin. 2 helai t-shirt leher bulat putih & 2 helai seluar panjang blue black. sbnrnya x perlu sgt cos haziq blh pakai 2 psg baju sukan kakak hana, saja standby. baju uniform & baju sukan yg dpt dr bayaran yuran RM150. afne mintak cikgu orderkan lg sepasang uniform utk haziq. buku2 & alatulis x de dlm gambar ni sbb semuanya cikgu suruh tinggal dlm kelas sahaja. 

korg blh perasan kan 3/4 brg2 kat atas adalah kepunyaan hana. tunggu lg 2 thn haziq masuk darjah 1 mungkin sama byk mcm kakaknya. atau mungkin lbh sbb kena prepare baju putih melayu & kain samping utk sekolah agama kan.

cerita psl sekolah agama, hana pn masuk darjah 1 juga. yuran sebanyak RM90. bantuan pinjaman kitab pn disediakan. semua brg2 akan diagihkan hari ahad nanti. beg utk sekolah agama hana gunakan yg sedia ada masa prasekolah dulu sbb msh elok jarang digunakan.

korg2 yg luar johor msti ramai amik cuti hari ni kan sbb anak2 mula sekolah hari ni. tgk news feed fb pn penuh status bergambar anak2 masuk sekolah. mcm afne gak la smlm, excited mengalahkan anak2 hehe...


2 comments :

Petak Bunga said...

comel je bag & pensel case princess.

Afne said...

petak bunga, beg princess tu yg kitorg belikan tp pencil case tu hadiah dr cikgu hana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...