Monday, December 25, 2017

Popia Nestum

Salam semua.

Melayankan kakak hana yg beria nk buat sendiri popia nestum. Sblm tu ada beli 1 telap masa singgah ke Melaka, mkn sorg skt tak cukup lah pulak 😅




Meh Afne share resepi pejam mata sbb sng sgt. Bahan-bahan pn guna apa yg ada kat rmh cuma beli kulit popia je.

Popia Nestum


Bahan;
1 pek kulit popia
Sedikit tepung gandum
Sedikit air
Minyak utk menggoreng
Nestum
Horlicks

Caranya;
1. Bancuh tepung gandum dgn air ikut kelikatan mcm gam. Fungsinya utk melekatkan hujung kulit popia.
2. Gulung kulit popia secara menegak dan 'gam' kan bhgian hujung supaya gulungan tak terbuka.
3. Gunting gulungan ikut suka bentuk serong atau tegak dan ikut saiz yg disukai.
4. Panaskan minyak dan goreng kulit popia hingga garing. Api jgn terlalu bsr, bila kulit popia dh bertukar warna keperangan dan tak byk buih maknanya dh garing lah tu.
5. Blend nestum & horlick hingga halus. Ok, yg ni takde sukatan spesifik so ikut suka nk bubuh byk mana. Ada juga org campur dgn susu tepung nk bg rasa lemak dan gula nk bg rasa manis.

Dh dpt kudapan yg sng & sedap. Cuma kena rajin nk menggulung kulit popia tu je lah. Slmt mencuba 😉


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...