Thursday, May 5, 2016

Mengidam

dr awal thn hari tu mencari jambu susu aka jambu botol. tanya kedai katanya blm musim tanya sedara mara ada yg kata pokok dh ditebang dan ada yg dh tumbang. tak tahu lah knp kepingin sgt nk mkn... sampai adik2 pn tlg carikan & tanyakan org.

mungkin dh rezeki afne agaknya masa pertengahan bulan april tu dpt merasa jambu botol & jambu bol. eddy bersungguh jolok buahnya kt pokok nsb baik baik tak kena patuk dgn mak ayam yg tgh mengeram bwh pokok tu hehe...


tak sempat sampai ke rmh, masa tu juga trs cuci sebiji gigit Ya Allah... ntah mcmn nk kabo perasaan ni rasa menitik airmata sbb berbulan2 mencari br ni dapatnya. bahagi2 dgn ucu sbb dia pun mengandung biar sama2 merasa. 

bawa balik rmh, cuci bersih, potong nipis, tabur garam+gula & simpan peti ais. perggghhh bertambah2 sodap mkn sejuk2 gini. yg peliknya bdk2 ni pn selamba mkn ckp masam tp sedap lah bu. apaknya pn sama jugakkkkkk


tambah murah rezeki bila makde dptkan jambu botol lg dr kwnnya. kali ni saiznya comel walaupun rupanya tak brp lawa tp dpt juga poskan bbrp biji utk sorg kwn fb yg tgh sama2 mengidam.


kebetulan pokok cermai kt rmh atok berbuah lebat, mak tlg petikkan & afne buat jeruk cermai. tak ssh mana mana pun... simple jek.. cuci bersih buah cermai, rendam dlm air panas bbrp jam, buang air tu ganti air lain tambah garam & gula kemudian simpan dlm peti ais. bila masa nk mkn bukak telap & ngap....


jeruk jambu botol vs jeruk cermai. dua2 cap jempooollllll!!!

igt dh ok dh takde mengidam lg... teringin ketam nipah & lobster lah pulak! sama mcm masa mengandungkan hani dulu kikikiiiii


1 comment :

Unknown said...

sedap nye\\\


http://alifsamadi.blogspot.my/2016/05/merana-kerana-pointer-349.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...