Haaaa... amik kau tajuk entry utk hajat kami sekeluarga. Sekali harung tumpang majlis doa slmt (siang & mlm) utk mak & abah berhajat kerjakan umrah bln 12. 3 ekor kambing sekali jalan utk Hafsyah Hanifah & Muhamad Rayyan Rizqi.
Semuanya disediakan secara ala kadar takde tema mahu pun mini pelamin utk babies tp penatnyaaaaaaa Allah yg tahu. Itu pn kami prepare awal cthnya goodies bag & kelengkapan utk lauk pauk. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dgn kerjasama ipar duai, makcik2 & pakcik2.
Hafsyah elok je perangai dari awal sampai akhir majlis. Banyak tidurnya. Terbaik lakonan Hafsyah semua puji bdk baik (moga jd anak yg baik & taat, amin.) org tak tau klu kt rmh sungguh2 dia kerjakan ibu kahkahkahhhhhh
Goodies bag utk tetamu diagihkan masa nyanyian marhaban & potong jambul.
Antara orang kuat majlis. trm ksh makcik & saudara mara.
Jom kita tgk menu kenduri... nasi, nasi impit, mihun, sup kambing & kambing 3 rasa (tak sempat snap gmbr), rebung msk lemak cili api, ayam goreng berempah, urap, sambal goreng & kuih muih (ada yg mak order & ada yg makcik2 sponsor).
Hari jumaat seterusnya Eddy cukurkan kepala Hafsyah. Rindunyaaaaaaaaaa tgk rambut lebat pacak2 gini....
Licin ayah kerjakan hahahahaaaaa.... comel bulat je. Takpe, nnti rambut baru tumbuh lg cantik, In shaa Allah.
Alhamdulillah, selesai dh hajat kami sekeluarga. Moga Hafsyah Hanifah membesar dgn sihat, jd anak yg solehah & taat ibu ayah, dipermudahkan segala urusan & berjaya di dunia & akhirat, amin.
Atok & maktok berlepas ke Mekah (transit dulu kt Istanbul & Madinah) pd 10/12/2016. Moga segalanya dipermudahkan utk menjalankan ibadah umrah, berjalan lancar, selamat pergi & pulang, amin.
No comments :
Post a Comment