Sunday, April 12, 2015

Update Work-In Progress Rumah

salam semua :)

terkini lah sgt kononnya hikhikhikkk... gmbr2 dlm entry ni afne snap hari khamis mggu lps.

senyum lebar bila masuk rmh sbb nmpk byk keje dh hampir siap. kt tgkt bwh ni kami letak 3 biji kipas & penghawa dingin menyusul kemudian, In Shaa Allah. lampu downlight kaca 4 segi tu eddy yg pilih & afne suka sgt! skrg ni dlm proses cat sealer/undercoat dinding. x decide lg nk biarkn putih sahaja atau nk selit2 warna lain.



toilet bwh lupa lak nk snap tp aritu masa dtg tgk work in progress : table top, bilik air bwh mmg dh siap & puas hati ngeeeee

naik je tangga nmpk lampu tangga dh dipasang. memandangkan ni satu2nya lampu di kawasan tangga kami saja pilih saiz yg bersesuaian x bsr & x kecik. byk lg design kt kedai lampu tp kami prefer yg simple sahaja. tu nmpk lg line wiring lama nnti touch up bg mulus skt hehe...


kt tgkt atas msh ada lg keje2 yg sdg dibuat & penuh brg kt family area ni. kami kekalkn sliding door yg owner lama buat. dlm kotak2 bsr tu hood, hob & oven.


ni master bedroom. kecik je x luas mana pun bila ukur2 & imagine kedudukan set bilik tido nnti alahaiiii....


bilik air dlm master bedroom... semua aksesori dh siap psg cuma nk btlkn kedudukan handheld bidet sprayer tu kt dinding bwh rak tuala. afne msh jaki dgn stainless steel cabinet bwh sinki yg 'mkn' ruang tu tp bos dh minat so kita ikut aje.



bilik anak2 dara bersebelahan master bedroom. mula2 hana mcm x puas hati knp bilik haziq lbh bsr?! adooiii sama je lah nak oooiii. btw, bilik2 tido rmh ni saiznya lbh kurg sama je.


ni bilik yg dkt dgn dapur. cadangnya nk jd kan bilik haziq. see.... mana ada lbh bsr dr bilik hana td cuma ada ruang sedikit ke blkg. kami biarkn tingkap asalnya jns 1 panel kaca keping2 utk pengudaraan.


k, ni jamban legend kt dapur merangkap bilik air anak2 nnti. semua aksesori dh siap psg.


ni ceiling dapur. ada 2 biji lg lampu blm siap psg. bwh kipas ni nnti cadangnya nk letak meja mkn. afne nk meja bulat, eddy nk meja 4 segi... kita tunggu sapa yg menang nnti hehehe


k, table top dh 80% siap. tinggal nk plaster licin kt bwh tu & psg saluran air paip & sinki.


zoom skt table top. sepatutnya glass mosaic tu dipsg lbh lebar tp nk samakn level tiles lama punya psl so gitu je lah. x pe, ni pn dh ok sgt ni. pastu terfikir awat x psg backsplash ja kt dinding tmpt msk tu?! klu perhati btl2 tiles table top tu ada ala2 bling2 dust. lg 1, afne suka socket elektrik tu eddy pilih warna silver grey :)


jumaat & sabtu lps dh panggil bbrp org kedai kc. skrg ni kami tunggu proper quotation. pening juga survey kc ni sbb kedai tu ckp lain kedai ni ckp lain. hampir2 dh eddy nk bubuh kc hitam tp bincang punya bincang last2 dia nk amik putih juga yessssssssssss

ni bhgian yg bertentangan dgn table top. alahhhh... yg afne dok berangan nk buat laundry area tu lah. mcm blh bentang tikar sambil lipat baju sambil msk ye dak?! haahhh yelah tu... silap2 ko tido melingkar kt situ bhahahahaa


grill pintu & tingkap dapur otw sekali harung pintu pagar nnti.

klu eddy x sempat dtg tgk keje tukang kdg afne ajak mak abah temankn. tp skrg ni abah dh mula keje awal cat so eddy x risau klu afne pegi sana dgn anak2.


spt yg korg blh nmpk kawasan dpn tgh bersepah sgt2 sbb dlm proses betulkn tembok tepi utk pintu pagar, buat slab & pecahkn sebahagian lantai porch. pintu pagar asal jns sliding di bhgian kanan x muat klu nk parking 2 buah kereta sekaligus sbb ada tiang bulat kt tgh2 tu kan. terpaksa tukar pintu pagar lbh lebar. bumbung tu kami sengaja x usik & x psg plaster ceiling kecuali dpn sliding door tu. mana lah tau ada rezeki akan dtg bos bentang bajet br hehe...

haaaaa... kan dh kabo kan rmh kami ni comel je maklum lah intermediate. tp eddy suka sbb lokasi strategik dkt dgn sekolah rendah/menengah, masjid, town, pasaraya & tak lupa pdg golf hehe... lg satu, rmh kami bkn btl2 tepi jln bsr & takde jiran depan pintu mengadap pintu so x de lah nk rebut2 parking klu sedara mara dtg. buat masa ni, ini lah yg mampu kami sediakan utk anak2. afne syukur sgt ada juga tmpt kami nk berteduh nnti. cehhh ayat mcm kena halau bhahahhaaa. x de lah, kan dh kabo memudahkan urusan kerja kami & mungkin dh sampai masanya kami hdp berdikari mcm kt kl dulu2 :)

beb, serious x sbr nk tunggu semua siap. konon nk pindah dr awal thn tunda sampai ke bln 4 dh ni. cikgu2 sekolah mntak lpskn periksa bln 5 ni. aritu dh tanya proses pindah sekolah ni mcm x rumit sgt blh settle kurg seminggu. yg penting pendaftaran darjah 1 2016 utk haziq dh selesai :)

Ya Allah... permudahkan segala urusan kami, amin.


2 comments :

monalea said...

luas dapurnya. seronok masak ni

Afne said...

Mona lea, dapur rmh kecik aje. blh la kan.. dr x ada ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...