Wednesday, November 14, 2012

Jemput Mak & Abah Balik Haji

syukur alhamdulillah, bertarikh 4hb Nov yg lps mak & abah dh pun slmt pulang ke Malaysia. klu ikut jadual dr Tabung Haji, flight sampai jam 8.45 pg. lbh kurg jam 7.15 pg kitorg gerak ke airport senai. kali ni yg dtg jemput 1 kereta je tak mcm masa hntr mak & abah berlepas hari tu. lg pun mlm tu trs nk buat kenduri kesyukuran sekali harung so adik2 ddk rmh rewang memasak dgn makcik2 & jiran aje lah.

kitorg sampai airport senai lbh kurg jam 8.30 pg tp masa tu org dh mula sesak dgn ahli keluarga memasing. cuba sms mak (no hp malaysia) tp x dpt sbb hp mak switch off. so kitorg lepak2 kt secret recipe pekena long black coffee, caffe latte & chicken cornish pie. lbh kurg jam 9.30 pg cuba call abah, dpt! flight br je mendarat tp jemaah haji msh blm dibenarkan turun. makcik2 pn dh pesan tak perlu rushing sbb biasanya berjam2 kena tunggu utk pemeriksaan beg semua. dlm jam 10 pg mcm tu, hati dh membuak2 nk tgk mak abah keluar dr balai ketibaan so sedaya upaya menyelit antara barisan pnjg yg dikawalselia oleh Rela. dlm byk2 org tu kesian juga ada yg bersesak2 dgn baby ddk dlm stroller la, anak2 kecik ada yg hilang la. nsb baik kitorg tak bawa haziq, klu tak kitorg cuma penat mengejar haziq la jwbnya.

mula2 tu diorg lepaskan jemaah haji keluar seorg dlm 10-15 mnt. fuuhhhh... mencabar beb, dgn tak brp sihat menyelit celah2 org yg sesak. tunggu punya tunggu tak nmpk lg bayang mak & abah. dlm jam 11 mcm tu cuba call abah, rupa2nya mak & abah gi solat dulu & tak mahu bersesak2 berebut amik bag. abah kata mungkin lg 1/2 jam br dpt keluar. so kitorg berundur ke bhgian blkg tunggu dgn sabar. penat mmg penat lah, dr awal pg dh menunggu kt sana kan. ada sekali tu rasa hampir nk pitam tp afne gagahkan juga.

lbh kurg jam 11.30 pg, akhirnya nmpk juga mak & abah sorong troli bag! ini gmbr pertama yg blh snap sbb bersesak2 celah manusia yg ramai. 


trs lari2 kejar bersalam & berpelukan. menangis tu toksah cerita la kan. dgn hana sekali pun menangis tersedu sedan hehe... tp kan korg rasa hilang penat menunggu berjam2 bila dpt jumpa mak & abah. kt dlm mmg tak dan la nk posing bagai. ni kt pintu utama balai ketibaan tgh tunggu eddy amik kereta.


dlm perjalanan blk ke yong peng tu mcm2 la yg kitorg bualkan. tak terasa pun perjalanan sejam. mak & abah kata seronok pergi haji. abah kata klu anak2 ada rezeki, mmg bgs pergi haji waktu muda2 ni. syukur lah perjalanan haji mak & abah dipermudahkan. 

sejak hari mak & abah blk haji sampai lah ke hari ni tetamu yg dtg ziarah tak putus2 pg-ptg-siang-mlm. alhamdulillah, dpt la juga ole2 & jajan dr mekah utk dikongsi bersama. itu afne cerita dlm entry lain k ;)


6 comments :

Nieza Ishak said...

Alhamdulillah sehat mak ayah afne.

Tak sabar rasa hati nak jejak kaki ke sana .. mudah-mudahan dapat la rezeki kita dijemput olehnya ...AMIN

Masya said...

ALHAMDULILLAH.... DAH BALIK YER....

~ana~ said...

alhamdulillah...makcik dan pakcik selamat smpai dah...:)

Afne said...

nieza, rasa syukur sgt mak & abah dh slmt blk. rindunya masa peluk mak abah tu mcm tak nak lps.

Afne said...

masya, syukur semuanya slmt blk dah :)

Afne said...

ana, syukurlah. dtg lah rmh kot nk merasa jajan mekah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...